Indeks Petunjuk Saham US - S&P 500

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
images

S&P 500, atau indeks Standard & Poor's 500, ialah indeks saham yang mengukur performance 500 kaunter (atau syarikat) terbesar yang disenaraikan di bursa saham United States (US).


Indeks ini penting untuk mengukur prestasi ekonomi US.

Harga tutup semalam: 3,915.46

Terendah hari ini: 3,886.75

Tertinggi hari ini: 3,930.12

Harga sekarang (12.00pm): 3,913.10

 
Last edited:

Ridhwan

Member
images

S&P 500, atau indeks Standard & Poor's 500, ialah indeks saham yang mengukur performance 500 kaunter (atau syarikat) terbesar yang disenaraikan di bursa saham United States (US).


Indeks ini penting untuk mengukur prestasi ekonomi US.

Harga tutup semalam: 3,572.66

Terendah hari ini: 3,518.58

Tertinggi hari ini: 3,569.02

Harga sekarang (12.00pm): 3,537.01

 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Tuah Tesla Sertai S&P 500, Elon Musk Catat Kekayaan Lebih Tinggi Dari Mark Zuckerberg​


Pengasas Tesla, Elon Musk sekali lagi memijak tuah, diumumkan Bloomberg Billionaires Index sebagai individu ketiga terkaya di dunia.

Figura yang berusia 49 tahun itu berjaya memintas pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang memiliki kekayaan bernilai $106 bilion dengan jumlah aset terkini bernilai $117.5 bilion.

Rupanya, lonjakan 13% saham Tesla susulan daripada pengumuman pernyertaan S&P 500 Index membawa keuntungan Musk meningkat dari nilai sebelumnya, $15 bilion.

Sedia maklum Musk memiliki 20% saham Tesla dan pada masa yang sama merupakan pengasas SpaceX, berjaya mencatat rekod keuntungan sekitar $90 bilion hanya dalam 2020! Ia merupakan rekod terbesar dalam senarai 500 individu terkaya dunia.

Dilaporkan Tesla akan menyertai S&P 500 pada 21 Disember akan datang, merupakan kemasukan baru terbesar dalam sejarah.

Tuah Musk pada minggu ini bertimpa-timpa bermula dengan kejayaan pasukan SpaceX dalam pelancaran kapal angkasa pertama pada Isnin menerusi kicauan di laman Twitternya.

Musk kini berhadapan dengan individu pertama terkaya dunia, pengasas Amazon, Jeff Bezos ($184 bilion) dan kedua, pengasas bersama Microsoft, Bill Gates ($129 bilion) sebelum melompat menggantikan kedudukan Bezos.

Sebelum ini Musk mendakwa dirinya 50% positif dan 50% negatif COVID-19 selepas menjalani empat ujian saringan yang dijalankan pada minggu lepas.

Saham Tesla mencatatkan lonjakan 10.20% kepada $486 bilion dan ditutup rendah pada nilai $481.99.

Sumber Artikel

teslamusk.jpg
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top