Makan sedap kawasan bangi??

mdzaki

Well-known member
kalu malam bole layan satay kt area sup urat keting, kalu kt kajang satay roni sebelah shell simpang balak ... try FB tegok port best
 

fxsuperman

Member
Alhamdulillah betul satay willy ada. Sup urat keting ada. Restoran ana ikan bakar petai pun ada. Kalau nak cuba masakan cina Muslim, restoran Mohd Chan ada. Nasi lauk campur, kat restoran d limau nipis, ikan bakar waktu tengahari memang terbaik. Nasi manggey warung kita pun sedap. Banyak pilihan tuan
 

RajaTimur

Member
Alhamdulillah betul satay willy ada. Sup urat keting ada. Restoran ana ikan bakar petai pun ada. Kalau nak cuba masakan cina Muslim, restoran Mohd Chan ada. Nasi lauk campur, kat restoran d limau nipis, ikan bakar waktu tengahari memang terbaik. Nasi manggey warung kita pun sedap. Banyak pilihan tuan
Tringin rsa nk pergi ke d limau nipis..tq
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

MZ Cafe Bangi
1608013753766.png

“Laparnya! Kedai makan mana yang bukan je sedap, tapi service pun cepat dengan portion yang sure kenyang?” Semua kualiti ini anda boleh temui di MZ Cafe Bangi.

Untuk pengetahuan anda, MZ Café Bangi menyediakan hidangan yang berbeza pada waktu tertentu. Dari pukul 7 pagi ke 5 petang, mereka menyediakan hidangan untuk sarapan, makan tengahari, nasi ayam dan sup. Dari pukul 5 petang ke 12.30 pagi pula, terdapat aneka masakan western, tom yam, ikan bakar dan colek. Selain ini semua, pelbagai jenis masakan pantai timur turut ditawarkan seperti nasi kerabu dan laksam.

Jangan lupa juga untuk mencuba ikan gorengnya yang sungguh crunchy, kriuk-kriuk setiap gigitan, mendengarnya saja dah menaikkan selera.

1608013768731.png

Seperti yang dikatakan tadi, servicenya cukup pantas. Apa sahaja yang anda tempah, semuanya akan sampai di meja makan dalam masa tak lebih dari 10 minit, makanan juga dihidangkan panas-panas untuk membangkitkan selera.

Nak lebih banyak sebab untuk datang? Kalau anda nak tahu, MZ Café Bangi menyediakan tempat makan yang sungguh luas untuk keselesaan pelanggan yang datang bersama keluarga, anda boleh memilih sama ada ingin duduk di kerusi atau bersila. Bagi yang membawa anak kecil, tempat permainan Bouncy Castle pun ada tau!

Sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top