Elon Musk Kini Manusia TERKAYA Di Dunia!

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1610072280186.png

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk, mengatasi pengasas dan CEO Amazon, Jeff Bezos untuk menjadi manusia terkaya di dunia, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Musk adalah pemegang saham utama syarikat kereta elektrik itu dan mendapat manfaat daripada lonjakan harga saham Tesla sejak setahun lalu.

CNBC menganggarkan kekayaan Musk mencecah AS$185 bilion (RM740 bilion).

Pengiktirafan itu adalah pencapaian hebat terbaharu Musk, dilahirkan di Afrika Selatan, yang menerajui firma penerokaan aeroangkasa SpaceX selain Tesla, syarikat yang menerajui industri kereta elektrik ketika pengeluar automotif lain cuba mengejar kepimpinannya dalam segmen itu.

Tesla mencatatkan prestasi mantap pada 2020 apabila ia meningkatkan pengeluaran kereta, melancarkan beberapa kilang baharu dan melaporkan siri suku kewangan menguntungkan yang membolehkan sahamnya melonjak lebih daripada 700 peratus tahun lalu dan disenaraikan dalam indeks berprestij S&P 500.

Musk melakar pencapaian itu selepas berdepan masalah pada 2018, apabila pengawal selia sekuriti AS memintanya meletak jawatan sebagai pengerusi dan membayar AS$20 juta (RM80 juta) bagi menyelesaikan tuduhan menipu pelabur dengan pengakuan palsu di Twitter pada Ogos mengenai kemungkinan bidaan menjadikan Tesla syarikat persendirian, yang kemudiannya digugurkan.

Saham Tesla melonjak 5.9 peratus kepada AS$800.43 dalam dagangan tengah hari semalam, meningkatkan permodalan pasaran syarikat itu melebihi AS$750 bilion (RM 3 trilion). sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top