HUKUM TRADE FOREX. Kenapa Haram?

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Post 1/3
Awas Penulisan Panjang! Jawapan yang anda cari mungkin ada dalam penulisan ini. Penulisan ini adalah pandangan peribadi saya dan saya menyeru pembaca sekalian supaya membuat persediaan rapi dengan ilmu dan disiplin yang mantap sebelum terlibat dalam trading forex. Selamat membaca dan anda bebas perkongsi pandangan anda di thread ini.

MUKADIMAH

Ada orang tanya saya FOREX tu bukan haram kah? Kenapa promosi dan mengajar sesuatu yang HARAM?

Mungkin ramai tak tahu, saya belajar trading Forex sejak 2010 melalui sahabat saya Moshed Mohamad.

Waktu itu belum ada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) yang mengeluarkan fatwa pengharaman Forex Trading. Yang ada cuma Fatwa dari Negeri Perak iaitu hukumnya HARUS (dikeluarkan pada tahun 2004). Sejurus MJFK keluarkan fatwa pada tahun 2012 saya terus tinggalkan trading Forex selama beberapa tahun selain percaya trading Forex menindas dan terlalu banyak penipuan. Wang saya pun banyak habis siap berhutang lagi. Waktu itu saya langsung tak tahu tentang bagaimana Industri Forex berfungsi dan apa yang menggerakkan matawang. Saya sangka bila saya profit, ada orang yang loss, lalu duit beliau dapat kepada saya. Saya tak tahu tentang 'dealer'. Saya tak tahu tentang 'Liquidity Provider'. Banyak yang saya tak tahu. Saya juga bersikap prejudis terhadap broker-broker dan komuniti forex terutamanya di Malaysia ini. Prejudis terhadap komuniti tu sebenarnya sampai ke sekarang masih ada. Heh.

Jadi selama bertahun-tahun saya jauhkan diri dari Forex, tetapi dari semasa ke semasa saya masih berhubung dan bertanya khabar @moshed . Setiap kali berjumpa saya mesti bertanya "betulkah industri Forex suatu industri yang genuine atau hanya direka-reka untuk menelan wang orang ramai?" Jahilnya waktu tu. Soal halal haram jarang saya bangkitkan sebab saya kenal @moshed lebih dari 20 tahun dan saya tahu beliau takkan lakukan sesuatu yang syubhah terutama melibatkan sumber rezeki keluarga.

Perspektif saya yang negatif sedikit sebanyak berubah mengikut penerangan demi penerangan dan pencerahan tentang bagaimana industri ini berfungsi, bagaimana broker berfungsi, dan bagaimana cara yang betul melakukan trading. Sehinggalah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula beri perhatian semula ke Forex Trading dan membawa kepada tawaran dari @moshed untuk bersama beliau membantu mengembangkan intraday.my dan mengembangkan ilmu yg betul kepada masyarakat tentang Forex Trading dan juga instrumen yang lain.

Baik, berkaitan hukum yang dikeluarkan MJFK pada tahun 2012 yang seterusnya disusuli oleh fatwa dari Majlis Fatwa Negeri Sabah (2012) Negeri Perlis (2016) & Negeri Sembilan (2018) saya akan sambung di post seterusnya.​

1607917952522.png

1607918093491.png

Sumber

ASB

1607918640302.png

1607918680151.png

BABI
ASB, Unit Trust, Saham, Option, Forex, Komoditi, Kripto semua ini adalah instrumen-instrumen kewangan yang baru seiring dengan kemajuan dunia pada masa sekarang. Ahli-ahli feqah perlu berhempas pulas mengkaji, menilai, buat penelitian, dan mengambil faktor kepentingan kepada masyarakat dan negara dalam menentukan halal dan haramnya.

Perkara ini bukan sesuatu yang mudah, kerana tidak ada nas yang jelas disebut di dalam Al-Quran dan hadis membenarkan atau melarangnya. Oleh kerana pada zaman Al-Quran dan hadis dicatatkan, instrumen-instrumen ini semua belum wujud. Nas-nas yang dirujuk adalah bersandar kepada hukum perniagaan, jual beli atau perdagangan yang wujud pada waktu itu..

