📈 Technical Kenali Trend

Technical

Fazrul Syazwan

New member
Kebanyakkan trader ataupun chartist menganlisa carta pasaran bermula dengan arah pergerakkan harga dengan bantuan alat-alat analisa teknikal tertentu seperti aras support dan resistance, price pattern, moving averages, trendlines dan sebagainya. Kita sering mendengar "trend adalah rakan anda" atau "sentiasa ikut trend semasa", jadi apakah maksud trend sebenarnya?

1.Definisi
  • Trend adalah arah pergerakkan harga yang sentiasa berubah disebabkan lambakkan permintaan dan penawaran dalam sesuatu pasaran sama ada permintaan melebihi penawaran ataupun penawaran melebihi permintaan yang akan mempengaruhi suatu arah pasaran.​
  • Pergerakkan harga bergerak mengikut urutan zigzags. Urutan zigzags adalah pembentukkan wave secara berturut-turut yang mempunyai puncak dan dasar.​

2.Jenis Trend
Terdapat tiga jenis trend yang terdapat dalam carta pasaran kewangan iaitu:​
  1. Uptrend
  2. Downtrend
  3. Sideways
2.1 Uptrend
  • Pergerakkan harga dalam keadaan menaik menunjukkan permintaan sedang menguasai pasaran.​
  • Uptrend juga dikenali sebgai Bullish Market kerana sifatnya semakin menaik dan ke atas.​
  • Struktur uptrend mempunyai bentuk menaik puncak dan dasar (ascending peaks and troughs).
Ascending Peaks and Troughs.png

Rajah 1 : Uptrend.

2.2 Downtrend
  • Pegerakkan harga dalam keadaan menurun menunjukkan penawaran sedang menguasai pasaran.​
  • Downtrend juga dikenali sebgai Bearish Market kerana sifatnya semakin menurun dan ke bawah.​
  • Struktur downtrend mempunyai bentuk menurun puncak dan dasar (ascending peaks and troughs).

Descending Peaks and Troughs.png

Rajah 2 : Downtrend.

2.3 Sideways
  • Pergerakkan harga dalam keadaan sideways menunjukkan tekanan penawaran dan permintaan dalam kadar yang seimbang (equilibrium).
  • Sideways juga dikenali sebagai trendless (tiada trend ke atas mahupun ke bawah cuma terdapat bentuk yang terbentuk secara melintang ataupun mendatar).​
  • Apabila pasaran dalam keadaan sideways, tindakan yang paling bijak ialah tidak memasuki mana-mana posisi dalam pasaran kerana sifatnya yang ketidaktentuan (indecision).

Sideways.png

Rajah 3 : Sideways.

3.Pengelasan Trend
  • Terdapat tiga jenis kategori sesebuah trend, iaitu :
    • Major Trend
    • Minor atau Intermediate Trend
    • Near Term Trend
3.1 Jenis Pengelasan Trend

3.1.1 Major Trend
  • Major trend adalah pergerakkan harga untuk jangka masa yang lama, lebih jelas di timeframe yang lebih besar.​
3.1.2 Minor atau Intermediate Trend (Pertengahan)
  • Minor atau Intermediate trend adalah pergerakkan yang berlaku dalam Major trend selalunya pergerakkan ini dikenali sebagai retracement atau price correction.
3.1.3 Near Term Trend (Trend Jangka Masa Dekat)
  • Near term trend adalah trend jangka masa yang terdekat dimana sesuatu perkara akan berlaku pada arah pasaran di masa hadapan.​
Trend Classifications.png


Rajah 4 : Pengelasan Trend.​


  • Point 1, 2, 3 dan 4 menunjukkan major trend iaitu uptrend
  • Point 2 hingga 3 menunjukkan minor trend iaitu downtrend sebagai retracement dalam major uptrend.
  • Wave A, B dan C menunjukkan near term trend iaitu arah sebelum tamatnya minor downtrend.

3.2 Contoh Pengelasan Trend Pada Carta Pasaran Kewangan
GBPUSDDaily - Trend Classifications - Candlestick Chart.png
Rajah 5a : Pengelesan Trend Pada Candlestick Chart GBPUSD.​
GBPUSDDaily - Trend Classifications - Line Chart.png

Rajah 5b : Pengelesan Trend Pada Line Chart GBPUSD.​

 
Last edited:

Fazrul Syazwan

New member
4.Struktur Pergerakkan Harga
  • Struktur pergerakkan harga dilihat dengan pergerakkan High dan Low.
4.1 Struktur Pergerakkan Harga : Uptrend
  • Pergerakkan harga sentiasa memecahkan High sebelumnya dengan membuat Higher High dan Higher Low lebih tinggi berbanding Low sebelumnya.​
Price Structure - Uptrend.png

Rajah 6 : Struktur Uptrend.
4.1.1 Contoh Struktur Uptrend Pada Carta Pasaran Kewangan
EURUSDH4 - Uptrend Structure - Candlesticks Chart.png
Rajah 7a : Struktur Uptrend Pada Candlestick Chart EURUSD.
EURUSDH4 - Uptrend Structure - Line Chart.png

Rajah 7b : Struktur Uptrend Pada Line Chart EURUSD.​






4.2 Struktur Pergerakkan Harga : Downtrend
  • Pergerakkan harga sentiasa memecahkan Low sebelumnya dengan membuat Lower Low dan Lower High lebih rendah berbanding High sebelumnya.

Price Structure - Downtrend.png
Rajah 8 : Struktur Downtrend.



USDCHFH1 - Downtrend Structure - Candlesticks Chart.png
Rajah 9a : Struktur Downtrend Pada Candlestick Chart USDCHF.

USDCHFH1 - Downtrend  Structure - Line Chart.png


Rajah 9b : Struktur Downtrend Pada Line Chart USDCHF.​



Jika sudah memahami ilmu di atas boleh ke thread seterusnya di sini : Support dan Resistance (SNR)
 
Last edited:

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top