GBP Hari Ini Bakal Meletop Kebaboom!

Wen

Well-known member
Staff member
Trading EUR/GBP: How to Trade the Euro/British Pound


Matawang pound meneruskan peningkatan pada sesi Asia di tengah-tengah jangkaan yang meningkat bahawa kesepakatan dalam rundingan perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) semakin hampir.

Terbaru,The sun melaporkan bahawa perjanjian antara UK dan EU dijangka di capai pada pagi waktu London,di mana Perdana Menteri Boris Johnson akan membuat pengumuman mengenainya dalam sidang media sekitar jam 11 pagi.

Menurut kenyataan daripada seorang pegawai di Brussels,rundingan dikatan masih melalui proses perincian dan belum ada kesepakatan akhir yang telah disahkan.

Pound sterling telah meraih pengukuhan pada sesi dagangan sebelum ini selepas PM Johnson memberi penjelasan kepada kabinetnya mengenai kemajuan rundinga di Brussels,tetapi sedikit berbolak balik dalam 24 jam terakhir sehubungan dengan waktu pengumuman,

Pada sesi Asia, matawang pound kembali menguat disekitar paras ketinggian 2 setengah tahun berbanding USD dengan diniagakan pada 1.35400.

Berita utama mengenai Brexit telah membayangi tuntutan Presiden AS Donald Trump untuk perubahan dalam rang undang-undang rangsangan coronavirus,yang secara efektif mengancam penutupan kerajaan minggu depan.

Berbanding kebanyakan matawang utama,indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan susut pada 90.20

sumber
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top