Saya ambil contoh lampiran di atas. Pelaburan ASB menjadi isu suatu ketika dulu disebabkan percanggahan pendapat dan hukum antara ahli-ahli fatwa. Kenapa ini berlaku? Kerana instrumen ini bukanlah seperti menilai daging BABI. Babi itu sudah tidak perlu lagi dinilai faktor-faktor pengharamannya. Tidak perlu kita lihat dari sudut kesihatan. Sudut pemakanan babi. Sudut cara hidup babi. Sudut bakteria dalam babi, dan sudut-sudut yang lain. Tak perlu! Sudah jelas dinyatakan babi itu haram dimakan dan najis disentuh. Period. Tak perlu mengkaji lagi, ikut sahaja. Sudah terang lagi bersuluh pengharaman tersebut datang dari dari Tuhan yang Esa. Dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila daging babi itu haram.

Tidak seperti instrumen perdagangan yang memerlukan perincian dan kajian yang teliti. Pengharamannya tidak jelas dari Tuhan melalui Al-Quran dan hadis. Hukumnya ditentukan oleh manusia yang berautoriti. Jika pada 2012 forex dikatakan haram, adakah hukum ini akan kekal selama-lamanya? Ada yang berani jamin? Tidak mustahil suatu hari nanti pihak kerajaan mula menubuhkan badan regulator untuk kawalselia aktiviti perdagangan forex, malah dengan tidak semena hukum pula boleh bertukar kepada HARUS.

Bitcoin

Adakah anda tahu, hukum melabur matawang kripto terutamanya Bitcoin diwartakan sebagai HARAM oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan? Namun Mufti Perlis menyatakannya sebagai HARUS, dan menyarankan orang ramai yang menyimpan Bitcoin untuk mengeluarkan zakat harta. Jadi mana satu panduan anda?
Bitcoin Ulama.jpg

Perbezaan pendapat ulama mengenai bitcoin

MWP - bitcoin.jpg

Hukum Bitcoin oleh Mufti Wilayah - Sumber

MPerlis - bitcoin.jpg

Hukum Bitcoin oleh Mufti Perlis - Sumber

Saya tertarik juga ulasan saudara kita di thread ini. Boleh baca di sini:

Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Post 2/3

Perincian Unsur-Unsur Dalam Forex Trading

Saya akan ulas menggunakan bahasa paling mudah supaya difahami semua orang. Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya ingin jelaskan background saya bukan dari pendidikan tafsiran Al-Quran atau hadis. Saya dari bidang professional. Saya tak akan sentuh tentang tafsiran pengharaman sesuatu unsur itu. Tafsiran Al-Quran/hadis pengharaman semua unsur² tersebut sememangnya bidang mereka alim ulama, yang mana kita hanya SETUJU & IKUT. Tetapi apa yang saya boleh ulas adalah dari sudut teknikal apakah semua elemen-elemen tersebut benar-benar wujud di dalam trading forex? Jika ada, ya pasti hukumnya haram. Tetapi jika tiada? Bagaimana?​

6151366.jpg

Screenshot ini pada tahun 2014 - Sumber

Berikut merupakan antara intipati dan kesimpulan yang terkandung dalam keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (MJFK) tahun 2012. Sila perhatikan point-point utama yang digariskan tanda merah.

Hukum Jakim.jpg

Perkara utama yang perlu diketahui, hukum trading forex jatuh dalam kategori al-mutaghayyirat (yang boleh berubah) berbanding al-thawabit (yang tetap dan kekal) seperti babi dan arak.

Matawang tidak boleh didagangkan.

Ya, semua sedia maklum Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (MJFK) 2012 putuskan hukum trading forex secara individu adalah haram, tetapi melalui bank adalah HARUS. Jadi hujah matawang tak boleh didagangkan dah tak terpakai. Hujah tu memang tak ada asas, tak kan bank dagangkan matawang boleh pula. Tetapi secara individu tak boleh. Hadis mana yang dirujuk yang membezakan antara bank & individu? Mudah faham kan.​

....

