HUKUM TRADE FOREX. Kenapa Haram?

MorubozuWings

Well-known member
Presepsi...serta bergantung kepada knowledege individu...tapi bila dah masuk bab hukum fatwa jadi berat...mengapa sukar untuk mengambil peluang itu bukan kerana..tak mampu..tapi kurang ambil tahu dan ada yang tak minat serta malas nak fikir semua perkara yang ada dalam forex ni kerana banyak benda nak kena belajar dan fikir..sampaikan yang takder kena mengena dalam ekonomi serta politik negara pon kena ambik tau..tapi kalau yang short term tu paling mudah..kebiasaannya mentaliti masyarakat lebih suka labur dan nak kaya dalam tempoh singkat..sebab tu..forex bukan tempat untuk jadi kaya...tapi forex adalah tools atau platform supaya masyarakat terbuka untuk pelajari ilmu serta bidang dalam perdagangan yang luas serta berfikir bagaimana ingin menjadikan forex ini sebagai kaedah untuk menambah simpanan..berbanding simpanan di bank² ataupun mana² ruang yang menawarkan pelaburan jangka masa panjang dengan dividen tahunan yang hermm boleh dikatakan ok juga lah.Mengapa ada yang kurang minat ada yang taknak tau langsung , ada yang jadi haters pulak dgn forex ni...dan macam² lagi..timbul isu sehingga ke pertanyaan di ajukan kepada para ulamak dan ustaz serta mufti semua disebabkan adanya persoalan..kerana itu adalah tempat rujukan kita sebagai orang islam..betul.
tetapi perlu sedar..datangnya sesuatu itu yang menyalahi kelakuan setiap tindak tanduk seseorang itu semua terletak atas penilaian melalui cara anda menghasilkan kewangan sama ada ianya berunsurkan elemen yang bagaimana mejadikan itu halal atau haram..mungkin forex dengan kaedah yang mungkin kebanyakannya fikir ianya sangat mudah...sebaliknya terdapat strategi dan ilmu yang anda harus pelajari terlebih dahulu..sebelum memulakan forex.Psychology minda serta mengawal kewangan serta risiko yang berdepan dengan disiplin diri dalam mengawal emosi itu sangat penting dan mempengaruhi dalam dagangan seseorang pedagang...maka..pilihan ini boleh di nilai oleh semua individu lapisan masyarakat jika anda mampu untuk menceburi bidang ini dan sanggup untuk berhadapan semua perkara ini...mungkin ianya sesuai untuk diri anda...sebaliknya jika anda hanya mampu memberikan kritikan...atau pandangan berdasarkan mata kasar serta teori tanpa praktikal mungkin anda masih belum faham dan benar² mengetahui ttg forex...untuk di bahaskan kerana semua orang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap hujah yang mereka cuba pertahankan.Apa pon tq MR Tupat..dalam membuka thread yang sangat penting..ini..mungkin banyak lagi perkara yang perlu didedahkan kepada semua yang berminat untuk menceburi bidang forex agar memahami strategi dan input yang penting sebelum menceburi bidang perdagangan pertukaran matawang asing ini.
 

Wen

Well-known member
Awas Penulisan Panjang! Jawapan yang anda cari mungkin ada dalam penulisan ini. Penulisan ini adalah pandangan peribadi saya dan saya menyeru pembaca sekalian supaya membuat persediaan rapi dengan ilmu dan disiplin yang mantap sebelum terlibat dalam trading forex. Selamat membaca dan anda bebas perkongsi pandangan anda di thread ini.


MUKADIMAH

Ada orang tanya saya FOREX tu bukan haram kah? Kenapa promosi dan mengajar sesuatu yang HARAM?

Mungkin ramai tak tahu, saya belajar trading Forex sejak 2010 melalui sahabat saya Moshed Mohamad.

Waktu itu belum ada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) yang mengeluarkan fatwa pengharaman Forex Trading. Yang ada cuma Fatwa dari Negeri Perak iaitu hukumnya HARUS (dikeluarkan pada tahun 2004). Sejurus MJFK keluarkan fatwa pada tahun 2012 saya terus tinggalkan trading Forex selama beberapa tahun selain percaya trading Forex menindas dan terlalu banyak penipuan. Wang saya pun banyak habis siap berhutang lagi. Waktu itu saya langsung tak tahu tentang bagaimana Industri Forex berfungsi dan apa yang menggerakkan matawang. Saya sangka bila saya profit, ada orang yang loss, lalu duit beliau dapat kepada saya. Saya tak tahu tentang 'dealer'. Saya tak tahu tentang 'Liquidity Provider'. Banyak yang saya tak tahu. Saya juga bersikap prejudis terhadap broker-broker dan komuniti forex terutamanya di Malaysia ini. Prejudis terhadap komuniti tu sebenarnya sampai ke sekarang masih ada. Heh.

