Kripto Yang Berpotensi Sekarang

HK97

New member
Sekarang semua tengah jatuh selaras dengan kejatuhan harga BTC. IDEA kalau diikutkan ada potential besar dengan projek yang diaoarang rancang and marketcap pun still rendah.

So probability untuk dia meroket tu masih ada and lagipun projek ni masih baru lagi, perlu banyak kerja lagi kena buat. Tapi dalam masa sama IDEA ni boleh juga staking. Papepun DYOR terlebih dahulu (y)
TQvm Pak Man Forex,
 
nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Hasilkan kenaikan 1,000% pada pasaran 2021, kripto Strax sememangnya memaparkan pergerakan harga yang lebih aktif berbanding yang lain. Baca di sini:
 
  • Deleted by nabil
Show…

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Fuhh! Dahsyat betul kripto $TEL rekod 20,000% lonjakan. 20,000% geng bukan 20%

Baca di sini:

  • Like
Reactions: Wen

Wen

Well-known member
Staff member
Hathor - 'Permata Kripto' Yang Kembali Berkilauan!

HTR 3.9.21.jpg

Pada pembukaan pasaran bulan September, Hathor menunjukkan reputasi yang baik melepasi paras rintangan $1 telah menarik perhatian para pelabur.

Ekoran itu, Hathor menyaksikan lebih 30% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $1.09 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Lonjakan HTR juga didorong oleh penyiaran demo 'wrap' ETH menggunakan Hathorswap di laman youtube pembangunnya HTRFDT, menandakan aplikasi ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

View: https://twitter.com/htrfdt/status/1433405386397265923?s=20

Projek ini adalah salah satu daripada banyak projek yang dibina di atas jaringan Hathor, sebagai cara meluaskan kegunaannya.

HathorSwap merupakan Decentralized Exchange (DEX) yang dibina oleh syarikat pihak ketiga iaitu HTRFDT yang berpangkalan di Kanada.

Ianya dibina di atas blockchain Hathor bertujuan sebagai cross chain pertukaran token dari blockchain lain ke blockchain Hathor, sebagai contoh anda boleh menggunakan ETH anda di blockchain Hathor dengan cara 'wrap' ETH tersebut melalui fungsi Hathorswap.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga HTR/USDT.

Sewaktu artikel analisa HTR dikeluarkan pada bulan Mei, HTR didagangkan pada paras harga $0.39, secara konsistennya HTR telah membuat lebih 350% lonjakan mengakhiri sesi dagangan semalam.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga HTR kini dilihat dalam keadaan positif dan sedang berlegar-legar dibawah zon resistance $1.05.

Untuk jangkaan seterusnya, sekiranya HTR kekal dengan pergerakan harga positif, zon resistance $1.05 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, sekiranya HTR kembali menunjukkan corak penurunan, pergerakan harga bakal menguji zon RBS (resistance become support) $0.95 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Semasa penulisan, HTR didagangkan sekitar harga $1.03 melonjak lebih 8% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-286 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto HTR/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 
  • Deleted by nabil
Show…

Wen

Well-known member
Staff member

Bagai Helang Memburu Mangsa, Quant (QNT) Terbang Melayang Tinggi!​

QNT 10.9.21.jpg

Interoperabiliti antara rangkaian blockchain muncul sebagai salah satu konsep terpenting dalam ekosistem matawang digital kerana pengguna mencari cara paling efektif untuk memindahkan nilai ke seluruh ekosistem.

Satu protokol berfokus interoperabiliti yang telah meroket harganya ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) iaitu Quant (QNT), sebuah projek yang dirancang untuk membantu perusahaan mengintegrasikan dan mengoperasikan ‘distributed ledger technology’ (DLT).

Melihat dengan lebih jelas, Quant telah menghasilkan 117% lonjakan mencecah ATH terbaru $387 pada sesi dagangan bulan September.

Beberapa sebab yang telah mendorong lonjakan Quant, salah satunya adalah pelancaran Overledger 2.0.5 pada 7 September lalu.

Seterusnya, teliti kepada carta pergerakan semasa harga QNT/USDT.

Sewaktu artikel analisa QNT dikeluarkan pada hujung bulan Julai, Quant didagangkan pada harga sekitar $126, secara konsistennya, Quant telah menghasilkan 200% lonjakan sehingga mencapai ATH terbaru.

Pandangan sudut teknikal, Quant kini dilihat sedang berlegar-legar di atas paras RBS (resistance become support) $300 samada membuat correction atau bakal meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya Quant menunjukkan corak kenaikan, paras resistance $350 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sebaliknya, jika Quant menunjukkan corak penurunan, paras RBS $300 bakal menjadi sasaran untuk diuji kembali sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Ketika penulisan, Quant didagangkan sekitar harga $316 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di carta ke-45 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto QNT/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 
farez1

New member
Moshed Trader Club

Bagai Helang Memburu Mangsa, Quant (QNT) Terbang Melayang Tinggi!​

View attachment 3158

Target long term sampai mana QNT ni?
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top