[GOSIP RETIS] Lepas Kalah Pilihan Raya, Isteri Pula Nak Tinggalkan Trump

ainanana

Active member
Selepas kalah pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), perkahwinan Donald Trump dan isterinya, Melania dilaporkan sedang retak menanti belah.

Malah, menurut bekas pembantu Trump, Omarosa Manigault Newman berkata perkahwinan pasangan itu sudah pun berakhir.

Katanya, Melania sudah tidak sabar menunggu Trump untuk meninggalkan White House supaya beliau boleh bercerai.

Walaupun kelihatan dingin di khalayak ramai, Melania, 50, mendakwa beliau mempunyai hubungan yang baik dengan suaminya yang berusia 74 tahun itu, manakala Trump pula mendakwa mereka tidak pernah bergaduh.

Perjanjian praperkahwinan antara Trump dan isteri keduanya, Marla Maples menghalang wanita itu daripada menerbitkan sebarang buku atau memberi wawancara yang mengkritiknya.

Peguam Christina Previte berkata, Melania juga kemungkinan sudah bersetuju dengan perjanjian yang sama.

Melania sebelum ini berkata, beliau menangis ketika suaminya memenangi pilihan raya presiden pada 2016 dan seorang rakannya mendakwa beliau sebenarnya tidak menyangka Trump akan menang.

Melania menunggu lima bulan sebelum berpindah dari New York ke Washington, atas alasan anak mereka, Barron perlu menamatkan persekolahan.

Bagaimanapun, bekas pembantu mereka, Stephanie Wolkoff, mendakwa Melania sedang berunding mengenai perjanjian pasca perkahwinan untuk memberi Barron bahagian yang sama daripada harta Trump.

sumber - bharian

:. Alahai... dah lah kalah pilihan raya, sekarang isteri pula nak tinggalkan Trump. Ada yang nak ganti tempat Melania ke? 🤭

TRUMP-MELANIA-scaled.jpg
 
  • Deleted by tidakdikenali
  • Reason: -
Show…

View attachment 285

republican national convention rnc GIF by Election 2016

still, she can be considered as one of devoted wife supporting his husband eventhough it was just an act. goodluck trump dgn title baru! from a president to a widower real quick ┐(︶▽︶)┌
 
Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top