Litecoin ( LTC )

1605683499000.png


LITECOIN ( LTC )

Harga Tertinggi ( Disember 2017 ) : $375.29

Harga Terendah ( Januari 2015 ) : $1.11

Harga Semasa : $ 193

Litecoin sering digelar sebagai crypto perak, berbanding Bitcoin yang mempunyai status mata wang crypto emas. Litecoin pada asalnya dicipta sebagai cadangan kedua terhadap BTC yang tidak mempunyai pasangan lain untuk jangka masa yang lama. Kemudian, sistem pembayaran tersebut telah berkembang menjadi satu projek bebas, mewujudkan persaingan sebenar kepada Bitcoin.

Walau bagaimanapun, Litecoin tidak dapat mengekalkan status peraknya. Walaupun ia secara perlahan kehilangan kedudukannya. Tetapi LTC masih merupakan aset yang baik untuk kepelbagaian risiko portfolio pelaburan anda.

Litecoin adalah coin kelas kedua yang berpotensi, hanya berada di belakang sistem pembayaran BTC dan BCH disebabkan oleh beberapa kelemahan dalam perkembangannya. Harga Litecoin tidak akan mempunyai pertumbuhan yang kukuh tetapi sebaliknya ia memberi peluang untuk membuat keuntungan daripada perubahan harga.
 
Last edited by a moderator:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

1608558004773.png

Mengapa Litecoin Diangkat Sebagai Perak Kepada ‘Emas’ Bitcoin?​


Minggu lepas Team Intraday ada memuatnaik artikel Ethereum (ETH) merampas gelaran Litecoin (LTC) sebagai perak digital ketika Bitcoin (BTC) sinonim dengan gelaran emas digital.

Pasti anda tertanya mengapa LTC digelar perak digital sedangkan ETH jauh lebih bernilai selepas BTC.

Litecoin dibangunkan oleh bekas jurutera Google, Charlie Lee dengan harapan menjadikan aset kripto itu sebagai perak kepada ’emas’ bitcoin.

Memandangkan kod di sebalik pembangunan Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto didedahkan kepada umum, Litecoin tidak ubah hasil seperti hasil copy and paste Bitcoin dengan penambahbaikan yang variasi.

Ini bermakna kedua-dua matawang kripto ini bersandarkan kepada ekosistem proof-of-work yang sama tetapi berbeza blockchain.

Disebabkan itu, Litecoin memiliki ciri transaksi dan pemindahan yang pantas, menggunakan perisian open source untuk mencipta dan memindahkan syiling, termasuk bersandarkan kepada sistem kewangan berpusat.

Maka, tidak hairanlah mengapa sejak awal penubuhan lagi Litecoin sudah diangkat sebagai perak digital kerana cirinya yang hampir sama. Malah, mustahil kedudukan itu digugat Ethereum meskipun ETH memiliki nilai yang lebih tinggi berbanding LTC.

lg.php

Sekilas perbezaan dua matawang kripto ini:

BITCOIN

Had penghasilan syiling: 21 juta
Algoritma: SHA-256
Tempoh penghasilan blok: 10 minit
Halving: Setiap 210,000 blok
Ganjaran blok terdahulu: 50 BTC
Ganjaran blok terkini: 6.25 BTC
Permodalan pasaran: $445.3 bilion

LITECOIN

Had penghasilan syiling: 84 juta
Algoritma: Scrypt
Tempoh penghasilan blok: 2.5 minit
Halving: Setiap 840,000 blok
Ganjaran blok terdahulu: 50 LTC
Ganjaran blok terkini: 12.5 LTC
Permodalan pasaran: $7.72 bilion

Scrypt yang digunakan Litecoin jauh lebih efisien, menggunakan CPU (central processing units) atau GPU (graphics processing units) berbanding SHA-256 yang kompleks ketika pengguna biasa mahu melombong Bitcoin. Ini akan memudahkan pengguna biasa LTC untuk melombong tanpa sebarang kesukaran.

Litecoin buat masa ini berada di kedudukan kelima dengan nilai dagangan sekitar $116 per syiling sementara Bitcoin di kedudukan pertama dengan nilai dagangan sekitar $23,957 per syiling.

Anda boleh melabur ke dalam kedua-dua matawang kripto ini melalui Luno Malaysia, Tokenize Malaysia dan Sinegy Technologies.

SUMBER
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1609745926692.png


Litecoin Atasi XRP, #3 Terbesar Selepas Bitcoin Dan Ethereum​


Litecoin (LTC) ketika ini merupakan matawang digital terbesar selepas Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) dengan permodalan pasaran mencecah $11.4 bilion.

Ini menjadikan perak digital itu sebagai projek blockchain keempat paling bernilai setelah mengatasi Ripple (XRP) sejak beberapa minggu lalu selepas Tether (USDT).

Pengembangan aset digital seperti LTC, Bitcoin Cash (BCH), ETH, dan BTC turut dikaitkan dengan penglibatan PayPal dalam menyokong perdagangan matawang kripto sejak Oktober 2020.