4 perkara asas yg menjadi SEBAB trade forex secara individu menjadi haram dari sudut FIQH dibawah hukum Bay al-Sarf. Riba, judi, gharar & elemen al-Salaf wa al-bay (kontrak hutang dlm perjanjian jual beli).

Judi

Rujukan MJFK adalah kepada kajian yg dijalankan oleh agensi ISRA. Saya kurang pasti sejauh mana kepakaran panel ISRA dan sejauh mana kajian yang dilakukan meliputi pengoperasian broker, kaedah execution order dan lain-lain teknikal dalam trading. Namun menjatuhkan terus forex trading sebagai aktiviti judi adalah sangat tidak adil. Saham hukumnya HARUS namun menjadi haram jika berjudi. Bermain bolasepak juga hukumnya HARUS namun menjadi haram jika berjudi. Begitu juga apa-apa sahaja jika dijudikan pasti haram. Begitu juga forex. Kami di Intraday setiap hari memaparkan sebab asbab naik turun nilai matawang. Bukan meneka² atau baling dadu! Jika anda menilai dari sudut analisa fundamental & teknikal yg kukuh, sudah tentulah itu bukan berjudi!

Ya, anda boleh tersilap melakukan analisa, ataupun pasaran tidak menuju ke arah yang dijangka. Itu asam garam dunia pelaburan dan perdagangan. Asas ini sama sahaja dengan instrumen pelaburan lain baik dalam hartanah, saham, komoditi mahupun dunia perniagaan. Anda bukan berjudi tetapi melakukan analisa yang terbaik untuk mencari keuntungan, tetapi analisa anda tidak semestinya 100% akan betul. Anda harus bijak mengawal risiko dan melakukan pelan yang teratur.

Riba

Dalam forex, rollover atau swap adalah riba. Sebagai muslim, anda boleh memilih akaun swap-free atau tiada rollover. Maksudnya tiada caj untuk position semalaman. So tiada lagi unsur riba. Yg ada cuma spread (perbezaan harga bid/ask) atau commission (jika memilih akaun yang tiada spread) iaitu upah kepada broker sama seperti money exchange di luar sana. Upah ini sebagai bayaran servis untuk platform yang disediakan broker untuk menghubungkan pedagang dengan pasaran liquidity. Sama seperti anda membayar upah kepada perniagaan lain di luar sana. Mana mungkin broker tawarkan servis secara percuma ataupun dengan kerugian.

Gharar

Ketidakpastian urusniaga yang wujud mendorong kepada penipuan atau manipulasi. Ya, jika anda tersilap memilih broker anda mungkin terjerat. Tetapi pandangan ini juga tidak adil. Begitu banyak broker² diluar sana yg dikawalselia dan tertakluk kepada regulation badan security di luar negara seperti CFTC, NFA, FCA UK, FINMA & CySEC.

Setiap transaksi oleh broker dikawalselia & dipantau tertakluk kepada regulation. Laporan setiap transaksi perlu dihantar samada kepada customer mahupun ke pihak regulator sebagai rekod. Jika kita tersilap memilih broker tentulah terjerat dgn penipuan ataupun dagangan kita tidak dihubungkan ke liquidity market melalui liquidity provider (melalui proses yang kita sebut Straight Through Processing - STP). Untuk memahami proses ini perlu penelitian yang lebih mendalam bukan sekadar perhati platform dagangan dan tidak faham apa yg berlaku disebaliknya. Paling tidak, boleh lawat sebuah broker bank tempatan logo harimau kuning yang beroperasi di Singapura (terpaksa berkelana sebab tak ada regulasi di Malaysia) lihat bagaimana transaksi matawang ini diproses.

