📈 Technical EUR/USD

Technical

Fakhrii

Well-known member
Nampaknya pair EU masih dalam bentuk uptrend disebabkan oleh hasil data NFP yang mendorong kelemahan USD

Untitled (Recovered).jpg
 

Pak Man Forex

Well-known member
Jika data US DOLLAR masih dalam keadaan yang lemah ada kemungkinan pair EURUSD akan mencapai paras RESISTANCE di sekitar 1.21800. Dengan keadaan ketika ini peluang untuk EU membuat kenaikan kelihatan ada tetapi perlu berjaga-jaga kerana ia juga boleh membuat penurunan​

1613465527144.png


Ada yang fokus trade pair EU ? Apa pendapat anda mengenai pergerakan pair EURUSD ini ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Tampaknya US DOLLAR membuat pengukuhan hasil daripada perbendaharaan jangka panjang AS meningkat berikutan prospek pemulihan ekonomi dan peningkatan inflasi. Dan dimana matawang EURO kembali jatuh

1613530028402.png


Adakah ia sebagai petanda perubahan trend yang akan berlaku ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya pengukuhan US DOLLAR sebelum ini tidak dapat mengekalkan momentumnya apabila matawang tersebut telah susut nilai semula pada penghujung minggu. Jika ia masih mengekalkan sentimen tersebut nampak gaya ia akan kembali menguji paras resistance sebelum ini

1613977460720.png

Bagaimana pendapat dan pandangan anda mengenai pergerakan matawang EURUSD pada minggu ini ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya EURUSD hampir mencapai paras resistance sebelum ini di paras 1.218. Adakah dengan kelemahan US DOLLAR ketika ini akan mendorong EU untuk melepasi paras resistance dan menuju ke paras resistance seterusnya di paras 1.250 atau apa akan berlaku pada ucapan Powell pada malam ini, adakah US DOLLAR akan kembali mengukuh ?​

1614044035162.png
 

Pak Man Forex

Well-known member
EU tersangkut di skala rintangan ? Tampaknya USD masih kekal susut diantara matawang-matawang yang lain apabila Pengerusi Federal Reserve ( FED ) Jerome Powell menyatakan bahawa bank pusat tidak akan meningkatkan kadar faedah semasa. EURO juga tidak dapat mengekalkan momentum pengukuhan menyebabkan harga sedang mengekalkan pergerakan di dalam zon resistance sahaja​

1614140392063.png


Adakah dia akan tembus ketinggian sebelum ini atau memacu kembali membuat penurunan ?
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
EU tersangkut di skala rintangan ? Tampaknya USD masih kekal susut diantara matawang-matawang yang lain apabila Pengerusi Federal Reserve ( FED ) Jerome Powell menyatakan bahawa bank pusat tidak akan meningkatkan kadar faedah semasa. EURO juga tidak dapat mengekalkan momentum pengukuhan menyebabkan harga sedang mengekalkan pergerakan di dalam zon resistance sahaja​

View attachment 2097

Adakah dia akan tembus ketinggian sebelum ini atau memacu kembali membuat penurunan ?
Itulah. USD memang lemah lepas Powell cakap interest rate akan kekal rendah..
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Tapi sekarang EU sangkut di resistance 1.2176. Ada probability turun ke bawah
 

Pak Man Forex

Well-known member
Pada malam tadi berlaku sedikit penurunan dalam 60 pips dan selepas itu EURUSD kembali semula menguji zone resistance.​

1614217019045.png


Apa jangkaan pakar-pakar mengenai pergerakan seterusnya bagi EU ? Adakah ia akan menembusi paras resistance ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
EU terus meroket melepasi paras resistance dan menunjukkan tanda-tanda untuk kekal dalam keadaan Uptrend. Kelemahan USD terus memacu EURUSD untuk mencapai ketinggian seperti yang dilakukan pada awal tahun 2021.
1614242321417.png


Ada yang masuk position BUY tak hari ini hehehe mesti sudah biru-biru ☺️
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
EU terus meroket melepasi paras resistance dan menunjukkan tanda-tanda untuk kekal dalam keadaan Uptrend. Kelemahan USD terus memacu EURUSD untuk mencapai ketinggian seperti yang dilakukan pada awal tahun 2021.
View attachment 2127

Ada yang masuk position BUY tak hari ini hehehe mesti sudah biru-biru ☺️
Dia balas balik la @Pak Man Forex USD menguat balik di sebelah petang
 

Pak Man Forex

Well-known member
Itulah tuan @nabil malam tadi USD nampaknya memberikan kejutan dengan mengukuh sedikit tetapi kalau nak diikutkan EURUSD masih dalam UPTREND tetapi probability untuk ia mengubah TREND masih ada​

1614303550543.png
 

Fakhrii

Well-known member
Kekuatan USD pada malam tadi didorong oleh hasil perbendaharaan 10 tahun yang melonjak setinggi 1.6% berikutan tawaran yang lebih lemah daripada dijangkakan dan kenaikan hasil bon jangka panjang yang menyaksikan peningkatan lalu mendorong keyakinan pasaran yang semakin meningkat terhadap pemulihan ekonomi
 

Pak Man Forex

Well-known member
Cun-cun :love:, USD terus kembali mengukuh dan juga bakal disokong oleh sentimen pakej bantuan $1.9 trilion yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. USD bakal terus mengukuh ? Tetapi kita perlu berhati-hati dan menunggu berita hangat setiap bulan pada jumaat ini iaitu data NFP 🔥

1614589418835.png


Adakah ia akan break zone support atau membuat retracement ? Sama-sama kita nantikan
 

Pak Man Forex

Well-known member
EURUSD membuat kenaikan hasil daripada indeks utama pasaran Wall Street kembali meningkat yang dimana ia menunjukkan keyakinan kepada pelabur dalam pasaran yang memberi kesan kepada kejatuhan nilai buat US DOLAR sebagai matawang safe-heaven
1614753168382.png


Terus pacak atau akan terus terjun pandelela ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Hasil daripada kenaikan hampir 0.06% dalam hasil bon 10 tahun telah memacu peningkatan kepada pengukuhan US DOLAR dan sekarang ini perkhabaran untuk USD terus meningkat atau menurun adalah dengan menunggu kepada keputusan NFP pada esok malam.

1614825084471.png

Bagaimana pendapat anda kepada data NFP yang akan diterbitkan pada esok malam, adakah USD akan terus menguat atau akan kembali melemah ?
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top