Jadi selama bertahun-tahun saya jauhkan diri dari Forex, tetapi dari semasa ke semasa saya masih berhubung dan bertanya khabar @moshed . Setiap kali berjumpa saya mesti bertanya "betulkah industri Forex suatu industri yang genuine atau hanya direka-reka untuk menelan wang orang ramai?" Jahilnya waktu tu. Soal halal haram jarang saya bangkitkan sebab saya kenal @moshed lebih dari 20 tahun dan saya tahu beliau takkan lakukan sesuatu yang syubhah terutama melibatkan sumber rezeki keluarga.

Perspektif saya yang negatif sedikit sebanyak berubah mengikut penerangan demi penerangan dan pencerahan tentang bagaimana industri ini berfungsi, bagaimana broker berfungsi, dan bagaimana cara yang betul melakukan trading. Sehinggalah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula beri perhatian semula ke Forex Trading dan membawa kepada tawaran dari @moshed untuk bersama beliau membantu mengembangkan intraday.my dan mengembangkan ilmu yg betul kepada masyarakat tentang Forex Trading dan juga instrumen yang lain.

Baik, berkaitan hukum yang dikeluarkan MJFK pada tahun 2012 yang seterusnya disusuli oleh fatwa dari Majlis Fatwa Negeri Sabah (2012) Negeri Perlis (2016) & Negeri Sembilan (2018) saya akan sambung di post seterusnya.​







BABI
ASB, Unit Trust, Saham, Option, Forex, Komoditi, Kripto semua ini adalah instrumen-instrumen kewangan yang baru seiring dengan kemajuan dunia pada masa sekarang. Ahli-ahli feqah perlu berhempas pulas mengkaji, menilai, buat penelitian, dan mengambil faktor kepentingan kepada masyarakat dan negara dalam menentukan halal dan haramnya.

Perkara ini bukan sesuatu yang mudah, kerana tidak ada nas yang jelas disebut di dalam Al-Quran dan hadis membenarkan atau melarangnya. Oleh kerana pada zaman Al-Quran dan hadis dicatatkan, instrumen-instrumen ini semua belum wujud. Nas-nas yang dirujuk adalah bersandar kepada hukum perniagaan, jual beli atau perdagangan.

Saya ambil contoh lampiran di atas. Pelaburan ASB menjadi isu suatu ketika dulu disebabkan percanggahan pendapat dan hukum antara ahli-ahli fatwa. Kenapa ini berlaku? Kerana instrumen ini bukanlah seperti menilai daging BABI. Babi itu sudah tidak perlu lagi dinilai faktor-faktor pengharamannya. Tidak perlu kita lihat dari sudut kesihatan. Sudut pemakanan babi. Sudut cara hidup babi. Sudut bakteria dalam babi, dan sudut-sudut yang lain. Tak perlu! Sudah jelas dinyatakan babi itu haram dimakan dan najis disentuh. Period. Tak perlu mengkaji lagi, ikut sahaja. Sudah terang lagi bersuluh pengharaman tersebut datang dari dari Tuhan yang Esa. Dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila daging babi itu haram.

Tidak seperti instrumen perdagangan yang memerlukan perincian dan kajian yang teliti. Pengharamannya tidak jelas dari Tuhan melalui Al-Quran dan hadis. Hukumnya ditentukan oleh manusia yang berautoriti. Jika pada 2012 forex dikatakan haram, adakah hukum ini akan kekal selama-lamanya? Ada yang berani jamin? Tidak mustahil suatu hari nanti pihak kerajaan mula menubuhkan badan regulator untuk kawalselia aktiviti perdagangan forex, malah dengan tidak semena hukum pula boleh bertukar kepada HARUS.

