Kripto Yang Berpotensi Sekarang

Pak Man Forex

Well-known member
rich money GIF by Anderson .Paak
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Market merah hari ni. Rasanya masih correction, boleh lagi cidukkk
 

HANDO

New member
Salam. Memandangkan sekarang ni musim bull season kripto, saya ingat nak nak buat sharing sikit analisis tentang kripto-kripto yang berpotensi. Yang belum lagi meroket.

Ada yang berminat?

Kripto pilihan 1

View attachment 1927
Hathor (HTR)

Harga semasa

(10/2/2021): $0.19
(11/2/2021): $0.23

Teknologi: Ekosistem Blockchain mcm ETH, DOT, LINK, TRX, EOS etc

Advantage:
  • No gas fee.
  • Platform untuk sesiapa cipta token kripto sendiri dengan mudah
  • Ada wallet sendiri iaitu Hathor Wallet. Boleh download n install di PC atau mobile. Store secara offline n selamat dalam simpanan sendiri.

Circulating Supply: 180,847,476 (180 Juta) sekarang. Total nanti 869,464,480.

Market Cap semasa: $42,437,192 - masih rendah sangat lagi.

Website: https://hathor.network/

Platform untuk beli sekarang: KuCoin
(Dah beli transferlah ke Hathor Wallet)


Ulasan potensi oleh tupat:

Highly potential untuk projek ni berjaya. Masalah utama ETH adalah gas fee yg tinggi bila high demand. Di Hathor tiada gas fee atau 0 fee setiap kali buat transaksi. Memang ada projek lain di luar jadi alternatif kpd blockchain ETH macam DOT, Chainlink, Tron, EOS, Binance Chain, Tezos dan lain-lain. ETH susah nak dilawan sebab ekosistem dia terlalu besar dan banyak token dibina atas blockchain ETH, selain daripada proven n tested lebih dari 5 tahun. Juga scalability yg luas. Tapi tak mustahil HTR akan challenge ETH di masa depan sebab ekosistem dia yang mudah dan Hathor claim budak 13 tahun pun senang buat token sendiri di blockchain dia. Boleh baca white paper Hathor di sini.

Tengok pada market cap yg still rendah sangat ($42juta) dan faktor HTR masih baru mmg sangat berpotensi. Sekarang HTR hanya list di platform Kucoin. Next time dah masuk exchanger besar yg lain mcm Okex, Coinbase, Binance sure akan meletup harga dia. Saya jangka HTR berpotensi easily capai at least $4 billion market cap.

Kalau ikut supply sekarang (181 juta) kalau market cap $4b harga HTR akan roket around $20 (+-10,000% dari sekarang).


Harga sekarang (11/2/2021): $0.23
Target terdekat tupat untuk tempoh 6-12 bulan: $5





Kripto pilihan 2

Kripto di Binance.

Kalau belum ada acc Binance, baca dulu disini.

Memandangkan kebanyakan dari kita banyak beli kripto di Binance, dan mostly kripto2 di Binance dah pump gila-gila ada yg sampai 10,000% (Alpha). Saya search beberapa kripto yg masih belum betul2 pump di Binance. Faktor yg sy tengok market cap dan all time high (ATH) kripto tersebut. So probability tu ada untuk sampai giliran kripto tersebut. Antaranya:

1. SelfKey (KEY)
View attachment 1929
Harga semasa (11/2/2021): $0.0051
Harga tertinggi 2018 (ATH): $0.04
Market Cap: $14,586,228
Target saya: $0.01


2. Contentos (COS)
View attachment 1931
Harga semasa (11/2/2021): $0.0133
Harga tertinggi 2019 (ATH): $0.085
Market Cap: $40,547,496
Target saya: $0.03


3. Mithril (MITH)
View attachment 1932
Harga semasa (11/2/2021): $0.017
Harga tertinggi 2018 (ATH): $3.82
Market Cap: $10,150,697