Al-Salaf wa al-bay - Perkaitan dengan Leverage

Al Salaf Wa Al-Bay. Maksudnya pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli. Pihak penjual memberi hutang kepada pembeli untuk membeli barang yg dijual si penjual. Sebut saja hutang pasti ada 'charge'nya. Ini diharamkan di sisi syarak kerana penjual telah mengambil kesempatan terhadap pembeli. Contohnya membeli motosikal secara kredit kedai. Terma ini dikaitkan pula dengan kemudahan 'leverage' yang disediakan broker, dan ini juga disamakan dengan margin account dalam trading saham!. Pertama, leverage yg diberikan broker bukanlah hutang! Bukan hutang mahupun pinjaman berbayar. Apa kata kalau kita tukar term 'pinjaman' kepada term yang lebih ringan mungkin seperti 'guna dan beli'. 'Guna'kan kemudahan tersebut, kalau untung anda ambil, kalau rugi modal anda sahaja hangus, tetapi anda tidak berhutang atau bayar apa-apa kepada broker. Sama lah seperti pembiayaan bank bila kita membeli rumah atau kereta. Jika secara konvensional disebut 'pinjaman' yang mana hukumnya haram disebabkan 'interest charge'. Kemudian dijadikan sebagai 'sewa beli' supaya hukumnya harus.

Kedua, ada yg kaitkan kemudahan ini seperti Pembiayaan Margin Saham, yang mana terang-terangan ada charge interest (riba) dan rollover charge untuk position semalaman. Dalam forex, leverage yg diberikan adalah percuma. Anda untung atau rugi tak perlu membayar semula, dan tanpa apa-apa charge baik interest ataupun rollover. Rollover ini dipanggil sebagai swap. Anda boleh matikan caj swap ini dan kebanyakan broker memang tawarkan akaun swap-free. Broker sediakan kemudahan leverage ini hanya untuk memudahkan trader yg punyai modal rendah. Namun janganlah ambil kesempatan dgn trade margin besar pula. Tradelah dengan berhemah. Sayangilah wang anda, jgn sampai hangus modal.

Contract for Difference (CFD)

Sejak menjak ni saya perhati ramai sangat diluar sana tiba-tiba menjaja forex ini haram disebabkan CFD. Dulu sebab wang komoditi yang tak boleh didagangkan (dah dibidas), kemudian sebab judi (dah dibidas) kemudian sebab riba (bacalah di atas), kemudian sekarang CFD pula. Bila saya tanya CFD tu apa? Kenapa forex beza dengan dana index (indice fund) macam-macam pula dipusingnya. Nanti saya sambung ulas pasal CFD. Tetapi jawapannya berkait seperti ulasan saya di bab 'Gharar' di atas. Nanti saya perincikan.

Sambung baca di sini:

Attachments

  • Hukum Jakim.jpg
    Hukum Jakim.jpg
    225.4 KB · Views: 595
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Post 3/3

Terus tekan 'Play' button. Antara sebab kerajaan tidak mahu masyarakat terlibat dalam trading forex.

Kesimpulan

Jika kita lihat negara jiran seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia yang membenarkan trading forex kerana mempunyai undang-undang atau regulasi yang mengawalselia aktiviti ini. Malah negara Islam utama lain juga membenarkan trading forex melalui kawalan badan regulasi masing2. Rujuk contoh jadual di bawah.

NegaraPopulasi IslamBadan RegulasiTrading Forex Individu
Arab Saudi98.2%Capital Market Authority (CMA)Dibenarkan
Turki89.5%Capital Markets BoardDibenarkan
Indonesia86.7%Commodity Futures Trading Regulatory Agency (BAPPEBTI)Dibenarkan
Malaysia61.3%TiadaTidak Dibenarkan

Pucuk pangkal sebenarnya apabila tiada kebenaran dari pihak berkuasa memang segalanya jadi susah. Kerana operasi perdagangan forex antara individu dan pihak broker berlangsung tanpa seliaan atau regulasi. Badan kerajaan tak dapat memantau operasi broker, kawalselia semua transaksi, buat perlindungan deposit pelanggan, pencukaian dan sebagainya.

Ini adalah punca utama kenapa BNM keluarkan amaran supaya masyarakat tidak terlibat dengan perdagangan forex secara talian melalui broker dari luar negara kerana tiada jaminan dan ianya berisiko tinggi.

Jika tiada regulasi, tiada broker yang akan berdaftar di dalam negara. Jadi operasi broker tidak dapat dipantau, malah sukar untuk pemeriksaan atau semakan pematuhan syariah dilakukan oleh panel di Malaysia, seperti mana operasi bank, insurans, saham dan lain-lain di dalam negara. Atas kecenderungan ini juga yang mendorong hukum haram dikeluarkan mengikut maqasid syariah bagi tujuan menjaga harta benda dan kemasyhlahatan masyarakat.

