Kasut Termahal Berharga 33 Biji Bitcoin

Pemburu Duit Syiling

Active member
Kanye West's $1m Yeezy shoes are 'most valuable to go on auction' - BBC News


Kasut sampel Nike Air Yeezy Kanye West terjual dengan harga AS$1.8 juta (kira-kira RM7.4 juta) dalam satu lelongan peribadi sekali gus menjadikannya sneakers paling mahal di dunia. Kasut itu melepasi nilai asalnya AS$1 juta (RM4.1 juta) dan sekali gus harga tertinggi untuk mana-mana sepasang kasut sneakers.

Kenyataan itu disahkan menerusi rumah lelong Sotheby's dalam satu kenyataan pada Isnin. Rapper Amerika itu membuat prototaip Yeezy pada 2008 di Anugerah Grammy ke-50 dan kasut itu tidak dijual di mana-mana rak kedai.

Hari ini, Sotheby's mengesahkan kasut sneaker itu yang pertama dijual dengan harga melebihi AS$1 juta. Kasut dengan saiz kaki Kanye iaitu 12 diperoleh oleh RARES iaitu platform pelaburan yang membolehkan pengguna membeli dan menjual saham menerusi kasut edisi terhad dan paling dikehendaki.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama RARES, Gerome Sapp dalam satu kenyataan media berkata, membeli kasut yang dipakai di Anugerah Grammy itu seperti membeli 'barangan bersejarah'."Matlamat kami untuk membeli kasut ikonik seperti itu untuk meningkatkan aksesibiliti dan melahirkan budaya kasut dengan alat untuk mendapatkan kebebasan kewangan melalui RARES," katanya.

Brahm Wachter, ketua pakaian jalanan dan koleksi moden Sotheby's, dalam satu kenyataan mengatakan penjualan itu disifatkan seperti legasi Kanye sebagai salah satu pereka pakaian dan kasut yang paling berpengaruh pada zaman ini.

SUMBER
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top