📈 Technical EUR/USD

Technical

Pak Man Forex

Well-known member
Pada semalam EURUSD telah menjunam hampir 100 pips sehingga ke paras lower sebelum ini disebabkan oleh peningkatan indeks dollar yang ketika ini cuba untuk mencapai higher yang pernah dicapai sekitar paras 92.50. Manakala penyusutan hasil perbendaharaan AS yang terus mengalami penyusutan sehingga ke paras 1.60% semula tidak lagi menyokong USD untuk melemah​

1616553926642.png


Adakah EU bakal terus menjunam atau meningkat kembali menjelang news bagi data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah pada petang ini ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Pada semalam EURUSD telah menjunam hampir 100 pips sehingga ke paras lower sebelum ini disebabkan oleh peningkatan indeks dollar yang ketika ini cuba untuk mencapai higher yang pernah dicapai sekitar paras 92.50. Manakala penyusutan hasil perbendaharaan AS yang terus mengalami penyusutan sehingga ke paras 1.60% semula tidak lagi menyokong USD untuk melemah​

View attachment 2349

Adakah EU bakal terus menjunam atau meningkat kembali menjelang news bagi data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah pada petang ini ?
Eur.jpg


Walaupun keputusan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah semua menunjukkan tanda yang positif dan orang kata result hijau tetapi ia masih tidak boleh membuat kenaikan secara drastik pada carta EURUSD. Indeks dolar terus membuat kenaikan melepasi paras sebelum ini dan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.10 dan menduduki paras 92.60 pada ketika ini untuk terus mengukuh mengatasi matawang yang lain​
 

Pak Man Forex

Well-known member
EURUSD terus menepati ramalan untuk ditekan terus ke bawah dan mengekalkan trend bearish atau downtrend yang dimana USD terus menunjukkan prestasi untuk terus mengukuh dan mengatasi paras ketinggian yang pernah dicatatkan pada permulaan bulan ini. Nampaknya keputusan data ekonomi Eropah yang menunjukkan tanda positif tidak dapat mengekang pengukuhan USD

1616653933596.png


Adakah ia akan terus mengekalkan trend bearish menjelang penutup bulan ini yang dimana para pelabur mungkin akan membuat profit taking ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
EURO terus bergerak susut menjelang data tinjauan iklim perniagaan Jerman dan tumpuan yang lebih terarah kepada persidangan Eropah. Indeks dolar terus mengukuh yang disokong oleh beberapa data ekonomi AS yang mengekalkan tanda positif

1616747484116.png


Tapi mampukah USD terus bertahan untuk mengukuh yang dimana ia telah mendorong EURUSD membuat penurunan terendah terbaru 4 bulan 🐮 ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Ke mana hala tuju seterusnya bagi EURUSD yang dimana kita dapat lihat pada pembukaan pasaran awal minggu USD menunjukkan sedikit peningkatan semula selepas membuat penyusutan pada penutup pasaran bagi minggu lepas. Namun pelabur perlu berjaga-jaga menjelang laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat ini dan penutup bulan ini kerana kemungkinan akan berlaku profit taking

1616999443795.png


Kalau dari segi analisa teknikal ia sedang berlegar-legar di dalam zon, adakah ia akan membuat kenaikan semula dan menguji resistance sebelum ini atau terus membuat paras terendah yang terbaru lagi ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Hasil perbendaharaan AS kembali membuat lonjakan melepasi paras ketinggian sebelum ini untuk mendorong USD terus mengukuh. Manakala bagi matawang EUR ia ditekan oleh peningkatan kes jangkitan virus yang seterusnya mendesak kerajaan Eropah untuk mengetatkan pergerakan sekaligus merencatkan pemulihan ekonomi.​

1617086958965.png


Dari segi teknikal pula EU nampaknya masih berlegar di dalam zon dan EURUSD berkemungkinan akan terus membuat penurunan menguji zon support 🐻
 

Pak Man Forex

Well-known member
USD terus membuat lonjakan yang disokong oleh hasil perbendaharaan AS yang terus membuat peningkatan sehingga ke paras terbaru 14 bulan pada kadar 1.77%. Dan indeks dolar juga terus mengukuh mengatasi matawang utama yang lain di sekitar harga 93.30. Dari segi analisa teknikal, dapat dilihat ia terus memasuki zon support dan berlegar-legar di dalam zon tersebut​

1617161669115.png


Mampukah USD terus mengukuh di dalam pasaran ? 🐻
 
Last edited:

Hanef

Active member
Moshed Trader Club
Assalamualaikum Admin Dan Semua Traders Forum Perkongsian Analisa Adalah Sekadar Jangkaan Melalui Penelitian Dan Asas Forex , Sebarang Kerugian Ataupun Kehilangan Jumlah Serta Pengawalan Risiko Dalam Dagangan Adalah Tinggi Serta Tanggungjawab Masing².Pastikan Sebelum Membuat Sebarang Keputusan Untuk Dagangan Harus Dipertimbangkan Terlebih Dahulu Dengan Membuat Analisa Serta Perbandingan Asas Teknik Dan Kajian Melalui Kefahaman Sendiri Dengan Teliti Terlebih Dahulu Sebelum Membuat Keputusan Untuk Memasuki Pasaran Dagangan.Sekian Selamat Berdagang Dan Semoga Berjaya!
View attachment 206
Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga bermanfat buat semua.
 