Bitcoin

Adakah anda tahu, hukum melabur matawang kripto terutamanya Bitcoin diwartakan sebagai HARAM oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan? Namun Mufti Perlis menyatakannya sebagai HARUS, dan menyarankan orang ramai yang menyimpan Bitcoin untuk mengeluarkan zakat harta. Jadi mana satu panduan anda?
View attachment 1067
Perbezaan pendapat ulama mengenai bitcoin



View attachment 1068

Hukum Bitcoin oleh Mufti Wilayah - Sumber




View attachment 1069

Hukum Bitcoin oleh Mufti Perlis - Sumber





Terbaik Tuan.. Info yang menarik untuk di fahami..
 

nsa

Member
Perincian Unsur-Unsur Dalam Forex Trading

Saya akan ulas menggunakan bahasa paling mudah supaya difahami semua orang. Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya ingin jelaskan background saya bukan dari pendidikan tafsiran Al-Quran atau hadis. Saya dari bidang professional. Saya tak akan sentuh tentang tafsiran pengharaman sesuatu unsur itu. Tafsiran Al-Quran/hadis pengharaman semua unsur² tersebut sememangnya bidang mereka alim ulama, yang mana kita hanya SETUJU & IKUT. Tetapi apa yang saya boleh ulas adalah dari sudut teknikal apakah semua elemen-elemen tersebut benar-benar wujud di dalam trading forex? Jika ada, ya pasti hukumnya haram. Tetapi jika tiada? Bagaimana?​


View attachment 1053
Screenshot ini pada tahun 2014 - Sumber


Berikut merupakan antara intipati dan kesimpulan yang terkandung dalam keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (MJFK) tahun 2012. Sila perhatikan point-point utama yang digariskan tanda merah.


Perkara utama yang perlu diketahui, hukum trading forex jatuh dalam kategori al-mutaghayyirat (yang boleh berubah) berbanding al-thawabit (yang tetap dan kekal) seperti babi dan arak.

Matawang tidak boleh didagangkan.

Ya, semua sedia maklum Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (MJFK) 2012 putuskan hukum trading forex secara individu adalah haram, tetapi melalui bank adalah HARUS. Jadi hujah matawang tak boleh didagangkan dah tak terpakai. Hujah tu memang tak ada asas, tak kan bank dagangkan matawang boleh pula. Tetapi secara individu tak boleh. Hadis mana yang dirujuk yang membezakan antara bank & individu? Mudah faham kan.​

....

4 perkara asas yg menjadi SEBAB trade forex secara individu menjadi haram dari sudut FIQH dibawah hukum Bay al-Sarf. Riba, judi, gharar & elemen al-Salaf wa al-bay (kontrak hutang dlm perjanjian jual beli).


Judi

Rujukan MJFK adalah kepada kajian yg dijalankan oleh agensi ISRA. Saya kurang pasti sejauh mana kepakaran panel ISRA dan sejauh mana kajian yang dilakukan meliputi pengoperasian broker, kaedah execution order dan lain-lain teknikal dalam trading. Namun menjatuhkan terus forex trading sebagai aktiviti judi adalah sangat tidak adil. Saham hukumnya HARUS namun menjadi haram jika berjudi. Bermain bolasepak juga hukumnya HARUS namun menjadi haram jika berjudi. Begitu juga apa-apa sahaja jika dijudikan pasti haram. Begitu juga forex. Kami di Intraday setiap hari memaparkan sebab asbab naik turun nilai matawang. Bukan meneka² atau baling dadu! Jika anda menilai dari sudut analisa fundamental & teknikal yg kukuh, sudah tentulah itu bukan berjudi!

Ya, anda boleh tersilap melakukan analisa, ataupun pasaran tidak menuju ke arah yang dijangka. Itu asam garam dunia pelaburan dan perdagangan. Asas ini sama sahaja dengan instrumen pelaburan lain baik dalam hartanah, saham, komoditi mahupun dunia perniagaan. Anda bukan berjudi tetapi melakukan analisa yang terbaik untuk mencari keuntungan, tetapi analisa anda tidak semestinya 100% akan betul. Anda harus bijak mengawal risiko dan melakukan pelan yang teratur.


Riba

Dalam forex, rollover atau swap adalah riba. Sebagai muslim, anda boleh memilih akaun swap-free atau tiada rollover. Maksudnya tiada caj untuk position semalaman. So tiada lagi unsur riba. Yg ada cuma spread (perbezaan harga bid/ask) atau commission (jika memilih akaun yang tiada spread) iaitu upah kepada broker sama seperti money exchange di luar sana. Upah ini sebagai bayaran servis untuk platform yang disediakan broker untuk menghubungkan pedagang dengan pasaran liquidity. Sama seperti anda membayar upah kepada perniagaan lain di luar sana. Mana mungkin broker tawarkan servis secara percuma ataupun dengan kerugian.

