Kripto Yang Berpotensi Sekarang

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Salam. Memandangkan sekarang ni musim bull season kripto, saya ingat nak nak buat sharing sikit analisis tentang kripto-kripto yang berpotensi. Yang belum lagi meroket.

Ada yang berminat?

Kripto pilihan 1

1613021593728.png

Hathor (HTR)

Harga semasa

(10/2/2021): $0.19
(11/2/2021): $0.23

Teknologi: Ekosistem Blockchain mcm ETH, DOT, ADA, EOS, TRX etc

Advantage:
  • No gas fee.
  • Transaksi yang pantas
  • Platform untuk sesiapa cipta token kripto sendiri dengan mudah dan pantas.
  • Hathor akan bangunkan Hathorswap dan extension di chrome yang sangat mudah dan simple berbanding yg sedia ada di pasaran. Sangat berguna untuk cross chain. Dijangka siap hujung Mac 2021.
  • Ada wallet sendiri iaitu Hathor Wallet. Boleh download n install di PC atau mobile. Store secara offline n selamat dalam simpanan sendiri.

Circulating Supply: 180,847,476 (180 Juta) sekarang. Total nanti 869,464,480.

Market Cap semasa: $42,437,192 - masih rendah sangat lagi.

Official website: https://hathor.network/

Segalanya tentang Hathor: https://hathorinfo.com/

Platform untuk beli sekarang: KuCoin
(Dah beli transferlah ke Hathor Wallet)

Cara beli kripto di KuCoin boleh baca sini.

Ulasan potensi oleh tupat:

Highly potential untuk projek ni berjaya. Masalah utama ETH adalah gas fee yg tinggi bila high demand. Di Hathor tiada gas fee atau 0 fee setiap kali buat transaksi. Memang ada projek lain di luar jadi alternatif kpd blockchain ETH macam DOT, Chainlink, Tron, EOS, Binance Chain, Tezos dan lain-lain. ETH susah nak dilawan sebab ekosistem dia terlalu besar dan banyak token dibina atas blockchain ETH, selain daripada proven n tested lebih dari 5 tahun. Juga scalability yg luas. Tapi tak mustahil HTR akan challenge ETH di masa depan sebab ekosistem dia yang mudah dan Hathor claim budak 13 tahun pun senang buat token sendiri di blockchain dia. Boleh baca white paper Hathor di sini.

Tengok pada market cap yg still rendah sangat ($42juta) dan faktor HTR masih baru mmg sangat berpotensi. Sekarang HTR hanya list di platform Kucoin. Next time dah masuk exchanger besar yg lain mcm Okex, Coinbase, Binance sure akan meletup harga dia. Saya jangka HTR berpotensi easily capai at least $4 billion market cap.

Kalau ikut supply sekarang (181 juta) kalau market cap $4b harga HTR akan roket around $20 (+-10,000% dari sekarang).


Harga sekarang (11/2/2021): $0.23
Target terdekat tupat untuk tempoh 1-3 bulan (Mac - Jun 2021) : $5

Tapi target saya untuk jual hanya bila HTR capai market cap $10bilion atau mungkin sekitar harga $50.






Kripto pilihan 2

Kripto di Binance.

Kalau belum ada acc Binance, baca dulu disini.

Memandangkan kebanyakan dari kita banyak beli kripto di Binance, dan mostly kripto2 di Binance dah pump gila-gila ada yg sampai 10,000% (Alpha). Saya search beberapa kripto yg masih belum betul2 pump di Binance. Faktor yg sy tengok market cap dan all time high (ATH) kripto tersebut. So probability tu ada untuk sampai giliran kripto tersebut. Antaranya:

1. SelfKey (KEY) - capai target
1613024907793.png

Harga semasa (11/2/2021): $0.0051
Harga tertinggi 2018 (ATH): $0.04
Market Cap: $14,586,228
Target saya: $0.01 ✅ Done


2. Contentos (COS) - capai target
1613024943065.png

Harga semasa (11/2/2021): $0.0133
Harga tertinggi 2019 (ATH): $0.085
Market Cap: $40,547,496
Target saya: $0.03 ✅ Done


3. Mithril (MITH) - capai target
1613024976587.png

Harga semasa (11/2/2021): $0.017
Harga tertinggi 2018 (ATH): $3.82
Market Cap: $10,150,697

Target saya: $0.04 ✅ Done

4. Aragon (ANT) - capai target
1613029053485.png

Harga semasa (11/2/2021): $5.70
Harga tertinggi 2020 (ATH): $10.61
Market Cap: $197,277,889

Target saya: New ATH melepasi $10.61 ✅ Done

5. Ripple (XRP) - capai target
1613377763595.png

Harga semasa (11/2/2021): $0.60
Harga tertinggi 2018 (ATH): $3.40
Market Cap: $27,590,413,137

Okay, ramai yg bertanya Ripple kan. XRP ni kalau tak disebabkan kes dengan SEC, confirm sekarang dah lepas $1. Itupun pergerakan XRP masih baik, dari $0.20 pada Januari sekarang naik 200% ke $0.60.