Atas sebab ini juga, saya tidaklah mencabar hukum yang dikeluarkan MJFK, tetapi saya agak kesal dengan tindakan segelintir masyarakat yang memandang serong pedagang forex malah sangat cepat menghukum seolah-olah keuntungan hasil trading forex betul-betul haram dan berdosa. Ingat, hukum yang hakiki hanyalah milik Allah SWT. Selagi mana hukum dikeluarkan oleh manusia, bila-bila masa sahaja hukum itu boleh berubah. Mungkin anda tahu, dahulunya kopi pernah difatwakan haram. ASB juga pernah difatwakan haram. Bitcoin juga masih lagi ada yang fatwakan haram. Adakah hukum-hukum dari manusia ini kekal? Anda jawab sendiri. Semoga kita semua dirahmati dan dipelihara.
 
Last edited:

Nazip

Member
Bagus u
MUKADIMAH

Ada orang tanya saya FOREX tu bukan haram kah? Kenapa promosi dan mengajar sesuatu yang HARAM?

Mungkin ramai tak tahu, saya belajar trading Forex sejak 2010 melalui sahabat saya Moshed Mohamad.

Waktu itu belum ada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) yang mengeluarkan fatwa pengharaman Forex Trading. Yang ada cuma Fatwa dari Negeri Perak iaitu hukumnya HARUS (dikeluarkan pada tahun 2004). Sejurus MJFK keluarkan fatwa pada tahun 2012 saya terus tinggalkan trading Forex selama beberapa tahun selain percaya trading Forex menindas dan terlalu banyak penipuan. Wang saya pun banyak habis siap berhutang lagi. Waktu itu saya langsung tak tahu tentang bagaimana Industri Forex berfungsi dan apa yang menggerakkan matawang. Saya sangka bila saya profit, ada orang yang loss, lalu duit beliau dapat kepada saya. Saya tak tahu tentang 'dealer'. Saya tak tahu tentang 'Liquidity Provider'. Banyak yang saya tak tahu. Saya juga bersikap prejudis terhadap broker-broker dan komuniti forex terutamanya di Malaysia ini. Prejudis terhadap komuniti tu sebenarnya sampai ke sekarang masih ada. Heh.

Jadi selama bertahun-tahun saya jauhkan diri dari Forex, tetapi dari semasa ke semasa saya masih berhubung dan bertanya khabar @moshed . Setiap kali berjumpa saya mesti bertanya "betulkah industri Forex suatu industri yang genuine atau hanya direka-reka untuk menelan wang orang ramai?" Jahilnya waktu tu. Soal halal haram jarang saya bangkitkan sebab saya kenal @moshed lebih dari 20 tahun dan saya tahu beliau takkan lakukan sesuatu yang syubhah terutama melibatkan sumber rezeki keluarga.

Perspektif saya yang negatif sedikit sebanyak berubah mengikut penerangan demi penerangan dan pencerahan tentang bagaimana industri ini berfungsi, bagaimana broker berfungsi, dan bagaimana cara yang betul melakukan trading. Sehinggalah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula beri perhatian semula ke Forex Trading dan membawa kepada tawaran dari @moshed untuk bersama beliau membantu mengembangkan intraday.my dan mengembangkan ilmu yg betul kepada masyarakat tentang Forex Trading dan juga instrumen yang lain.

Baik, berkaitan hukum yang dikeluarkan MJFK pada tahun 2012 yang seterusnya disusuli oleh fatwa dari Majlis Fatwa Negeri Sabah (2012) Negeri Perlis (2016) & Negeri Sembilan (2018) saya akan sambung di post seterusnya.

Bagus untuk dibincangkan..Saya suka pendapat ustaz Ahmad dusuki dalam Hal forex ni.​
 
Jadi apa pendapat anda semua kalau boleh saya nak dengar?
 
tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Post 3 diupdate

Video skandal forex yang buatkan kerajaan mahu mengawal aktiviti trading forex di kalangan rakyat.
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top