Gharar

Ketidakpastian urusniaga yang wujud mendorong kepada penipuan atau manipulasi. Ya, jika anda tersilap memilih broker anda mungkin terjerat. Tetapi pandangan ini juga tidak adil. Begitu banyak broker² diluar sana yg dikawalselia dan tertakluk kepada regulation badan security di luar negara seperti CFTC, NFA, FCA UK, FINMA & CySEC.

Setiap transaksi oleh broker dikawalselia & dipantau tertakluk kepada regulation. Laporan setiap transaksi perlu dihantar samada kepada customer mahupun ke pihak regulator sebagai rekod. Jika kita tersilap memilih broker tentulah terjerat dgn penipuan ataupun dagangan kita tidak dihubungkan ke liquidity market melalui liquidity provider (melalui proses yang kita sebut Straight Through Processing - STP). Untuk memahami proses ini perlu penelitian yang lebih mendalam bukan sekadar perhati platform dagangan dan tidak faham apa yg berlaku disebaliknya. Paling tidak, boleh lawat sebuah broker bank tempatan logo harimau kuning yang beroperasi di Singapura (terpaksa berkelana sebab tak ada regulasi di Malaysia) lihat bagaimana transaksi matawang ini diproses.



Al-Salaf wa al-bay - Perkaitan dengan Leverage

Al Salaf Wa Al-Bay. Maksudnya pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli. Pihak penjual memberi hutang kepada pembeli untuk membeli barang yg dijual si penjual. Sebut saja hutang pasti ada 'charge'nya. Ini diharamkan di sisi syarak kerana penjual telah mengambil kesempatan terhadap pembeli. Contohnya membeli motosikal secara kredit kedai. Terma ini dikaitkan pula dengan kemudahan 'leverage' yang disediakan broker, dan ini juga disamakan dengan margin account dalam trading saham!. Pertama, leverage yg diberikan broker bukanlah hutang! Bukan hutang mahupun pinjaman berbayar. Apa kata kalau kita tukar term 'pinjaman' kepada term yang lebih ringan mungkin seperti 'guna dan beli'. 'Guna'kan kemudahan tersebut, kalau untung anda ambil, kalau rugi modal anda sahaja hangus, tetapi anda tidak berhutang atau bayar apa-apa kepada broker. Sama lah seperti pembiayaan bank bila kita membeli rumah atau kereta. Jika secara konvensional disebut 'pinjaman' yang mana hukumnya haram disebabkan 'interest charge'. Kemudian dijadikan sebagai 'sewa beli' supaya hukumnya harus.

Kedua, ada yg kaitkan kemudahan ini seperti Pembiayaan Margin Saham, yang mana terang-terangan ada charge interest (riba) dan rollover charge untuk position semalaman. Dalam forex, leverage yg diberikan adalah percuma. Anda untung atau rugi tak perlu membayar semula, dan tanpa apa-apa charge baik interest ataupun rollover. Rollover ini dipanggil sebagai swap. Anda boleh matikan caj swap ini dan kebanyakan broker memang tawarkan akaun swap-free. Broker sediakan kemudahan leverage ini hanya untuk memudahkan trader yg punyai modal rendah. Namun janganlah ambil kesempatan dgn trade margin besar pula. Tradelah dengan berhemah. Sayangilah wang anda, jgn sampai hangus modal.

Contract for Difference (CFD)

Sejak menjak ni saya perhati ramai sangat diluar sana tiba-tiba menjaja forex ini haram disebabkan CFD. Dulu sebab wang komoditi yang tak boleh didagangkan (dah dibidas), kemudian sebab judi (dah dibidas) kemudian sebab riba (bacalah di atas), kemudian sekarang CFD pula. Bila saya tanya CFD tu apa? Kenapa forex beza dengan dana index (indice fund) macam-macam pula dipusingnya. Nanti saya sambung ulas pasal CFD. Tetapi jawapannya berkait seperti ulasan saya di bab 'Gharar' di atas. Nanti saya perincikan.

*nanti saya sambung ulas bila free sikit*
terbaik mantap..jelas
 

freddyplower

New member
Post 3 diupdate

Kesimpulan
Salam tuan. Tertunggu2 saya tentang CFD sbb ada hujah yg saya susah nak sangkal tentang comparison forex dan CFD ni. Terutamanya ada page2 broker forex yg kata forex and CFD ni sama sbb kita tak pegang the underlying asset.
Harap dpt tolong hurai.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Salam tuan. Tertunggu2 saya tentang CFD sbb ada hujah yg saya susah nak sangkal tentang comparison forex dan CFD ni. Terutamanya ada page2 broker forex yg kata forex and CFD ni sama sbb kita tak pegang the underlying asset.
Harap dpt tolong hurai.
W'salam. Sory saya sibuk sampai lupa nak sambung. Saya tulis sini bagi tuan berfikir. Kenapa CFD dikatakan haram? Sebab tak pegang underlying asset. Saya x nak ulas hujah tu. Saya nak ulas pasal pegangan.