Sebutan kes mahkamah XRP vs SEC pada 22 Feb ni. Saya jangkakan kes ni akan selesai dan XRP akan terus naik melepasi $1. Tapi untuk capai ATH sebelum ini ($3.60) XRP perlu market cap sekitar $160Bilion. Agak besar sebenarnya, sekarang baru sekitar $27B. Memandangkan jumlah kripto yg lebih banyak sekarang ini berbanding 2018, saya tak pasti sasaran $3.60 itu boleh capai atau tak. Apapun tak ada yg mustahil. Jangkaan yg realistik mungkin sekitar $1 -$1.50 ✅ . We wait n see.

6. Reef Finance (REEF)
1613801901565.png

Harga semasa (20/2/2021): $0.038
Harga tertinggi 2021 (ATH): $0.05
Market Cap: $120,192,912.23

Target saya: $0.1

7. Bitcoin Standard Hashrate Token (BTCST)
1613801918426.png

Harga semasa (20/2/2021): $214 (ibarat $21.40 selepas redenomination)
Harga tertinggi 2021 (ATH): $80
Market Cap pada 20/2: $220,616,311

Target saya pada 20/2: $1000

Selepas re-denomination pada 15 Mac, target saya adjust ke: $100

8. Bella Protocol (BEL)

Harga semasa (20/2/2021): $2.90
Harga tertinggi 2020 (ATH): $10
Market Cap: $66,870,312

Target saya: $10

NOTA: SAYA HANYA BERKONGSI KAJIAN DAN ENTRY PELABURAN SAYA. SILA BUAT KAJIAN ANDA SENDIRI JUGA DAN JANGAN ALL-IN. INGAT JANGAN BERGANTUNG PADA ANALISIS INI 100%. TETAP BERHATI-HATI. BUAT PELABURAN IKUT KEMAMPUAN KEWANGAN DAN RISIKO YANG SANGGUP DITANGGUNG.
 

Attachments

  • 1613024899001.png
    1613024899001.png
    2.4 KB · Views: 516
  • 1613024927253.png
    1613024927253.png
    3.2 KB · Views: 441
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Antara kelebihan Hathor:

IMG_20210223_172202_467.jpg


IMG_20210223_171957_906.jpg


Roadmap Hathor untuk 2021:

IMG_20210223_171935_752.jpg





Kita boleh sama-sama bincang n buat analisis.

Sebelum ni saya banyak fokus kripto yang bagus dan big/medium market cap (sebab stable) mcm BTC, DOT, LINK, ETH, Ripple, ADA, EGLD, RSR, KSM, ONT dan lain-lain. Tapi bila sampai bull season atau alt season, kita boleh tengok kripto yang biasa-biasa atau low cap pun meroket. Ada yg beribu2 percent. So saya tengok-tengok juga sekarang kripto yang lain tak tengok dah apa teknologi dia. Haha.
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Saya ada membuat teknikal analisis mengenai coin RSR ( Reserve Right ) ini seperti yang tuan tupat ada beritahu sebelum ini. Dan saya lihat ia telah BREAK FLAG dari carta DAILY dan melepasi ATH sebelum ini. Tetapi ia masih dalam kajian lagi mengenainya. Bagaimana pendapat pakar ?


Reserve.jpg
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Saya ada membuat teknikal analisis mengenai coin RSR ( Reserve Right ) ini seperti yang tuan tupat ada beritahu sebelum ini. Dan saya lihat ia telah BREAK FLAG dari carta DAILY dan melepasi ATH sebelum ini. Tetapi ia masih dalam kajian lagi mengenainya. Bagaimana pendapat pakar ?

View attachment 1935

RSR ni saya pun ada beli. Projek ni bagus. Ramai hype untuk sampai ke $1. Tapi untuk sampai ke $1 perlukan market cap dalam $10bil. Sekarang baru dalam $500juta. Bagi saya tak mustahil untuk sampai $10bil.

Tapi target saya untuk RSR ni hanya $0.15 ke $0.2 saja.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Terbaik. Untuk HODL sesuai tak coin2 semua tu?
Saya x galakkan untuk hold lama untuk altcoin terutama coin2 small market cap. Bila-bila masa boleh terjun balik
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Tapi kalau tengok di Binance, campak apa pun semua untung. Yang penting jangan beli di atas masa laju naik. Beli masa consolidation atau tengah turun sikit ke bawah. Lepas tu sabar je, tunggu dia naik balik ke atas.
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Nak minta pendapat tentang TRON TRX? ada pontensi bullish ke?

TRX saya rasa ada potensi untuk naik lagi.

Baru ni founder Tron, Justin Sun bayar artis2 hollywood (Akon, Ne-yo, Lindsay Lohan etc) untuk promot Tron bg hype. Kita tgklah samada berjaya atau x.

Tapi saya mmg suka Tron sebab transaction fee 0. Kalau ada charge dari exchanger pun mmg minima. Terutama bila depa collab dgn Tether (USDT) untuk buat di platform Tron (TRC-20). Semua transaksi zero fee.

Kalau usdt erc20 kadang smpai berbelas berpuluh dollar fee.
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Update pandangan saya tentang XRP sebab ramai yg bertanya. Tengok post 1.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top