Doge Coin (DOGE)

MorubozuWings

Well-known member
IMG_20210423_225008_469.jpg
 

Pak Man Forex

Well-known member
Dapat dilihat baru-baru ini Dogecoin juga membuat penyusutan sehingga menguji paras di bawah harga $0.16 yang dipengaruhi daripada penurunan harga yang ketara terhadap Bitcoin. Tetapi pada permulaan minggu ini kalau nak dilihat Dogecoin kembali membuat kenaikan dan hanya bergerak-gerak di dalam zon support terbarunya di sekitar paras harga $0.26.

Pada dahulunya, Dogecoin hanyalah dianggap sebagai satu meme coin yang tiada guna, hanya coin untuk bahan jenaka. Tetapi semua spekulasi itu telah dicanggah apabila dapat kita lihat Dogecoin terus memberi kejutan untuk membuat kenaikan sehingga 9000% pada tahun ini sahaja hahahaha :ROFLMAO::ROFLMAO:

Dan kini pelbagai syarikat telah menerima Dogecoin untuk dijadikan sebagai median pembayaran dan yang terbaru, syarikat wain tertua di Amerika telah menerima cryptocurrency termasuk Dogecoin untuk digunakan sebagai transaksi pembayaran.

Adakah Dogecoin bakal membuat kenaikan lagi dan mampukah ia mencapai harga yang ramai katakan iaitu di paras harga $1 ?

1619490035755.png
 

Wen

Well-known member
1620092053589.png


Nampaknya DOGE telah menembusi ATH sebelum ini dalam beberapa jam yang lalu. Dogecoin kini dengan nilai $49.8 bilion yang bermaksud ia lebih tinggi daripada Syarikat Ford Motor dengan nilai $45.2 bilion dan syarikat Media Sosial, Twitter $44.1 bilion.

Dogecoin kini berada di kedudukan #239 dalam Asset Dash dan telah mengalahkan Newmont Corporation yang berada di kedudukan #249. Newmont adalah syarikat perlombongan emas terbesar di dunia yang mempunyai cap pasaran lebih dari $50 bilion.

Baru-baru ini pula Elon Musk ada tweet pasal DOGE iaitu "TheDogeFather SNL 8 May". Selepas je dia tweet masa tu Dogecoin membuat kenaikan lebih 20%. Saturday Night Live ni akan menyediakan platform yang besar untuk Musk dan penonton mungkin mengharapkan lonjakan terhadap coin tersebut jika Elon Musk mempromosikan dogecoin dalam rancangan tersebut.

Jadi, sama-sama kita nantikan 8 May ni.. Adakah Doge akan meroket sehingga $1. Nasihat saya jangan panic buying bila harga dah kat atas dan jangan terlalu berharap sangat yang doge ni akan terus meroket pada hari tersebut. Apa pun #DYOR. Banyak lagi coin pada harga rendah boleh di beli. Apapun kaji dulu. #Tothemoon


Rocket Rodeo GIF
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top