Khabib Nurmagomedov Beraksi Lagi ?

Fakhrii

Well-known member
Khabib Nurmagomedov Akan Kembali Dengan Tawaran RM 407 Juta ?

https___specials-images.forbesimg.com_imageserve_1046988064_0x0.jpg

LONDON: Khabib Nurmagomedov meletakkan harganya untuk kembali ke UFC, namun tidak berminat untuk bertarung semula menentang Conor McGregor.

Jaguh tempur Russia itu mengumumkan persaraan mengejut daripada MMA pada Oktober lalu selepas menumbangkan Justin Gaethje.

Namun Khabib mengakui sukar untuk menolak tawaran AS$100 juta ( RM407 juta ) supaya dia kembali daripada persaraan.

Menurut Marca, dia berkata 'kalau anda putuskan sudah berakhir, maka ia berakhir.'

"Tetapi Dana menawarkan wang kepada saya. Jika sebagai contoh, AS$100 juta, sudah tentu ia satu keputusan yang sukar.

"Kita lihat apa yang difikirkan olehnya. Saya berpendapat perkara ini akan terus diingati sehingga penghujung hidup saya."

Khabib menewaskan McGregor dalam pertarungan empat pusingan di UFC 229 pada 2018.

Namun Khabib tidak berminat bertarung semula dengan McGregor ataupun Dustin Poirier sekiranya dia kembali nanti.

"Saya tidak berminat. Saya mudah menewaskan mereka."

Khabib sebelum ini pernah memberi bayangan untuk kembali apabila berkata 'jumpa awak nanti' kepada Dana White di Instagram.

Legenda WWE, The Undertaker juga turut mahukan jaguh itu kembali ke Octagon.

Apa pendapat dan perasaan anda jika Khabib akan turun gelanggang kembali ?

SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
Pendapatan Khabib Paling Lumayan 2020

mac7_1609992668.jpg

LONDON: Pendapatan atlet seni bela diri campuran (MMA) masih jauh jika dibandingkan dengan tinju, namun pendapatan mereka tahun lalu boleh dianggap lumayan.

Khabib Nurmagomedov mendahului senarai pendapatan tertinggi UFC pada 2020 dengan nilai 4.5 juta pound (RM24.59 juta).

Pertarungan terakhirnya sebelum bersara dengan rekod 29-0 adalah menentang Justin Gaethje di UFC 254. Peninju Russia itu mengambil keputusan bersara selepas kematian bapanya Abdulmanap.

Di tangga kedua adalah Conor McGregor pada nilai 2.2 juta pound (RM12.02 juta).

McGregor kembali ke gelanggang Octagon selepas dua tahun menghilang - menewaskan Donald Cerrone di pusingan pertama pada UFC 246.

Tahun 2021 dijangka lebih meriah buat McGregor yang akan bertemu Dustin Poirier di UFC 257 Sabtu ini.

Junior Dos Santos di tempat ketiga pada nilai 1.2 juta pound (RM6.55 juta), diikuti Israel Adesanya dan Gaethje.

SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
Mc Gregor bikin Khabib Nurmagomedov panas 🔥

EA22A78B-380C-490C-8244-3A0D8FBDC032.jpeg

London: Conor McGregor membidas Khabib Nurmagomedov yang didakwa mengelakkan diri daripada pertarungan ulangan dengan mengumumkan persaraan.

McGregor dan Khabib bertarung pada 2018 di UFC 229 yang dimenangi bintang Russia itu pada pusingan keempat.

Dia kemudiannya bersara daripada sukan itu selepas mempertahankan tali pinggang lightweight dua kali dengan menewaskan Dustin Poirier dan Justin Gaethje.

McGregor dan Khabib berpeluang bertentang mata di Fight Island apabila The Notorious menentang Poirier dalam penampilan pertamanya di oktagon dalam tempoh setahun.

Bagaimanapun, dengan pertarungan sepupu Khabib, Umar diubah tarikh, ia mungkin tidak menjadi kenyataan tetapi tidak menghalang McGregor daripada melepaskan geram kepada seteru lamanya itu.

''Dia nampak seperti gajah, dia seperti gajah kecil yang gemuk,'' katanya kepada saluran Youtube The MacLife.

''Saya tak faham bagaimana dia boleh bersara pada peringkat ini, banyak lagi pertarungan hebat di luar sana.

