Ethereum (ETH)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603787978093.png

Ether (ETH)

Harga Tertinggi (Apr 2021): $4,300
Harga Terendah (Okt 2015): $0.43
Harga Semasa: $2,132
.
.​
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Minyak masih belum habis lagi untuk ETH melonjak lebih tinggi. Memang padu Ethereum terus membuat ATH terbaru di paras harga $3549. Siapa yang holder ETH memang senyum lebar menjelang raya ni hehehehe 🙈

Walaupun harganya sudah melonjak tinggi, terdapat juga transaksi yang besar pada pagi tadi :oops::eek: Kaw-kaw. Ke mana agaknya ATH terbaru yang bakal dituju selepas ini ? Adakah $5000 ?



1620271423802.png
 

Wen

Well-known member
1620620797152.png


Ethereum (ETH), aset digital kripto kedua terbesar dunia , mencipta satu lagi (ATH) tertinggi sepanjang masa dengan harga $4,067.85. Secara khusus, Ethereum mencatatkan kadar pertumbuhan 30 hari yang luar biasa hampir lebih 100%. Dalam ramalan mungkin ETH akan mencecah $5000 hingga $10,000.

Selain prestasi pasaran ETH, rangkaian ini juga dalam proses untuk melengkapkan teknologi Ethereum 2.0. Teknologi ini akan mengurangkan cabaran yang dihadapi ETH pada masa ini dalam GAS FEE. Hasilnya, lebih ramai peniaga dan pelabur dapat memaksimumkan dana mereka dalam membeli kripto sambil menikmati bayaran yang rendah. Jadi, apapun nantikan kenaikan seterusnya untuk ETH.

space shuttle rocket GIF
 

ToTheMars

New member
Salam HODLers sekalian, boleh tahu at what price you guys akan top up ETH lagi? Tunggu price pullback sampai USD 3200 or lower support? pendapat anda sangat dihargai.
I Love You Reaction GIF
 

Wen

Well-known member

Adakah Ethereum Akan Kembali Ke Pangkal Jalan?​

Ethereum dengan projek terbaru, bakal melancarkan ‘Ethereum Scaler Arbitrum’ pada minggu ini dengan sokongan pembangun daripada Alchemy.




Meneliti carta pergerakan harga ETH/USDT, dapat dilihat masih gagal menembusi paras $3,000 setelah melonjak dari paras terendah yang dicatatkan sekitar harga $1,728.

Jika pergerakan harga berjaya melepasi zon tersebut, paras seterusnya bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $3,300 dan seterusnya menyambung trend kenaikan harga semula.

Melihat kepada kenaikan harga ETH, ia seperti sedang memberi penanda aras untuk membuat perubahan dan bakal menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicapai $4,300.

Sebaliknya, jika penurunan harga kembali bersambung, harga berkemungkinan bakal susut ke paras sekitar $2,500 yang dilihat sebagai paras tumpuan untuk diuji sebelum jangkaan untuk membuat kenaikan semula atau terus membuat penurunan yang lebih rendah.

Pada masa penulisan, Ethereum didagangkan $2,770 membuat kenaikan lebih 60% daripada penyusutan yang berlaku pada 23 Mei.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

ETH-27.5.21.jpg
 
Last edited:

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Wen

Well-known member
Pergh! Ada 'Whale' Kejam, Ethereum (ETH) Mula Tunjukkan Taring!

eth 23.7.21.jpg

Beberapa hari yang lalu, telah menjadi bualan hangat apabila seorang 'Whale' telah memindahkan sejumlah besar ke dompet yang tidak diketahui dengan nilai transaksi 100,000 Eth, dengan nilai sekitar $181 juta, seperti yang dinyatakan di ciapan twitter WhaleAlert pada 20 Julai.


View: https://twitter.com/whale_alert/status/1417155208426229762?s=20


Selepas transaksi tersebut, Ethereum menyaksikan pergerakan harga yang positif, menghasilkan lebih 6% hanya dalam masa 24 jam.