Forex kita akan deposit wang fiat, kita masuk dalam dana wang fiat di broker, seterusnya ke liquidity provider. Kalaupun kita trade matawang fiat dalam dana di broker, tak semestinya kita perlu memegang wang tersebut secara fizikal. Sama juga penggunaan wang fiat dalam dunia kita sekarang, Tahu tak wang kertas yang kita guna hanya meliputi 8%-10% saja dari keseluruhan wang fiat yang ada. Selebihnya dalam sistem komputer secara elektronik. Semua perpindahan hanya secara elektronik dan pemindahan angka di komputer - pembelian rumah, pembelian kereta, pembelian saham, urusniaga jual beli, urusan perdagangan dan sebagainya.

Wang itu wujud, tapi dalam bentuk digital. Pinjaman antara bank juga semuanya secara elektronik tekan-tekan di komputer, tak kan berlaku setiap kali berlaku pinjaman, satu bank hantar berbondong2 van untuk hantar wang kertas. Tak mungkin.

So sama juga, apabila kita trade forex, wang kita dideposit ke dalam dana di broker. Selepas itu proses yang berlaku semuanya dalam bentuk elektronik. Adakah wang itu tidak wujud? Adakah kita nak kata kita deposit USD, tapi trade GBP. Mana datang wang GBP? Itulah fungsi liquidity provider. Liquidity provider datangnya dari perhubungan antara bank-bank. Sudah tentu bank-bank di luar sana punya pelbagai jenis matawang. Semua perhubungan ini dilakukan secara elektronik.

Selagi mana kita withdraw wang tersebut, dan dapat di tangan atau dalam akaun bank, selagi itu wang itu wujud. Kecuali kita withdraw, broker tak boleh bayar, jadi barulah kita boleh katakan wang tersebut tidak wujud.

Kalau masih belum faham, boleh buat rujukan cara dana indeks dan dagangan CFD (perdagangan kontrak) FCPO dijalankan. Di Malaysia saja berapa banyak dana indeks syariah. Dana indeks adalah dana yg dibuat untuk trade sesuatu indeks - pergerakan purata kumpulan kaunter-kaunter saham. Kita boleh melabur atau trade dana indeks tersebut kerana ada dana yang dikumpul (atau liquidity pool) dan ianya patuh syariah selagi mana saham dalam kumpulan indeks tersebut saham syariah. Sekarang pun semua transaksi urusan jual beli hanya secara elektronik tekan2 di komputer.

Apa bezanya dana forex dan dana indeks? Sebab dana indeks ada panel syariah dan dana forex tak ada panel syariah? So tak ada pemantauan atau tauliah dari perspektif islam? Ini dah masuk dalam bab gharar. Sebab itulah kerajaan Malaysia perlu buat regulasi forex untuk jalankan pemantauan terhadap broker forex. Bila broker forex dah register di Malaysia, nak letak 10 orang atau 20 orang panel syariah dalam tu letaklah. Bila tak ada regulasi, maka timbullah macam2 keraguan dan prasangka. Itulah yang mendorong kepada hukum haram berdasar penilaian melalui maqasid syariah. Arab Saudi, Indonesia, Turki tak timbul masalah ni, sebab apa? Sebab ada regulasi. Bukan saja dapat pantau, malah kerajaan pun dapat untung.
 
Last edited:
  • Deleted by Mahmud87
  • Reason: Similar
Show…

Mahmud87

New member
W'salam. Sory saya sibuk sampai lupa nak sambung. Saya tulis sini bagi tuan berfikir. Kenapa CFD dikatakan haram? Sebab tak pegang underlying asset. Saya x nak ulas hujah tu. Saya nak ulas pasal pegangan.

