📈 Technical Jom Belajar BBMA’S

Technical

MochiFx

Member
Harap ada video nanti..hehe
InsyaAllah ....saya plan nak open small circle untuk siapa yang betul- betul nak belajar cara ni ...so dlm tu saya akan share semuanya termasuklah video2.Harap-harap dapat buat laa sbb sekarang nk tengah sibuk and jika ada permintaan yang banyak baru kita buka..hehe
 

extr-o

Well-known member
Assalamualaikum semua traders baru dan juga lama,
Terima kasih kerana sudi menunggu dan sabar belajar .Sebagaimana yang di janjikan pada thread kali ini saya akan berkongsi cara entry menggunakan MMBA'S ini.

Sebelum itu ada beberapa perkara yang yang perlu anda semua tahu dan ambil perhatian terutamanya bentuk candelstick.Baiklah,Jom kita kenali beberapa jenis candlestick yang bakal digunakan dalam trading sistem kita:

1) Candlestick Continuation -( CC ) - CS ini terbentuk apabila CS close diluar Bollinger Band menunjukkan kekuatan untuk meneruskan perjalanan mengikut arah CS.

Sebagai Contoh untuk Uptrend CS Bull mestilah close diatas upper BB dan juga atas kedua-dua ma merah.Candlestick ini juga kita panggil Candlestick Continuation UpTrend (CCU).

View attachment 670

Downtrend CS Bear mestilah close dibawah lower BB dan juga dibawah kedua-dua ma biru.Candlestick ini juga kita panggil Candlestick Continuation DownTrend (CCD).

View attachment 671

2)Candlestick Retest

Untuk memudakkan pemahaman , candlestick ini ialah cs yang masih bergerak selepas terbentuknya [email protected].Sifat Cs ini akan bergerak berlawanan arah daripada [email protected] semasa yg terbentuk.
Pada kesempatan ini kita akan menunggu price bergerak ke dalam zone entry sebelum kita memasuki pasaran.
View attachment 672
Bagi memudahkan kita faham saya akan menggunakan singkatan untuk jenis - jenis candlestick yang digunakan.

Perkara kedua yang kita perlu lihat sebelum entry ialah bentuk BB itu sendiri.
Bentuk BB yang boleh diberikan perhatian semasa trade ada beberapa bentuk iaitu:

1.BB OPEN

BB Open ialah apabila Upper BB menghala kearah atas , Mid BB menghala mengikut arah pergerakan Cs ,Lower BB menghala ke bawah.

View attachment 673


2.BB Condong


BB condong ialah apabila Upper BB, Mid BB ,Lower BB menghala mengikut arah pergerakan Cs.

View attachment 674....................................... View attachment 675
Bentuk bb ini digunankan untuk melihat kekuatan pasaran untuk meneruskan perjalanan mengikut arah CS.

3.BB Mengucup @ Squeeze

Apabila BB ini terbentuk ia membawa maksud berkemungkinan akan ada entry pada TF yang lebih besar.
BB squeeze ialah apabila Upper BB menghala kearah bawah,Lower BB menghala ke atas.
View attachment 676

Faham tak apa yang saya kongsikan setakat ini?Sekiranya anda faham boleh reply @ komen "Faham"
di bawah.Baiklah kita akan teruskan pada bahagian yang ditunggu-tunggu iaitu entry.

Mungkin pada kali ini saya akan menerangkan secara ringkas dahulu kerana untuk menerangkan secara detail mengambil masa yang agak panjang.So let go:

Syarat entry ialah apabila anda telah menemukan jenis-jenis CS terbentuk pada CS semasa dan juga telah mengenalpasti bentuk BB.
Cara Entry Pertama ialah:
1)Entry pada Zone Sahaja Iaitu kawasan diantara MA

MA Merah kawasan untuk sell dan MA biru kawasan untuk Buy
TP1 ialah pada MA berlawanan yang terdekat.Maksudnya sekiranya anda sell di MA merah TP 1 anda pada MA biru begitu juga dengan Buy di MA biru dan TP1 di MA merah
Anda boleh mengambil profit pada TP2 iaitu pada Upper BB (apabila anda buy) dan Lower BB (apabila anda sell) pastikan anda set BE yaa.

2)Entry hanya pada CS retest atau pending Order dikawasan entry.

3) SL diletakkan mengikut kemampuan dan toleransi Risiko.Untuk lebih detail cara letak sl akan dibincangkan pada thread yang mendatang.

Berikut beberapa contoh untuk memudahkan pemahaman.
View attachment 677View attachment 678

Disebabkan kesuntukan masa saya sambung pelajaran kita pada thread yang akan datang.
So ,hari ini saya sudah berkongsi berkaitan jenis CS yng digunakan,Bentuk BB , Cara Entry dan juga TP .Pada theads yang akan datang saya akan share cara penggunaannya secara lebih mendalam pula.Hehe

Pastikan anda like sekiranya anda suka dan komen untuk saya sambung siri pembelajaran kita pada masa yang akn datang.
Stay Tune🤩
~MochiFx~
Sangat baik, senang faham, tak mungkin tak faham sbb boleh dibaca dan dikaji berulang-ulang pon.
 
  • Deleted by nabil
Show…

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top