Afthorian
Active member
Jenama motosikal berkuasa tinggi "Ducati" tidak asing lagi di dalam dunia pemotoran dua roda. Cukup terkenal dengan reka bentuk yang garang, mewah dan juga mahal berbanding pesaing Ducati yang lain. Ducati yang cukup lama di dalam industri pemotoran dan nama yang gah dalam sukan pemotoran MotoGP sangat komited untuk menghasilkan jentera berkuasa tinggi berprestasi terbaik.
2020 Ducati Panigale V2
Sekumpulan pakar dari "Popular Mechanic" yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam Industri sukan pemotoran dua roda menggunkan pengalaman mereka untuk menilai 6 jenis buah motosikal yang terbaik untuk ditunggang pada tahun 2020. Enam buah motosikal yang menjadi pilihan mereka untuk di uji, setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri, sebagai contoh "Best For Beginner" dan "Best Cruiser" . Tetapi motosikal manakah yang menjadi "Superbike Yang Terbaik"?
Berdasarkan hasil kajian dan pandu uji oleh pakar "Popular Mechanic", Ducati Panigale V2 2020 adalah yang terbaik untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi di jalan raya. Sangat mengejutkan, walaupun Panigale V2 bukanlah motosikal yang terpantas dalam pasaran, Ducati Panigale V2 2020 adalah satu contoh yang sesuai dari semua aspek prestasi, cukup untuk memberikan penunggang satu pengalaman terbaik ketika tunggangan yang ekstreme.
2020 Ducati Panigale V4
Motosikal Ducati Panigale V2 2020 adalah pengganti kepada Ducati Panigale 959. Dengan jentera "Twin-Cylinder" terbaru dan reka bentuknya yang diambil dari Ducati Panigale V4 2020. Kita boleh lihat jenis "V4" ini adalah abang kepada "V2"
Dengan berat keseluruhan seberat 200KG dan enjin V-Twin 955cc, enjin "Superquadro" ini menghasilkan 155 kuasa kuda dan 104 lb torque. Ia juga mempunyai peredam bunyi yang baru, injector, dan juga throttle body berkemampuan untuk dikawal secara electronik ketika tunggangan. Panigale V2 ini juga disertai dengan 6 transmisi kelajuan dan hadir bersama "Ducati Quick Shift" dan "Oil-Bathed Clutch".
Kuasa yang dihasilkan Panigale V2 juga datang dengan kawalan electronik terbaru yang membolehkan penunggang lebih yakin untuk "push the bike to the limit".
Panigale V2, Panigale V4s & Panigale V4r Superleggera 2020
Menurut Ducati, Panigale V2 2020 adalah gabungan "Kuasa & Elegance". Ia lebih kecil dan tidak menakutkan seperti model V4. Ducati Panigale V2 dilengkapi dengan single swingarm aluminium dan reka bentuk yang lebih aerodinamik membolehkan motosikal lebih mudah dikawal ketika selekoh dan juga reka bentuk lampu hadapan yang lebih padat untuk membenarkan lebih banyak udara masuk ke ruangan enjin.

Last edited: