Berikut adalah carta rangka masa 4 Jam yang mana secara keseluruhannya trend menunjukkan pergerakan harga yang menaik. Dapat di lihat bahawa harga berada di atas Purata Pergerakan harga 100 hari, harga pernah turun rendah ke 0.7461 namun telah melantun semula setelah menyentuh garis purata pergerakan harga 100 hari. Kini harga semasa adalah di 0.7584.
Saya melihat terdapat dorongan untuk harga naik setelah mengambil kira sentimen pasaran terhadap Brexit dan juga berita fundamental AS berkenaan perbelanjaan yang berkurang memberi kesan yang mengakibatkan Greenback tertekan.
Harga mungkin akan cuba melakukan retest di kawasan SBR atau Support become resistance di kawasan 0.7560 dan sekiranya berjaya, harga akan terus ke resistance seterusnya iaitu zon 0.7620 dan seterusnya zon 0.7634.