Forex kita akan deposit wang fiat, kita masuk dalam dana wang fiat di broker, seterusnya ke liquidity provider. Kalaupun kita trade matawang fiat dalam dana di broker, tak semestinya kita perlu memegang wang tersebut secara fizikal. Sama juga penggunaan wang fiat dalam dunia kita sekarang, Tahu tak wang kertas yang kita guna hanya meliputi 8%-10% saja dari keseluruhan wang fiat yang ada. Selebihnya dalam sistem komputer secara elektronik. Semua perpindahan hanya secara elektronik dan pemindahan angka di komputer - pembelian rumah, pembelian kereta, pembelian saham, urusniaga jual beli, urusan perdagangan dan sebagainya.

Wang itu wujud, tapi dalam bentuk digital. Pinjaman antara bank juga semuanya secara elektronik tekan-tekan di komputer, tak kan berlaku setiap kali berlaku pinjaman, satu bank hantar berbondong2 van untuk hantar wang kertas. Tak mungkin.

So sama juga, apabila kita trade forex, wang kita dideposit ke dalam dana di broker. Selepas itu proses yang berlaku semuanya dalam bentuk elektronik. Adakah wang itu tidak wujud? Adakah kita nak kata kita deposit USD, tapi trade GBP. Mana datang wang GBP? Itulah fungsi liquidity provider. Liquidity provider datangnya dari perhubungan antara bank-bank. Sudah tentu bank-bank di luar sana punya pelbagai jenis matawang. Semua perhubungan ini dilakukan secara elektronik.

Selagi mana kita withdraw wang tersebut, dan dapat di tangan atau dalam akaun bank, selagi itu wang itu wujud. Kecuali kita withdraw, broker tak boleh bayar, jadi barulah kita boleh katakan wang tersebut tidak wujud.

Kalau masih belum faham, boleh buat rujukan cara dana indeks dijalankan. Di Malaysia saja berapa banyak dana indeks syariah. Dana indeks adalah dana yg dibuat untuk trade sesuatu indeks - pergerakan purata kumpulan kaunter-kaunter saham. Kita boleh melabur atau trade dana indeks tersebut kerana ada dana yang dikumpul (atau liquidity pool) dan ianya patuh syariah selagi mana saham dalam kumpulan indeks tersebut saham syariah. Sekarang pun semua transaksi urusan jual beli hanya secara elektronik tekan2 di komputer.

Apa bezanya dana forex dan dana indeks? Sebab dana indeks ada panel syariah dan dana forex tak ada panel syariah? So tak ada pemantauan atau tauliah dari perspektif islam? Ini dah masuk dalam bab gharar. Sebab itulah kerajaan Malaysia perlu buat regulasi forex untuk jalankan pemantauan terhadap broker forex. Bila broker forex dah register di Malaysia, nak letak 10 orang atau 20 orang panel syariah dalam tu letaklah. Bila tak ada regulasi, maka timbullah macam2 keraguan dan prasangka. Itulah yang mendorong kepada hukum haram berdasar penilaian melalui maqasid syariah. Arab Saudi, Indonesia, Turki tak timbul masalah ni, sebab apa? Sebab ada regulasi. Bukan saja dapat pantau, malah kerajaan pun dapat untung.
Apa hukum trade XAUUSD?? XAU ni kita underlying asset emas ke?? Sebab kita trade xau tapi tak ade underlying aset gold fizikal??XAU ni emas macam mana tu?? beza kan dengan pegangan duit fiat elektronik
@tupat
 
Last edited:

FahmiAM

New member
Post 2/3

Perincian Unsur-Unsur Dalam Forex Trading

Saya akan ulas menggunakan bahasa paling mudah supaya difahami semua orang. Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya ingin jelaskan background saya bukan dari pendidikan tafsiran Al-Quran atau hadis. Saya dari bidang professional. Saya tak akan sentuh tentang tafsiran pengharaman sesuatu unsur itu. Tafsiran Al-Quran/hadis pengharaman semua unsur² tersebut sememangnya bidang mereka alim ulama, yang mana kita hanya SETUJU & IKUT. Tetapi apa yang saya boleh ulas adalah dari sudut teknikal apakah semua elemen-elemen tersebut benar-benar wujud di dalam trading forex? Jika ada, ya pasti hukumnya haram. Tetapi jika tiada? Bagaimana?​


View attachment 1053
Screenshot ini pada tahun 2014 - Sumber


Berikut merupakan antara intipati dan kesimpulan yang terkandung dalam keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (MJFK) tahun 2012. Sila perhatikan point-point utama yang digariskan tanda merah.


Perkara utama yang perlu diketahui, hukum trading forex jatuh dalam kategori al-mutaghayyirat (yang boleh berubah) berbanding al-thawabit (yang tetap dan kekal) seperti babi dan arak.

