Israel lulus beli peralatan perang dari AS bernilai AS$9 bilion

Wen

Well-known member
1612773763065.png

GLOBAL | Israel meluluskan pelan berbilion dolar US untuk menguatkan tentera udaranya dengan pesawat perang dan peralatan tentera canggih, lapor Agensi Anadolu.

Siaran milik kerajaan KAN TV melaporkan setelah tiga tahun tertangguh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Kabinet yang berlangsung selama tujuh jam, dihadiri Menteri Pertahanan Benny Gantz.

Perjanjian bernilai US$9 bilion itu merangkumi pembelian helikopter Chinook, pesawat perang F-35 dan F-16, bom, senjata canggih dan kapal tangki pengisian minyak di udara, katanya.

Kementerian Kewangan menentang perjanjian itu kerana Tel Aviv perlu membuat pinjaman dari bank Amerika Syarikat (AS) untuk membiayai rancangan tersebut dan ini bermaksud pengurangan bantuan tahunan dari Washington.

AS, penyokong ketenteraan terbesar Israel, mengumumkan pada 2018 akan memberikan bantuan sebanyak AS$38 bilion dalam tempoh 10 tahun kepada Tel Aviv.

sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top