Harga Minyak

Wen

Well-known member
Jawatankuasa Menteri OPEC akan terus berusaha untuk mengatasi lebihan bekalan minyak - Foto Bloomberg

NEW YORK: Harga minyak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun apabila Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya bersetuju untuk terus mengurangkan simpanan global.

Niaga hadapan di New York melonjak 1.7 peratus kepada hampir AS$56 satu tong pada Rabu.

Jawatankuasa Menteri OPEC+ dalam kenyataan baru-baru ini berkata, ia akan terus berusaha untuk mengatasi lebihan bekalan minyak disebabkan penurunan permintaan yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

Usaha OPEC itu sedang berjalan lancar walaupun permintaan masih lemah dengan stok simpanan China berada pada tahap terendah dalam hampir satu tahun.

Laporan AS pada Rabu turut menunjukkan stok simpanan minyak mentahnya susut hampir sejuta tong.

Presiden Strategic Energy & Economic Research, Michael Lynch, berkata terdapat kemungkinan bahawa risiko untuk (harga minyak) meningkat adalah lebih tinggi berbanding menurun pada masa ini.

"Kami pasti banyak inventori yang masih terselindung di dalam sistem. Namun, industri merasakan ia akan susut sehingga pasaran kembali seimbang.

Spred bagi West Texas Intermediate (WTI) bergerak melepasi AS$3 satu tong.

Selain usaha OPEC+ untuk mengehadkan bekalan minyak mentah yang didorong oleh komitmen Arab Saudi untuk menambah pemotongannya, struktur pasaran minyak mengukuh dengan ketara.

Premium WTI bagi kontrak paling hampir iaitu Disember 2022 melebar kepada lebih AS$3 satu tong.

sumber
 

Wen

Well-known member
Kenaikan harga minyak global lonjak hasil negara

Kenaikan harga minyak mentah meningkatkan hasil negara melalui cukai berkaitan sektor petroleum - Foto Bloomberg

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah Brent yang menghampiri AS$60 satu tong kini akan menyokong kedudukan kewangan kerajaan dengan jangkaan hasil petroleum yang lebih baik.

Kerajaan dijangka memperoleh hasil petroleum lebih tinggi tahun ini kerana harga semasa minyak mentah Brent ketika ini berada di atas harga rujukan kerajaan dalam Belanjawan 2021 iaitu AS$42 setong, demikian menurut penganalisis.

Ahli Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui'zz Morhalim, berkata sekiranya harga minyak kekal pada paras sedia ada, kerajaan memperoleh pendapatan daripada hasil petroleum yang lebih tinggi dan seterusnya memperkukuhkan kedudukan fiskal kerajaan.

Beliau berkata, ruang fiskal yang lebih baik juga memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk menyediakan sokongan tambahan kepada ekonomi negara sekiranya perlu.

Namun, bagi pengguna pula, katanya, kenaikan harga minyak kebiasaannya akan menyumbang kepada kenaikan harga barang dan seterusnya mengehadkan kuasa beli mereka.

"Kesan kenaikan harga runcit petrol akan dirasai bagi mereka yang masih terpaksa keluar atas urusan kerja dan perniagaan.

"Dalam suasana pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masih dikuatkuasakan, kesan langsung kepada kuasa membeli dihadkan oleh kawalan pergerakan.

"Bagi mereka yang bekerja di rumah dan kurang memandu, perbelanjaan untuk petrol dapat dikurangkan.

"Pendapatan yang tidak dibelanjakan bagi pembelian petrol boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan lain seperti makanan dan barangan runcit," katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas impak kenaikan harga minyak kebelakangan ini kepada kewangan kerajaan dan pengguna.

Penjelasannya juga senada dengan Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, yang berkata kenaikan harga minyak mentah boleh dilihat sebagai serampang dua mata.

Beliau berkata, kenaikan harga minyak mentah boleh membantu meningkatkan hasil negara melalui cukai berkaitan sektor petroleum seperti cukai pendapatan dan duti eksport di samping hasil dividen oleh PETRONAS.

Bagi pengguna pula, jelasnya, kenaikan harga minyak akan memberi kesan kepada harga barangan lain yang mana harga barang cenderung untuk meningkat apabila harga petrol meningkat.

"Sebagai rakyat, kita perlu cakna dengan suasana ini kerana ia bukan kali pertama berlaku.

"Oleh itu, amalan kewangan yang berhemah seperti tidak membazir amat digalakkan supaya kita sentiasa mempunyai cukup simpanan bagi menghadapi situasi sukar.

"Kerajaan mesti meningkatkan tahap pemantauan terhadap amalan perniagaan serta harga barangan supaya unsur negatif seperti perbuatan sorok dan manipulasi harga dapat dibanteras," katanya.

Mohd Afzanizam berkata, pihaknya mengunjurkan harga minyak berlegar sekitar AS$58 setong bagi tahun ini.

Secara umumnya, beliau menjelaskan cabaran ekonomi akan sentiasa berlaku dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

"Jika tahun lalu ekonomi meleset, tahun ini (isu) berkaitan kos sara hidup mungkin menjadi antara fokus penting," katanya.

sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top