Just (JST) Bakal Melopori Pasaran Kripto Untuk Kembali Hangat!
Just yang dibina diatas blockchain Tron menjadi tumpuan setelah menyaksikan pergerakan harga yang positif pada pembukaan pasaran bulan Ogos.
Memulakan kenaikan secara konsisten bermula hujung bulan Julai dengan mencatatkan paras tertinggi sekitar
$0.056, menghasilkan hampir
60% lonjakan.
Memiliki permodalan pasaran lebih
$125 juta dengan jumlah dagangan lebih
$127 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.
Binance yang telah melengkapkan pusingan kedua APENFT (NFT) airdrop kepada pemegang TRON (TRX), BitTorrent (BTT), dan JUST (JST) mempengaruhi pergerakan harga semalam.
Just menghasilkan lonjakan
12% mengakhiri sesi dagangan semalam.
Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga JST/USDT.
Pandangan sudut teknikal, Just dilihat masih kekal dengan momentum bullish dan telah memasuki kembali zon resistance sekitar
$0.055 yang dinantikan para pelabur.
Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga JUST kekal dengan momentum tersebut, zon resistance sekitar
$0.058 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji dan kemungkinan menjadi penentu untuk membuat kenaikan agresif.
Risiko seterusnya, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar
$0.052 bakal diuji semula samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.
Sewaktu penulisan, Just didagangkan pada harga sekitar
$0.055 melonjak lebih
11% dalam tempoh 24 jam. Koin kini berada di kedudukan ke-277 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto JST/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.