Kasut Air Jordan 1 paling mahal (RM2.34 juta)

Wen

Well-known member
Staff member
Siapa Tahu nike Air Jordan 1 ini ?? Berharga (RM2.34 juta)

97285955_264435548087738_7923158843395610863_n.jpg
97290351_724920271596724_5700605719415592276_n.jpg


New York: Sepasang kasut sneaker Air Jordan 1 Michael Jordan's Game-Worn yang pernah dipakai Michael Jordan mencatat rekod dunia apabila dijual pada harga AS$560,000 (RM2.34 juta) dalam satu lelongan oleh syarikat pembida Sotheby's,

Harga yang ditawarkan itu adalah rekod tertinggi bagi bidaan kasut bola keranjang.

Kasut berwarna putih, hitam dan merah itu dibuat khas untuk Jordan pada 1985 dan ditandatangani sendiri lagenda NBA itu.

merlin_172309677_bf7c6c86-c326-4e41-b967-33a818690c60-articleLarge.jpg


Ia melepasi rekod kasut sneaker Nike keluaran 1972, 'Moon Shoe' yang dijual pada harga AS$437,500 (RM1.8 juta) juga dijual oleh Sotheby.
The 1972 Nike 'Moon Shoe' Sells for $437,500 at Sotheby's, Setting a New  World Record for Sneakers at Auction | artnet News

Moon Shoe 1972

Kasut Air Jordan 1 berwarna 'Chicago', adalah model yang paling simbolik dalam generasinya, dengan mudah melepasi anggaran jualan Sotheby antara AS$100,000 hingga AS$150,000.

Air Jordan 1 adalah model istimewa yang dihasilkan Nike untuk Jordan yang dipakai ketika musim pertama lagenda bola keranjang itu di NBA.

"Kasut Air Jordan 1 adalah sneaker yang paling ikonik sepanjang masa.

"Mereka sangat dikenali dan mempunyai banyak nostalgia yang mana memberikan daya tarikan sangat istimewa.

"Faktanya, kasut yang dipakai Michael Jordan inilah yang membawa mereka ke tahap lebih tinggi," kata penjual dan pengumpul Jordan Geller kepada AFP.

Why Jordan Michael Geller Gave Up His World-Record Sneaker Collection -  Willamette Week

Berbeza dengan kasut 'Moon Shoes' yang dijual tahun lalu, ia tidak pernah dipakai.
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Yang buka thread ni sneakerhead ke? hehe
Payung gambar sikit
 
  • Like
Reactions: Wen

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top