Pak Man Forex

Well-known member
EURUSD kembali membuat kenaikan sehingga 80 pips apabila keputusan laporan NFP yang dapat kita lihat ia menunjukkan tanda neutral walaupun pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat membuat kenaikan yang mendadak. USD terus ditekan apabila indeks dolar membuat sedikit penyusutan manakala hasil perbendaharaan AS pada permulaan bulan 4 ini menunjukkan tanda-tanda penurunan.​

1617680996944.png


Adakah EURUSD bakal mengekalkan trend bullish ini dan membuat kenaikan yang lebih tinggi lagi menjelang minit mesyuarat FOMC pada pagi Khamis ini ?
 
  • Deleted by MorubozuWings
Show…
  • Deleted by MorubozuWings
Show…
  • Deleted by MorubozuWings
Show…

Pak Man Forex

Well-known member
USD kembali bergerak lemah menjelang keputusan data inflasi yang bakal diterbitkan pada minggu ini yang juga menjadi tumpuan kepada Federal Reserve ( FED ) untuk menentukan polisi monetari. Di tengah-tengah kelemahan USD, matawang EURO kembali membuat peningkatan dan mendorong EU meningkat sebanyak 45 pips pada semalam apabila data jualan runcit Eropah diterbitkan meningkat. Tetapi tumpuan seterusnya bagi matawang EURO adalah kepada data tinjauan sentimen ekonomi Jerman dan zon Eropah pada hari ini​

1618287785438.png


Mampukah EURO terus meningkat mengatasi USD yang ketika ini USD sedang mengukuh sedikit disebabkan oleh peningkatan hasil perbendaharaan AS pada tengah hari ini. Jika USD kembali melemah, mungkin ia akan menguji paras ketinggian sebelum ini sekitar harga $1.19870
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya EURUSD terus membuat kenaikan pada semalam, sebanyak 75 pips dan menyambung pada hari ini dengan kenaikan sebanyak 20 pips pada ketika ini. Ini disebabkan USD terus ditekan untuk bergerak lemah walaupun data inflasi AS diterbitkan dengan data yang positif. Penyusutan USD mungkin ditekan oleh hasil perbendaharaan AS yang membuat kejutan dengan terjunan yang mendadak pada sesi New York semalam​

1618386701614.png


Pergerakan seterusnya mungkin akan menguji paras harga $1.19870 dan jika USD kembali membuat pengukuhan, ia bakal menguji paras support pada sebelum ini di paras harga $1.19000
 

Pak Man Forex

Well-known member
Tampaknya EURUSD telah menguji paras harga $1.19870 pada semalam yang di mana USD terus ditekan untuk bergerak lemah disebabkan oleh hasil perbendaharaan AS yang masih di paras terendah. Selain itu, Pengerusi Federal Reserve ( FED ) Jerome Powell tetap dengan pendiriannya bahawa bank pusat berkemungkinan tidak akan meningkatkan kadar faedah sehingga penghujung 2022.

Manakala untuk matawang EURO, ia bergerak sedikit mengukuh berbanding USD apabila Presiden European Central Bank ( ECB ) Christine Legarde memberi respon terhadap fiskal Amerika Syarikat dengan jangkaan kepada pertumbuhan Eropah kepada 0.3% dalam jangka masa sederhana

1618456369512.png

Dengan jangkaan seterusnya mungkin EU akan menguji paras zon resistance sebelum ini jika USD terus bergerak lemah. Tetapi jika USD kembali mengukuh, zon support sebelum ini di paras harga $1.19000 bakal menjadi perhatian untuk dicapai semula
 

Pak Man Forex

Well-known member
Data jualan runcit Amerika Syarikat diterbitkan data yang diluar daripada jangkaan pada semalam dan mendorong USD untuk kembali mengukuh. Tetapi pengukuhan tersebut tidak dapat diteruskan apabila ia disekat oleh penyusutan yang mendadak daripada hasil perbendaharaan AS yang terus menyusut sehingga paras 1.53% pada sesi New York semalam. Tidak ketinggalan juga Federal Reserve ( FED ) masih mengekalkan komitmen mereka untuk mengekalkan kadar faedah di paras harga rendah berhampiran sifar untuk beberapa tahun akan datang​

1618559199872.png


Dan disebabkan data yang bercampur, ia membuatkan pergerakan pada carta EURUSD bergerak secara sideway dengan kenaikan dan penurunan yang drastik. Jangkaan seterusnya mungkin USD bakal terus ditekan untuk bergerak lemah tetapi menjelang minggu terakhir mungkin akan ada berlaku sedikit profit taking
 
Last edited:

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top