Felda Membeli Saham FGV Holdings Bhd ?

Fakhrii

Well-known member
Felda membeli saham FGV Holdings Bhd dengan nilai pembelian sebanyak RM 5.15 Juta

87770907-215f-4cfc-b41d-742c7da3f90c.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: FELDA membeli 5.15 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka semalam dalam usaha untuk mengambil alih syarikat perladangan itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata saham itu dibeli pada RM1.29 sesaham.

Pada 12 Januari, FELDA mengeluarkan dokumen tawaran berkaitan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawarannya sebanyak RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada 2 Februari, kecuali dilanjutkan atau disemak semula dengan pengumuman yang akan dibuat oleh Maybank IB, dua hari sebelum tarikh tutup.

SUMBER
 

Wen

Well-known member
Felda beli 15 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka

Felda beli 15 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 15 juta lagi saham dalam FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada RM19.5 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV menjelaskan saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.

Langkah itu sekali gus menjadikan jumlah saham FGV yang dibeli oleh Felda setakat ini minggu ini sebanyak 66 juta saham.

Pada Isnin dan Selasa, Felda telah membeli 51 juta saham melalui pasaran terbuka pada RM1.30 sesaham dengan keseluruhannya bernilai RM66.3 juta.

Minggu lepas, Felda mengumumkan menerusi dua kenyataan bahawa ia telah membeli sejumlah 27.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka pada harga RM1.29 sesaham atau RM35.02 juta.

Ini dilaksanakan selepas agensi itu mengeluarkan dokumen tawarannya pada Selasa minggu lepas (12 Jan) berkaitan dengan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga pukul 5 petang pada 2 Feb, 2021 kecuali dilanjutkan atau disemak.

Pada 8 Dis, 2020, Felda, yang telah memiliki 21.24 peratus kepentingan ekuiti dalam FGV, meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.

Tambahan 13.88 peratus kepentingan pula telah dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).
Saham FGV tidak berubah pada RM1.30 tengah hari ini dengan 5.97 juta saham diniagakan.

sumber
 

Wen

Well-known member
FELDA beli semua baki saham dalam FGV

FELDA bercadang menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: FELDA membeli semua baki saham dalam FGV Holdings Bhd berjumlah 461,500 unit (kecuali saham perbendaharaan) daripada pasaran terbuka pada RM1.30 bagi setiap tawaran saham.

Dalam kenyataannya hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), penasihat utama kepada FELDA bagi tawaran pengambilalihan saham FGV, menjelaskan saham itu dibeli pada Selasa.

Menurutnya, pembelian itu turut merangkumi kesemua saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjangnya.

Pada 8 Disember lalu, FELDA yang sudah memiliki 21.24 peratus kepentingan dalam FGV, meningkatkan pegangan dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.

Tambahan 13.88 peratus kepentingan pula telah dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).

FELDA dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, pengambilalihan FGV adalah suatu langkah penting dalam Pelan Pemulihan yang diluluskan oleh kerajaan demi manfaat warga FELDA.

Katanya, ia dibuat pada terma yang munasabah dan tidak membabitkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

"Sesi penerangan juga sudah dilaksanakan secara maya kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Peneroka, Majlis Belia FELDA Malaysia, Kami Anak FELDA, pengurusan wilayah dan rancangan FELDA, kakitangan serta pesara FELDA untuk membolehkan mereka memahami kepentingan usaha yang dijalankan dan dapat disampaikan kepada warga peneroka.

"Semuanya demi kepentingan 112,638 peneroka dan dua juta warga besar FELDA. Sokongan kakitangan, peneroka dan seluruh warga FELDA pastinya menjadi antara faktor utama kejayaan usaha ini," katanya.

sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top