Dalam dunia kewangan, "Whale" adalah entiti yang mempunyai kuasa untuk memberi kesan kepada aset pasaran dalam mencetuskan urus niaga besar-besaran.

Meneliti carta pergerakan harga ETH/USDT, dapat dilihat ETH telah menghasilkan lebih 20% lonjakan bermula 20 Julai sehingga pembukaan pasaran pada hari ini.

Pandangan sudut teknikal, ETH masih kekal konsisten dengan pergerakan harga yang positif sehingga berjaya menembusi zon RBS (resistance become support) sekitar $2,000 yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan konsisten, zon SBR (support become resistance) sekitar $2,120 adalah tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika pergerakan harga kembali menunjukkan trend Bearish, harga berkemungkinan bakal susut kembali ke zon RBS sekitar $2,000 tersebut untuk diuji sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Pada masa penulisan, Ethereum didagangkan sekitar harga $2,054 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Wen

Well-known member
Ethereum Tampil Pergerakan Padu Harga, Hasilkan Lonjakan Tinggi!

eth 27.7.21.jpg

Ethereum menunjukkan pergerakan harga yang konsisten dari minggu lalu dengan menghasilkan 18% lonjakan positif, sekaligus menghasilkan paras tertinggi sekitar harga $2,433 pada sesi dagangan hari ini.

Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga ETH/USDT.

Sewaktu artikel analisa dikeluarkan minggu lalu, ETH didagangkan sekitar harga $2,054, secara konsistennya telah menghasilkan lebih 18% lonjakan secara positif.

Pandangan sudut teknikal, ETH telah berjaya melepasi zon resistance sekitar $2,360, namun ETH tidak dapat mengekalkan pergerakan harga secara konsisten pada sesi dagangan hari ini sehingga menyaksikan pergerakan harga yang lemah atau ianya hanya sekadar retracement.

Para penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga kekal dengan corak penurunan, zon SBR (support become resistance) sekitar $2,120 adalah tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Namun, jika pergerakan harga hanya sekadar retracement dan kembali menunjukkan corak kenaikan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon SBR sekitar $2,240 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau bakal membuat paras tertinggi yang terbaru.

Ketika penulisan, Ethereum didagangkan sekitar harga $2,176 susut lebih 5% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Wen

Well-known member

Cantik! Nampaknya Ethereum (ETH) Sudah Bersedia Menuju Ke $4,000!​


ETH 2.9.21.jpg


Ethereum menyaksikan permulaan yang cukup baik pada pembukaan pasaran bulan September, dengan pergerakan harga yang dilihat memberi isyarat untuk menuju ke $4,000.

Ethereum melonjak 13% pada sesi dagangan semalam mencatatkan paras tertinggi terbaru $3,842.

Pandangan perspektif, Ethereum telah mengatasi kripto ke-5 teratas antaranya BTC 5%, ADA 6%, BNB 7%, XRP 7% pada sesi dagangan semalam.

Turut dinilai bahawa sentimen semasa telah menyokong kuat pergerakan harga ETH, salah satunya hard fork London ‘EIP-1599’.

Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga ETH/USDT.

ETH dilihat sedang berdepan dengan paras rintangan yang sering kali diuji pada sesi dagangan bulan Mei, paras resistance $3,800 merupakan paras rintangan tersebut.

Pandangan sudut teknikal, ETH dilihat masih kekal dengan pergerakan harga yang positif dan sedang menguji paras resistance $3,800.

Sekiranya ETH bertahan lama menguji paras resistance $3,800, ETH dilihat berpotensi untuk menembusi paras tersebut dan menuju ke paras $4,000.

Namun, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, paras RBS (resistance become support) sekitar $3,300 bakal diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Ketika penulisan, Ethereum didagangkan sekitar harga $3,760 melonjak lebih 9% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Faizfx

Member
Moshed Trader Club
Apa yg saya nampak . Eth . Suply mcm berkurang ..... sebab ... burn coin eip1559 laaa dan eth2.0 staking kena lock sampai eth2.0 launch la . ... demand pulak bertambah pasal hype nft ... pasal bull run pasal crypto la . Kaw2 pergi harga dia nii
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top