📈 Technical EUR/USD

Technical

Pak Man Forex

Well-known member
Harapan terhadap program vaksinasi di Eropah menjadi pencetus akan ada kemungkinan untuk mendorong pasaran Eropah kepada corak pemulihan yang lebih pantas. Disebabkan faktor itu, ia telah menyokong EURO untuk kekal mengukuh dan mendorong EURUSD untuk membuat kenaikan melebihi 100 pips pada semalam. Pada semalam juga hasil perbendaharaan AS telah melonjak sedikit melepasi paras 1.60% tetapi ia masih lagi dalam paras terendah dan tidak dapat menyokong USD untuk kembali mengukuh di dalam pasaran​

1618887931519.png


Jangkaan seterusnya menjangkakan USD bakal terus bergerak lemah pada minggu ini manakala bagi matawang EURO, pelabur perlu berjaga-jaga menjelang mesyuarat polisi monetari bank pusat Eropah pada Khamis dan data-data sektor ekonomi Eropah pada Jumaat.
 

ijat_introvert

Active member
Moshed Trader Club
Harapan terhadap program vaksinasi di Eropah menjadi pencetus akan ada kemungkinan untuk mendorong pasaran Eropah kepada corak pemulihan yang lebih pantas. Disebabkan faktor itu, ia telah menyokong EURO untuk kekal mengukuh dan mendorong EURUSD untuk membuat kenaikan melebihi 100 pips pada semalam. Pada semalam juga hasil perbendaharaan AS telah melonjak sedikit melepasi paras 1.60% tetapi ia masih lagi dalam paras terendah dan tidak dapat menyokong USD untuk kembali mengukuh di dalam pasaran​

View attachment 2631

Jangkaan seterusnya menjangkakan USD bakal terus bergerak lemah pada minggu ini manakala bagi matawang EURO, pelabur perlu berjaga-jaga menjelang mesyuarat polisi monetari bank pusat Eropah pada Khamis dan data-data sektor ekonomi Eropah pada Jumaat.

XXXXXX.JPG


Pagi, Pak Man Forex.
Nampaknya price di timeframe H1 EU chart sedang "respect" zon sekitar SBR 1.2075. Saya dah manual close profit sekitar situ. Kalau ikut apa yang tuan terangkan di atas, kemungkinan EU akan naik lagi semasa London open.
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya EURUSD tidak dapat meneruskan peningkatan apabila USD bergerak sedikit mengukuh dan kembali berisiko pada sesi Eropah dan sesi New York pada semalam yang disokong oleh penurunan dalam pasaran saham AS dan sekaligus meningkatkan nilai USD sebagai matawang safe-heaven. Pengukuhan yang dilakukan oleh USD tidak kelihatan seperti ia akan terus mengukuh, apabila kita dapat lihat hasil perbendaharaan AS kembali menyusut semula di paras bawah 1.60%. Beberapa dorongan untuk Euro datang dari pengumuman bahawa Kesatuan Eropah ( EU ) memperoleh 100 juta dos tambahan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh Pfizer

1618979562379.png


Kalau kita lihat kepada carta EURUSD, kelihatan ia kembali bermain di dalam zon. Adakah ia akan membuat retracement terlebih dahulu dan selepas itu baru akan membuat peningkatan semula atau terus membuat penurunan ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
USD kembali bergerak lemah pada pembukaan pasaran minggu ini apabila mendapat perkhabaran bahawa Pengerusi Federal Reserve ( FED ), Jerome Powell akan mengekalkan pelonggaran dasar monetari semasa dan mengenai pengurangan pembelian bon pada mesyuarat FOMC minggu ini. Ketika itu, EURO mengambil peluang untuk meneruskan momentum pengukuhan dan mendorong EURUSD untuk membuat ketinggian terbaru lagi. Pengukuhan EURO disokong oleh data sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah yang diterbitkan dengan bacaan yang baik pada penghujung minggu lalu​

1619422055388.png


Tumpuan seterusnya adalah terhadap penerbitan data sentimen perniagaan Jerman sebentar lagi yang diramalkan positif dan dijangka akan meningkatkan harapan pasaran untuk prospek ekonomi Eropah yang lebih cerah. Paras harga $1.21472 - $1.21819 bakal menjadi tumpuan seterusnya.
 

Pak Man Forex

Well-known member
USD kembali mengukuh menjelang penutup pasaran pada minggu ini. Pengukuhan yang dilakukan oleh USD didorong oleh Data Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) AS untuk suku pertama tahun 2021 yang mencatatkan pertumbuhan pada kadar 6.4% berbanding sebelum ini pada 4.3%. Pertumbuhan tersebut juga dilaporkan kedua terpantaas sejak suku ketiga 2003. Laporan tersebut terus mengatasi penyusutan USD sebelum ini ekoran daripada reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah. Hasil perbendaharaan AS juga menyokong USD untuk terus mengukuh apabila ia membuat lonjakan sehingga ke paras 1.68%.

1619752374547.png


Dapat dilihat pada carta, ia juga membuat penurunan yang sihat kepada pasaran EURUSD. Ini kerana ia masih lagi mengekalkan trend bullish 4 minggu berturut-turut. Adakah EU bakal meneruskan trend bullish ini menjelang pembukaan pasaran pada bulan hadapan ? Jaga-jaga juga pada penutup pasaran ini, kemungkinan akan ada berlaku profit taking.
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top