Kementerian Perpaduan akan bawa isu SOP 'Makan Besar' ke MKN

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
c67b.jpg


KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara akan membawa pandangan dan rayuan masyarakat Cina berhubung prosedur operasi standard (SOP) sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kementerian itu dalam kenyataan kepada BH, berkata penyediaan SOP Tahun Baharu Cina itu sebelum ini disediakan kementerian berkenaan selepas berbincang dengan 21 Badan Pertubuhan Agama, Persatuan Kebudayaan Cina dan pihak berkaitan pada 12 dan 18 Januari.

Ini termasuk Malaysian Buddhist Association, Association of Churches In Sarawak, Malaysian Chinese Muslim Association, Persekutuan Persatuan Taoist Malaysia dan Christian Federation of Malaysia.

"Bagaimanapun selepas mendengar pandangan dan rayuan masyarakat Cina terutama berkaitan SOP Makan Besar Keluarga dan kehadiran penganut ke tokong pada 11, 12 dan 19 Februari, Kementerian akan membawa isu ini kepada MKN.

"Pengumuman berkaitan pandangan dan rayuan yang dimasukkan dalam SOP Tahun Baharu Cina akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," kata kenyataan itu.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan aktiviti ziarah termasuk rentas daerah dan negeri serta aktiviti keagamaan di tokong sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada 11 dan 12 Februari ini tidak dibenarkan.

SOP perayaan Tahun Baharu Cina kali ini juga menetapkan acara makan besar hanya dibenarkan untuk disambut dalam rumah bersama ahli keluarga daripada rumah yang sama.

Turut tidak dibenarkan ialah sebarang aktiviti kebudayaan dan persembahan seperti tarian singa, tarian naga, perarakan tanglung, opera dan pertunjukan pentas manakala upacara sembahyang di tokong pula hanya dibenarkan membabitkan lima ahli jawatankuasa tokong.

SOP perayaan itu di Sarawak bagaimanapun akan diputuskan kerajaan negeri berikutan ada daerah di negeri itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Pengumuman itu bagaimanapun menimbulkan banyak kritikan masyarakat yang menyifatkan kerajaan sebagai tidak peka budaya. sumber



APA PENDAPAT ANDA ?
 

Fakhrii

Well-known member
Sayu tiada makan besar tetapi kesihatan lebih penting untuk diutamakan




Kuala Terengganu: Warga emas terpaksa menerima hakikat apabila buat pertama kali meraikan Tahun Baru Cina sendirian tanpa makan besar bersama anak, menantu dan lima cucunya, petang Khamis ini.

Wang Fook Seek, 75, dari Kampung Tiong, di sini, yang kematian isteri sejak tujuh tahun lalu mengakui dirinya berasa sayu tetapi mengutamakan kesihatan anak serta cucunya.

Menurutnya, walaupun tanpa anak dan cucu serta tidak mengadakan makan besar seperti kelaziman, tetapi dia tetap menghias rumah sebagai meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, Jumaat depan.

"Saya menghubungi mereka (anak) yang kini menetap di Kuala Lumpur agar tidak pulang kerana bimbang berlaku penularan pandemik Covid-19, yang kini semakin meningkat.

"Mereka mungkin sedih kerana tidak dapat bersama menyambut Tahun Baharu Cina, tetapi saya nasihatkan tidak melanggar peraturan ditetapkan kerajaan, termasuk tidak merentas negeri tanpa kebenaran," katanya.

Wang yang juga Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Jurufoto Malaysia berkata, dia juga menghantar angpau untuk menggunakan perkhidmatan kurier

"Walaupun duit itu boleh dimasukkan ke akaun bank mereka, tetapi cucu lebih suka wang berkenaan dimasukkan ke dalam sampul berwarna merah dan saya akan penuhi permintaan mereka.

"Saya cuma memasak ala kadar untuk makan besar pada petang sambutan Tahun Baru Cina dan akan berkongsi melalui panggilan video bersama anak, menantu dan cucu," katanya

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top