Just Token (JST)

Wen

Well-known member
KANNNNNNNNNNNNNNNN
dah profit kannn

Dance Dancing GIF by Soul Train
 

Wen

Well-known member
Adakah JUST akan kembali membuat kenaikan semula?​

Just 14.6.21.jpg


Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga JST/USDT, pergerakan harga menyaksikan momentum lonjakan melebihi 700% pada pembukaan pasaran Januari sehingga 5 April 2021 dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $0.20.

Setelah itu, Just tidak berdaya untuk meneruskan kenaikan dan kembali membuat penurunan sehingga menguji paras sokongan sekitar harga $0.06 seiring dengan kejatuhan harga bitcoin.

Dari pandangan sudut teknikal, Just kini sedang bermain diruangan support untuk mencapai zon SBR (support become resistannce) sekitar $0.08 dimana zon tersebut dilihat sukar ditembusi oleh JUST.

Sekiranya pergerakan harga JUST berjaya untuk melepasi paras rintangan tersebut, zon SBR seterusnya sekitar $0.11 bakal diuji terlebih dahulu sebelum kembali membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Risiko seterusnya, jika pergerakan harga terus menyaksikan trend bearish dan menembusi paras sokongan sekitar $0.05, pergerakan harga dijangka bakal kembali meneruskan penurunan sehingga menguji paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Lihat gambar carta matawang kripto JST/USDT untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Wen

Well-known member
Just (JST) Bakal Melopori Pasaran Kripto Untuk Kembali Hangat!

just 5.8.21.jpg


Just yang dibina diatas blockchain Tron menjadi tumpuan setelah menyaksikan pergerakan harga yang positif pada pembukaan pasaran bulan Ogos.

Memulakan kenaikan secara konsisten bermula hujung bulan Julai dengan mencatatkan paras tertinggi sekitar $0.056, menghasilkan hampir 60% lonjakan.

Memiliki permodalan pasaran lebih $125 juta dengan jumlah dagangan lebih $127 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.

Binance yang telah melengkapkan pusingan kedua APENFT (NFT) airdrop kepada pemegang TRON (TRX), BitTorrent (BTT), dan JUST (JST) mempengaruhi pergerakan harga semalam.

Just menghasilkan lonjakan 12% mengakhiri sesi dagangan semalam.

Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga JST/USDT.

Pandangan sudut teknikal, Just dilihat masih kekal dengan momentum bullish dan telah memasuki kembali zon resistance sekitar $0.055 yang dinantikan para pelabur.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga JUST kekal dengan momentum tersebut, zon resistance sekitar $0.058 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji dan kemungkinan menjadi penentu untuk membuat kenaikan agresif.

Risiko seterusnya, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.052 bakal diuji semula samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.

Sewaktu penulisan, Just didagangkan pada harga sekitar $0.055 melonjak lebih 11% dalam tempoh 24 jam. Koin kini berada di kedudukan ke-277 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto JST/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top