Lonjakan BTC juga memainkan peranan dalam membawa harga BCH dan LTC ke paras yang lebih tinggi.

lg.php

Misalnya LTC telah menunjukkan beberapa penembusan tertinggi, melebihi $100 dan terus meningkat ke paras $120. Ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $171 dengan lonjakan 21.7% dalam 24 jam daripada $167.

Pada minggu lepas, pengasas bersama Litecoin, Charlie Lee telah memuatnaik satu kicauan yang menjelaskan lonjakan LTC baru-baru ini.

“Kecairan yang tinggi di setiap platform pertukaran, matawang kedua tertinggi yang disokong di setiap ATM, memiliki seramai 350 juta pengguna PayPal, simpanan Grayscale yang mencecah $104 juta, dominasi kadar hash Scrypt sebanyak 99%, transaksi yang pantas dan murah, lebih $500 bilion telah dipindahkan.”

Selain daripada itu, rangkaian yang mampan dan pengembangan yang berterusan termasuk integrasi MimbleWimble – penyelesaian privasi akan mencetuskan lebih banyak permintaan LTC

Sumber Artikel
 

Pak Man Forex

Well-known member
Litecoin pun tidak ingin ketinggalan untuk mencapai ketinggian yang pernah dicatatkan pada tahun 2017 sekitar paras harga $ 375 dan sekarang ini kelihatan ia akan break ketinggian yang dicatatkan beberapa hari yang lalu dan mungkin akan terus meroket ?​

1613554609811.png
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Mengikut jejak Bitcoin, taknak ketinggalan Litecoin terus mencatat kenaikan dan cuba untuk mencapai ATH sebelum ni 😍

$ 235 🚀🌑
 

Wen

Well-known member
Staff member
Litecoin meningkat 2.37% pada hari Rabu. Sebahagiannya membalikkan penurunan 14.71% dari hari Selasa, Litecoin mengakhiri harga $181.70.Mendapat sokongan sehingga pagi, Litecoin meningkat ke paras tertinggi sekarang dengan harga $189.69. Apa pendapat korang ???


LTCUSD-250221-Hourly-Chart.png


First Major Support Level: $170.50
Pivot Level: $180.09
First Major Resistance Level: $191.30
23.6% FIB Retracement Level: $191
38.2% FIB Retracement Level: $159
62% FIB Retracement Level: $108
 
  • Deleted by nabil
  • Reason: Spam Gif
Show…

Pak Man Forex

Well-known member
Kemanakah hala tuju seterusnya bagi pergerakan Litecoin yang dilihat ketika ini sedang bermain-main di dalam zon sama ada ia akan ke bawah atau ke atas ?​

1615447207459.png


Apa pendapat bagi siapa yang hodl LTC ini mengenai jangkaan pergerakan seterusnya ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Litecoin baru-baru ini telah mencapai paras $ 230 dan sedikit lagi perjalanan untuk mencapai ketinggian sebelum ini di paras $ 247. Adakah ia bakal terbang juga seperti Bitcoin ? Hehehehe :love:

1615776541395.png
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Sebelum ini Litecoin mencapai paras harga sekitar $230 dan terus membuat penurunan semula ke paras harga sekitar $165. Tetapi pada minggu lepas sahaja ia telah kembali membuat peningkatan melebihi 30% untuk melepasi paras ketinggian sebelum ini dan mencatatkan ketinggian terbaru pada harga $263. Agak-agak LTC mampu ke untuk melepasi ATH sebelum ini pada harga $375 yang pernah dicatatkan pada tahun 2017

Bagaimana pendapat holder LTC mengenai potensi dan perkembangan terkini mengenai Litecoin ini ? Adakah ATH terbaru akan tercatat pada tahun ini ?

1618210475370.png
 

Pak Man Forex

Well-known member
Litecoin terus memacak ke paras higher terbaru di sekitar harga $292. Nampaknya ia makin mendaki untuk menguji ATH yang pernah dicatatkan pada tahun 2017 di paras harga $375. Pada bulan ini sahaja ia telah membuat kenaikan melebihi 50%.​

1618538948954.png


Seperti pada bulan ini LTC bakal menguji ATH sebelum ini dan adakah ATH terbaru bakal tercatat hehehe 🙈 :love:
 

Pak Man Forex

Well-known member
Litecoin terus mengekalkan momentumnya untuk mencatatkan tahap ketinggian yang terbaru lagi di paras harga $335.69, sebelum membuat penurunan ke sekitar harga $231.10 pada semalam. Nampaknya seperti Litecoin bakal menguji paras ATH sebelum ini tidak lama lagi :love::love:

1618815651258.png


Ada yang sempat tambah lagi tak LTC pada harga murah semalam hehehe :D:D
 

Pak Man Forex

Well-known member
Itu diaa Litecoin telahpun break daripada paras ATH yang pernah dicatatkan pada tahun 2017 dan kini ia telah mencatatkan ATH terbaru pada paras harga $413. Paduu 🔥 🔥 🔥.

Ramai ke holder LTC dalam ni ?​

1620618085467.png
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top