Matawang tidak boleh didagangkan.

Ya, semua sedia maklum Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (MJFK) 2012 putuskan hukum trading forex secara individu adalah haram, tetapi melalui bank adalah HARUS. Jadi hujah matawang tak boleh didagangkan dah tak terpakai. Hujah tu memang tak ada asas, tak kan bank dagangkan matawang boleh pula. Tetapi secara individu tak boleh. Hadis mana yang dirujuk yang membezakan antara bank & individu? Mudah faham kan.​

....

4 perkara asas yg menjadi SEBAB trade forex secara individu menjadi haram dari sudut FIQH dibawah hukum Bay al-Sarf. Riba, judi, gharar & elemen al-Salaf wa al-bay (kontrak hutang dlm perjanjian jual beli).


Judi

Rujukan MJFK adalah kepada kajian yg dijalankan oleh agensi ISRA. Saya kurang pasti sejauh mana kepakaran panel ISRA dan sejauh mana kajian yang dilakukan meliputi pengoperasian broker, kaedah execution order dan lain-lain teknikal dalam trading. Namun menjatuhkan terus forex trading sebagai aktiviti judi adalah sangat tidak adil. Saham hukumnya HARUS namun menjadi haram jika berjudi. Bermain bolasepak juga hukumnya HARUS namun menjadi haram jika berjudi. Begitu juga apa-apa sahaja jika dijudikan pasti haram. Begitu juga forex. Kami di Intraday setiap hari memaparkan sebab asbab naik turun nilai matawang. Bukan meneka² atau baling dadu! Jika anda menilai dari sudut analisa fundamental & teknikal yg kukuh, sudah tentulah itu bukan berjudi!

Ya, anda boleh tersilap melakukan analisa, ataupun pasaran tidak menuju ke arah yang dijangka. Itu asam garam dunia pelaburan dan perdagangan. Asas ini sama sahaja dengan instrumen pelaburan lain baik dalam hartanah, saham, komoditi mahupun dunia perniagaan. Anda bukan berjudi tetapi melakukan analisa yang terbaik untuk mencari keuntungan, tetapi analisa anda tidak semestinya 100% akan betul. Anda harus bijak mengawal risiko dan melakukan pelan yang teratur.


Riba

Dalam forex, rollover atau swap adalah riba. Sebagai muslim, anda boleh memilih akaun swap-free atau tiada rollover. Maksudnya tiada caj untuk position semalaman. So tiada lagi unsur riba. Yg ada cuma spread (perbezaan harga bid/ask) atau commission (jika memilih akaun yang tiada spread) iaitu upah kepada broker sama seperti money exchange di luar sana. Upah ini sebagai bayaran servis untuk platform yang disediakan broker untuk menghubungkan pedagang dengan pasaran liquidity. Sama seperti anda membayar upah kepada perniagaan lain di luar sana. Mana mungkin broker tawarkan servis secara percuma ataupun dengan kerugian.

Gharar

Ketidakpastian urusniaga yang wujud mendorong kepada penipuan atau manipulasi. Ya, jika anda tersilap memilih broker anda mungkin terjerat. Tetapi pandangan ini juga tidak adil. Begitu banyak broker² diluar sana yg dikawalselia dan tertakluk kepada regulation badan security di luar negara seperti CFTC, NFA, FCA UK, FINMA & CySEC.

Setiap transaksi oleh broker dikawalselia & dipantau tertakluk kepada regulation. Laporan setiap transaksi perlu dihantar samada kepada customer mahupun ke pihak regulator sebagai rekod. Jika kita tersilap memilih broker tentulah terjerat dgn penipuan ataupun dagangan kita tidak dihubungkan ke liquidity market melalui liquidity provider (melalui proses yang kita sebut Straight Through Processing - STP). Untuk memahami proses ini perlu penelitian yang lebih mendalam bukan sekadar perhati platform dagangan dan tidak faham apa yg berlaku disebaliknya. Paling tidak, boleh lawat sebuah broker bank tempatan logo harimau kuning yang beroperasi di Singapura (terpaksa berkelana sebab tak ada regulasi di Malaysia) lihat bagaimana transaksi matawang ini diproses.



