Doge Coin (DOGE)

Pak Man Forex

Well-known member
Padu 🔥🔥. Dia dah cucuk higher sebelum ni, macam bagi petanda je tu :love:. Tapi kena hati2 gak dengan perkhabaran pada 8 Mei ni. Jangan terciduk pula, takut tersangkut kat pucuk nanti

Stock Market Money GIF by Oli Sorenson
 
Pak Man Forex

Well-known member
Perkhabaran terbaru berkaitan dengan Dogecoin iaitu pasukan dari Major League Baseball, The Oakland Athletics menawarkan sepasang tiket plaza infield dengan bayaran menggunakan 100 Doge untuk melihat pasukan mereka beraksi di Toronto Blue Jays pada bulan ini. Dogecoin semakin mendapat perhatian untuk dijadikan sebagai median pembayaran. Memang padu 🔥🔥. Seperti Elon Musk pernah berkata " Dogecoin is the people’s crypto "

alsulltan

Member
View attachment 2808

Nampaknya DOGE telah menembusi ATH sebelum ini dalam beberapa jam yang lalu. Dogecoin kini dengan nilai $49.8 bilion yang bermaksud ia lebih tinggi daripada Syarikat Ford Motor dengan nilai $45.2 bilion dan syarikat Media Sosial, Twitter $44.1 bilion.

Dogecoin kini berada di kedudukan #239 dalam Asset Dash dan telah mengalahkan Newmont Corporation yang berada di kedudukan #249. Newmont adalah syarikat perlombongan emas terbesar di dunia yang mempunyai cap pasaran lebih dari $50 bilion.

Baru-baru ini pula Elon Musk ada tweet pasal DOGE iaitu "TheDogeFather SNL 8 May". Selepas je dia tweet masa tu Dogecoin membuat kenaikan lebih 20%. Saturday Night Live ni akan menyediakan platform yang besar untuk Musk dan penonton mungkin mengharapkan lonjakan terhadap coin tersebut jika Elon Musk mempromosikan dogecoin dalam rancangan tersebut.

Jadi, sama-sama kita nantikan 8 May ni.. Adakah Doge akan meroket sehingga $1. Nasihat saya jangan panic buying bila harga dah kat atas dan jangan terlalu berharap sangat yang doge ni akan terus meroket pada hari tersebut. Apa pun #DYOR. Banyak lagi coin pada harga rendah boleh di beli. Apapun kaji dulu. #Tothemoon

Rocket Rodeo GIF
tertinggi ari ni dia cucuk 0.451 ... skarang masih dlm 0.413
3 hari sebelum 8hb.. agak2 apa ulasan tuan.. ihiii pada landasan 1.0 sblum berakhir Jun?

#saya baru belajar
 
Wen

Well-known member
tertinggi ari ni dia cucuk 0.451 ... skarang masih dlm 0.413
3 hari sebelum 8hb.. agak2 apa ulasan tuan.. ihiii pada landasan 1.0 sblum berakhir Jun?

#saya baru belajar
Agak seram untuk menantikan 8 Mei ini, sebab kebiasaan yang berlaku adalah buy the rumours, sell the news and Dogecoin memerlukan marketcap melebihi $100 Bilion untuk mencapai $1.Macam yang saya cakap jangan panic buying bila harga dah kat atas dan jangan terlalu berharap sangat yang doge ni akan terus meroket pada hari tersebut. #DYOR.
 
Wen

Well-known member
rsja9poiuzw61.jpg

Doge dah breakout $0.45 dan sekarang telah membuat ATH terbaru.. Terbaikkk...
 
AmirGGVM

Well-known member
start beli 26 march 2021...beli USD25 lebih kurang...13 april 2021..baru jenguk...tuko currency ke MYR..senang nak tengok..5 may 2021..terciduk teruk nie...sejak 26 march..tak topup langsung....hodl sampai terciduk...adoyai...

kronologi doge.jpg
 
Pemburu Duit Syiling

Active member
dogeb.jpg

Wahh Doge dengan paras ketinggian terbaru lagi (ATH) pada harga $0.60. Nampak nya ramai Exchanger kripto sekarang berebut-rebut untuk list kan DOGECOIN kedalam exchange dorang. Baru-baru ni ETORO senaraikan Dogecoin di platform mereka. Ini disebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi dari pengguna. Etoro ni memiliki 20 juta pengguna di seluruh dunia. Jadi mereka dah boleh invest DOGE kat platform ETORO. Semakin HYPE doge ni semakin tinggi permintaan . Sama-sama la kita nantikan pula 8 May ini di Saturday Night Live (SNL) Elon Musk. Apa yang berlaku dengan DOGE. Mungkin melonjak lagi tinggi dengan ATH terbarunya. ? Ciaoooo
 
kita hodl lagi..try n test..dia pergi cam ne tanpa topup minyak...
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top