''Malah pertarungan dengan Tony [Ferguson]...saya tak peduli apa-apa pun, anda sepatutnya bertarung dan tak kira apa, ia mesti dilangsungkan.

''Anda jangan mengelak daripada berlawan tetapi dia sudah berada pada kemuncaknya. Jadi saya tak terkejut jika dia 'melarikan' diri.''

Dengan menentang Poirier, McGregor hanya selangkah untuk merampas kembali tali pinggang lightweight yang terlepas kepada Khabib pada 2018.

Petarung dari Dagestan itu masih lagi pemegang tali pinggang UFC secara rasmi walaupun telah mengumumkan persaraan dan jaguh Ireland itu akui dia perlu kerja keras sebelum boleh merampasnya.

SUMBER

Mc Gregor sentiasa ingin membuat Khabib panas agar mereka dapat bertarung lagi, adakah ia akan menjadi realiti ? Sama-sama kita nanti 🔥🔥
 
  • Like
Reactions: Wen

Fakhrii

Well-known member
Tampaknya ada kemungkinan Khabib Nurmagomedov akan kembali beraksi 🔥

1610936642961.png

Terbaharu, selepas hampir tiga bulan bersara daripada UFC pada Oktober lalu, beliau nampaknya memberi bayangan untuk kembali menerusi kenyataan terbaru daripada CEO UFC iaitu Dana White yang memaklumkan Khabib sedia pertimbangkan kembali daripada pesaraan selepas menonton aksi di UFC 257.

Untuk pengetahuan, UFC 257 yang bakal berlangsung di Dubai pada 24 Januari ini bakal menyaksikan dua perlawanan lightweight iaitu antara Dustin Poirier dan Conor McGregor serta perlawanan Dan Hooker bertemu Michael Chandler.

Menurut Dana White, beliau yakin masih mempunyai peluang untuk memujuk Khabib ke oktagon. Berdasarkan ura-ura, Tony Ferguson antara lawan yang diidamkan ramai untuk bertemu Khabib.

Connor McGregor juga turut menyatakan hasrat untuk mengadakan rematch bersama Khabib buat kali terakhir.

SUMBER

Adakah anda sudah tidak sabar lagi untuk menantikan pertarungan tersebut ? Sama-sama kita nantikan keputusan yang bakal dibuat oleh Khabib selepas 24 Januari ini.
 

Fakhrii

Well-known member
Khabib sanggup menolak tawaran yang lumayan
It's done for Khabib Nurmagomedov


1611124687230.png

MOSCOW: Khabib Nurmagedov enggan menyertai The Ultimate Fighter bersama Conor McGregor - walaupun dibayar AS$5 bilion (RM20.24 bilion).

Juara lightweight UFC itu diletakkan sebagai jurulatih dalam sebuah rancangan realiti MMA, dengan McGregor sebagai jurulatih pihak lawan.

Namun Khabib bertekad untuk tidak melakukan apa saja yang boleh meningkatkan reputasi McGregor, walaupun ia mendatangkan hasil lumayan buat dirinya.

"'The Ultimate Fighter' dengannya dapat menarik perhatian untuk dirinya. Saya tidak mahu memberikan itu kepadanya. Saya tidak pernah memberikan kepadanya.

"Jika mereka memberikan saya AS$5 bilion - walaupun mereka memberikan UFC kepada saya - saya tidak akan melakukannya.

"Ia sudah selesai. Semuanya selesai pada 6 Oktober 2018 (tarikh Khabib menewaskan McGregor di UFC 229). Saya menewaskannya. Saya menamatkan semua tentang dirinya," kata Khabib.

Bos UFC Dana White masih mengharapkan Khabib akan kembali daripada persaraan, walaupun sekadar untuk menyertai siri realiti The Ultimate Fighter sebagai jurulatih.

Siri berkenaan - menampilkan 16 pesaing yang merebut kontrak UFC - dijangka kembali tahun depan selepas dibatalkan pada tahun 2018

SUMBER
 
  • Like
Reactions: Wen

Wen

Well-known member
Khabib sanggup menolak tawaran yang lumayan
It's done for Khabib Nurmagomedov


View attachment 1736
MOSCOW: Khabib Nurmagedov enggan menyertai The Ultimate Fighter bersama Conor McGregor - walaupun dibayar AS$5 bilion (RM20.24 bilion).