Al-Salaf wa al-bay - Perkaitan dengan Leverage

Al Salaf Wa Al-Bay. Maksudnya pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli. Pihak penjual memberi hutang kepada pembeli untuk membeli barang yg dijual si penjual. Sebut saja hutang pasti ada 'charge'nya. Ini diharamkan di sisi syarak kerana penjual telah mengambil kesempatan terhadap pembeli. Contohnya membeli motosikal secara kredit kedai. Terma ini dikaitkan pula dengan kemudahan 'leverage' yang disediakan broker, dan ini juga disamakan dengan margin account dalam trading saham!. Pertama, leverage yg diberikan broker bukanlah hutang! Bukan hutang mahupun pinjaman berbayar. Apa kata kalau kita tukar term 'pinjaman' kepada term yang lebih ringan mungkin seperti 'guna dan beli'. 'Guna'kan kemudahan tersebut, kalau untung anda ambil, kalau rugi modal anda sahaja hangus, tetapi anda tidak berhutang atau bayar apa-apa kepada broker. Sama lah seperti pembiayaan bank bila kita membeli rumah atau kereta. Jika secara konvensional disebut 'pinjaman' yang mana hukumnya haram disebabkan 'interest charge'. Kemudian dijadikan sebagai 'sewa beli' supaya hukumnya harus.

Kedua, ada yg kaitkan kemudahan ini seperti Pembiayaan Margin Saham, yang mana terang-terangan ada charge interest (riba) dan rollover charge untuk position semalaman. Dalam forex, leverage yg diberikan adalah percuma. Anda untung atau rugi tak perlu membayar semula, dan tanpa apa-apa charge baik interest ataupun rollover. Rollover ini dipanggil sebagai swap. Anda boleh matikan caj swap ini dan kebanyakan broker memang tawarkan akaun swap-free. Broker sediakan kemudahan leverage ini hanya untuk memudahkan trader yg punyai modal rendah. Namun janganlah ambil kesempatan dgn trade margin besar pula. Tradelah dengan berhemah. Sayangilah wang anda, jgn sampai hangus modal.

Contract for Difference (CFD)

Sejak menjak ni saya perhati ramai sangat diluar sana tiba-tiba menjaja forex ini haram disebabkan CFD. Dulu sebab wang komoditi yang tak boleh didagangkan (dah dibidas), kemudian sebab judi (dah dibidas) kemudian sebab riba (bacalah di atas), kemudian sekarang CFD pula. Bila saya tanya CFD tu apa? Kenapa forex beza dengan dana index (indice fund) macam-macam pula dipusingnya. Nanti saya sambung ulas pasal CFD. Tetapi jawapannya berkait seperti ulasan saya di bab 'Gharar' di atas. Nanti saya perincikan.

Sambung baca di sini:

Berkaitan leverage tu, pemberian yang dia bagi tu untuk membolehkan kita entry dalam nilai yg besar tidak perlu bayar balik kepada pemberi peminjam? Ini ada persetujuan dari pihak pemberi pinjam tak? Katakanlah seseorang rugi je terus dalam trading, bukankah akan merugikan yang memberi pinjam? Bukankah ini yang tidak boleh dalam islam
 

Snox

New member
jumpa juga forum yg bincangkan soal forex ni secara tenang dan tanpa emosi. saya tidak trade forex cuma bila ada ustaz-ustaz kata haram atau halal tu nak juga tahu secara teknikal dan detail kenapa.
 

Mr.Gekko

Well-known member
Ada sebab kenapa dunia pasaran kewangan sekarang memperkenalkan market OTC tanpa menganggu gugat market spot..
pakar-pakar kewangan yang aktif dengan instrument saham, indeks, fund apa semua ni pun tahu..
cuma mungkin mereka 'hide' sebab tiada kepentingan pada mereka..
dan mungkin sebab bercanggah dengan authority..
tp nak kata hanya satu pihak halal dan satu pihak haram oleh sebab mereka menjual 'cop agama' adalah tidak adil dan tidak releven..
 

farez1

New member
Moshed Trader Club
Berkaitan leverage tu, pemberian yang dia bagi tu untuk membolehkan kita entry dalam nilai yg besar tidak perlu bayar balik kepada pemberi peminjam? Ini ada persetujuan dari pihak pemberi pinjam tak? Katakanlah seseorang rugi je terus dalam trading, bukankah akan merugikan yang memberi pinjam? Bukankah ini yang tidak boleh dalam islam
Kalau takde persetujuan kenapa pemberi pinjaman bagi pinjam awal2 tu? Kalau dah tak setuju sudah tentu awal2 lagi dia tak bagi pinjaman kan? Leverage ni mcm loan bank ke kena bayar balik? 🤔
 
  • Deleted by nabil
Show…

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top