Saya tak pasti betul atau tidak. Tapi sebagai web/mobile developer saya cuma dapat jelaskan beberapa perkara.
1. Domain - sebelum ini kawan saya ada call dan tanya kenapa website isharefans down dan bila saya lihat mereka menggunakan cloudflare dns dimana penukaran domain berlaku dari isharefans.net ke isharefans.vip. Untuk pengetahuan, domain ni adalah "brand" untuk perniagaan. Contoh paling senang, jika saya beli "hosting", company hosting itu pula bertukar ip address, akan ada "ip changes xx times" dalam "1 tahun". So saya tidak akan beli hosting tersebut dengan mereka. Berkemungkinan tidak akan lama kerana mereka tak stable dalam business mereka. 100 percent semua data hangus. Brader dari omghackers dah bagitau benda ni.
2. Company private - Saya sarankan jangan dekat dengan company ni melainkan jika dia bagitau siapa pemilik. Brader yang lain dah bagitau pasal "whois". Whois ini sangat penting, walaupun company kecil, takkan dia nak private business dia. Orang buat bisnes nak bagitau orang lain bisnes apa dia buat. Contoh, nasi lemak sedap kat mana?
3. Apps/Like/Subscribe - Aplikasi bergantung pada company sebenarnya. Nak buat native boleh atau webview pun boleh. Dan bagaimana content creator boleh dapat income dari aplikasi? Kita ambil satu saja, YouTube sediakan platform untuk content creator. Mereka dapat income dari beberapa sumber. Revenue iklan, jualan merchandise, sponsor dll. Itu memang nyata. Bagaimana company nak elak pembayaran kepada spammer? Contoh, jika saya spam klik iklan dari youtube, dalam 1 video, 1 hari 30 iklan, IP address yang sama, adakah youtube nak bayar atau boleh ke ip address saya dikira untuk beri pendapatan kepada content creator tersebut? Sebab tu isharefans kata "Jangan pakai wifi". Like dan subscribe adalah traffic untuk seseorang. Mereka akan dapat notification dari youtube jika content creator tu upload new video dll. Begitu juga dengan blogger, mereka guna adsense untuk jalan pendapatan dan beberapa affiliates link.
4. Follower dibeli - youtube company besar, patut ke duduk diam saja? Gang Isharefans like subscribe untuk content yang private/yang sama. Youtube jaga content creator, begitu juga creator. Macam brader atas bagitau, takkan la nak video dia jatuh rating sebab benda gini. Jika 1 video dah kena, boleh jadi akaun dia pun kena ban. Bakal ada penambahan T&C baru dari youtube nanti. Isharefans boleh follow ke? Web/mobile/software developer selalu kena update dengan situasi sebenar. Paling penting T&C dari platform yang digunakan. Follow the rules.
Saya daftar dekat forum ni sebab nak bagitau, yang jangan kita cepat sangat melayan benda macam ni. Dengan situasi ekonomi kita sekarang ni, memang semua memerlukan. Tapi harus bijak dalam penggunaan. Invest at your own risk. Isharefans ada free kan, guna saja. Dapat sikit tak apa, asalkan tak "terduduk".