KERETA APPLE?

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1608611159580.png

Gambar sekadar ilustrasi

1610097120901.png

NEW YORK – Apple merancang untuk mengeluarkan kereta jenama sendiri dengan penggunaan teknologi bateri menjelang 2024.

Rancangan yang dibuat oleh pencipta iPhone itu dikenali dengan Project Titan – dicadangkan sejak awal tahun 2014 lagi apabila firma itu mula membuat reka bentuk dari awal.

Matlamat Apple bagi menghasilkan kenderaan peribadi untuk pasaran massa – berbeza dengan Alphabet Inc.’s Waymo, yang membangunkan ‘robo-texis’ untuk perkhidmatan membawa penumpang tanpa pemandu.

“Strategi Apple adalah menggunakan reka bentuk bateri baharu yang dapat mengurangkan kos bateri serta meningkatkan jangkauan kenderaan, menurut sumber dalaman.

Menghasilkan kenderaan merupakan cabaran untuk Apple yang sebelum ini hanya dikenali sebagai sebuah syarikat yang membuat ratusan juta produk elektronik setiap tahun di seluruh dunia.

Setakat ini belum dipastikan siapa yang akan menghasilkan kereta berjenama Apple.

Tetapi sumber mengatakan, mereka mengharapkan syarikat itu bekerjasama dengan kilang kenderaan yang terbaik untuk membina kenderaan Apple.


Sumber
 
Last edited by a moderator:

Fakhrii

Well-known member
Nampaknya Apple nak collab dengan Hyundai nak buat kereta elektrik tu.. perghh mantap ah

 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Nampaknya Apple nak collab dengan Hyundai nak buat kereta elektrik tu.. perghh mantap ah

Entah berapa lah harga kereta Apple tu nanti
 

Fakhrii

Well-known member
Bekas naib presiden Porsche Chasis sertai projek Apple Car ?

1612412725063.jpeg

Berita mengenai Apple mahu membangunkan sebuah kereta elektrik sudah dibincangkan oleh pengguna internet sejak tahun 2014 lagi. Dan beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat yang beroperasi dari Cupertino mula memilih pakar-pakar dalam bidang automotif untuk membangunkan Apple Car.

Pada akhir tahun lalu, Apple telah melantik Manfred Harer untuk turut serta dalam pembangunan kereta mereka. Manfred Harer merupakan bekas Naib Presiden Porsche Chassis yang dikatakan salah seorang jurutera terbaik di Volkswagen Group. Beliau bertanggungjawab sebagai Ketua Pembangunan Casis di Porsche dan pernah menggalas tanggungjawab untuk menjaga pembangunan produk Porsche Cayenne sebelum ini.

Manfred Harrer telah berkhidmat di Volkswagen Group selama lebih dari 13 tahun sebelum dia meninggalkan syarikat itu pada akhir tahun lalu tanpa memberitahu bekas rakannya ke mana dia pergi selepas itu.

Ada beberapa penganalisis Apple menjangkakan syarikat tersebut sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah kereta elektrik dalam masa terdekat dan mungkin akan menggunakan Platform Elektrik E-GMP Bateri Hyundai pada ‌Apple Car mereka nanti.

Nampaknya pembangun-pembangun automotif dunia akan bersaing dengan Apple tidak lama lagi. Memandangkan Apple sudah mempunyai peminatnya tersendiri, sudah semestinya Apple Car akan menjadi salah satu produk ‘wajib beli’ oleh golongan kayangan di seluruh dunia nanti.

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top