Juara lightweight UFC itu diletakkan sebagai jurulatih dalam sebuah rancangan realiti MMA, dengan McGregor sebagai jurulatih pihak lawan.

Namun Khabib bertekad untuk tidak melakukan apa saja yang boleh meningkatkan reputasi McGregor, walaupun ia mendatangkan hasil lumayan buat dirinya.

"'The Ultimate Fighter' dengannya dapat menarik perhatian untuk dirinya. Saya tidak mahu memberikan itu kepadanya. Saya tidak pernah memberikan kepadanya.

"Jika mereka memberikan saya AS$5 bilion - walaupun mereka memberikan UFC kepada saya - saya tidak akan melakukannya.

"Ia sudah selesai. Semuanya selesai pada 6 Oktober 2018 (tarikh Khabib menewaskan McGregor di UFC 229). Saya menewaskannya. Saya menamatkan semua tentang dirinya," kata Khabib.

Bos UFC Dana White masih mengharapkan Khabib akan kembali daripada persaraan, walaupun sekadar untuk menyertai siri realiti The Ultimate Fighter sebagai jurulatih.

Siri berkenaan - menampilkan 16 pesaing yang merebut kontrak UFC - dijangka kembali tahun depan selepas dibatalkan pada tahun 2018

SUMBER
terbaik la Khabib Hero
 

Fakhrii

Well-known member
Khabib sekolahkan Conor McGregor

1230728115.0.jpg


Abu Dhabi: Khabib Nurmagomedov berpendapat 'rakan sepelatih kanak-kanak' Conor McGregor menjadi punca kekalahannya di tangan Dustin Poirier.

Penampilan semula bintang Ireland itu ke oktagon cukup memalukan apabila rebah seawal pusingan kedua.

McGregor mudah menwaskan Poirier pada 2014 menerusi kiraan TKO di pusingan pertama.

Namun kali ini jauh berbeza apabila Poirier mempamerkan aksi cukup mantap sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan pertemuan pertama sebelum ini.

Seteru utama McGregor, Khabib yang juga pernah menewaskan bintang Ireland itu menerusi gerakan kuncian, pantas memberi reaksinya di Twitter.

"Inilah yang berlaku apabila anda mengubah pasukan anda, meninggalkan rakan sepelatih yang mengangkat anda sebagai juara dan kemudian berlatih dengan kanak-kanak.

"Jelas jauh daripada realiti sebenar," tulis Khabib.

Khabib turut memberi penghargaan kepada bos UFC, Dana White kerana memperkenalkan pertandingan itu sebelum mengucapkan terima kasih atas segala-galanya.

SUMBER
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

UFC masih melobi pertarungan semula Khabib vs McGregor

1052669056.0.jpg

Nama Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor memang tidak asing lagi buat peminat tegar sukan seni bela diri campuran (MMA).

Malah, dua bintang besar MMA yang masing-masing dari Rusia dan Ireland ini juga mampu menarik minat penonton bukan tegar untuk menyaksikan acara UFC setiap kali nama mereka muncul pada 'fight card'.

Maka oleh sebab itulah Presiden UFC, Dana White masih belum mampu 'melepaskan' Khabib walaupun juara kelas lightweight itu telah mengumumkan persaraan Oktober lepas.

Bercakap kepada kepada The National, White berkata sebagai seorang penganjur, adalah tugasnya untuk merialisasikan pertarungan semula antara Khabib dan McGregor.

Wang dan legasi mereka sebagai petarung adalah perkara utama dalam strategi UFC untuk memujuk kedua-dua Khabib dan McGregor untuk bersetuju bertarung sekali lagi.

"Ia adalah pertarungan yang melibatkan wang yang banyak. Kedua-dua mereka akan menjana pendapatan yang sangat tinggi," kata White.

"Yang kedua, ia adalah pertarungan penting bagi legasi mereka. Jika anda Conor, anda pasti mahu membalas dendam atas kekalahan di tangan Khabib.

"Dan jika anda Khabib pula, anda mahu menewaskan Conor dua kali untuk membuktikan (yang terbaik)," tambah White.

Pada Oktober 2018 dalam pertarungan pertama mereka, Khabib berjaya menewaskan McGregor menerusi kuncian leher pada pusingan keempat sekali gus mengekalkan status juara lightweight UFC. sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top