Target saya: $0.04

4. Aragon (ANT)
View attachment 1937
Harga semasa (11/2/2021): $5.70
Harga tertinggi 2020 (ATH): $10.61
Market Cap: $197,277,889

Target saya: New ATH melepasi $10.61

5. Ripple (XRP)
View attachment 1983
Harga semasa (11/2/2021): $0.60
Harga tertinggi 2018 (ATH): $3.40
Market Cap: $27,590,413,137

Okay, ramai yg bertanya Ripple kan. XRP ni kalau tak disebabkan kes dengan SEC, confirm sekarang dah lepas $1. Itupun pergerakan XRP masih baik, dari $0.20 pada Januari sekarang naik 200% ke $0.60.

Sebutan kes mahkamah XRP vs SEC pada 22 Feb ni. Saya jangkakan kes ni akan selesai dan XRP akan terus naik melepasi $1. Tapi untuk capai ATH sebelum ini ($3.60) XRP perlu market cap sekitar $160Bilion. Agak besar sebenarnya, sekarang baru sekitar $27B. Memandangkan jumlah kripto yg lebih banyak sekarang ini berbanding 2018, saya tak pasti sasaran $3.60 itu boleh capai atau tak. Apapun tak ada yg mustahil. Jangkaan yg realistik mungkin sekitar $1 -$1.50. We wait n see.


NOTA: SAYA HANYA BERKONGSI KAJIAN DAN ENTRY PELABURAN SAYA. SILA BUAT KAJIAN ANDA SENDIRI JUGA DAN JANGAN ALL-IN. INGAT JANGAN BERGANTUNG PADA ANALISIS INI 100%. TETAP BERHATI-HATI. BUAT PELABURAN IKUT KEMAMPUAN KEWANGAN DAN RISIKO YANG SANGGUP DITANGGUNG.
Maaf Newbie , utk Hathor nie saya nk jelas sgt
 

farez1

New member
Moshed Trader Club
Saya x galakkan untuk hold lama untuk altcoin terutama coin2 small market cap. Bila-bila masa boleh terjun balik
Ok baik tuan. Cuma sy nak fahamkan pasal market cap. Adalah bila market cap dah cecah billion2 tu dah dikira big market cap? Sperti XRP, ADA, TRX dan lain2. Atau kena tgk supply pada coin juga?

Lagi satu mengenai KuCoin mcm mana nak depo ya? P2P dia sama mcm Binance ke?
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Ok baik tuan. Cuma sy nak fahamkan pasal market cap. Adalah bila market cap dah cecah billion2 tu dah dikira big market cap? Sperti XRP, ADA, TRX dan lain2. Atau kena tgk supply pada coin juga?

Lagi satu mengenai KuCoin mcm mana nak depo ya? P2P dia sama mcm Binance ke?
KuCoin ada P2P tapi saya tgk ada sorg seller saja. So agak xbest. Sy deposit ke KuCoin dgn cara transfer USDT (trc20) dari Binance.

Kalau market cap dah billion kira big market cap dah. Maknanya ramai invest dlm kripto tu. Cuba dengar squawk Intraday pak ndak semalam.

Market Cap/Supply = Harga coin
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Terbaik (y) siapa yang beli SELFKEY seperti yang tuan @tupat beritahu sebelum ini yang dimana SELFKEY dah mencapai target tuan @tupat di harga $ 0.01. Adakah ia akan meneruskan kenaikan atau akan membuat penurunan semula ?​

View attachment 2039

Bagaimana pendapat dan pandangan anda mengenai SELFKEY ini ?
Alhamdulillah. KEY dah sampai $0.01. Kita tunggu yg lain.

Saya jangka SXP pun akan buat all-time-high yg baru. ATH sebelum $5. Sekarang harga $3.30
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
TRX ada potensi. Saya forecast boleh naik lagi. Tapi market cap dah besar $4.4bilion x pasti boleh pergi sampai berapa lagi. Mungkin boleh 100% dari sekarang. Saya dah tak ada hold TRX.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top