Doge Coin (DOGE)

Satoshi Tomato

Well-known member
EvHvX-LVgAAn_N2 (1).jpeg
 

Wen

Well-known member
Staff member
Wahhhh.. Selepas dari tweet Elon Musk, graph H4 menunjukkan DOGE membuat kenaikan lebih 2% dengan harga $0.052.. ini adalah permulaan yang baik untuk DOGE .. Welcomeback..

1614650217708.png
 

Wen

Well-known member
Staff member
1614735190380.png


Perghh Kripto Doge semakin meluas sampai boleh di gunakan di ATM
Korang tahu tak Doge sekarang boleh diguna pakai dalam 1800 ATM di seluruh Amerika Syarikat yang di umumkan oleh pembekal ATM Bitcoin COINFLIP pada 1 Mac ini.

Daniel Polotsky iaitu Ketua Pegawai Eksekutif mengatakan langkah itu di dorong oleh populariti kripto Doge yang semakin diterima ramai dan harga Doge telah melonjak naik 25% bila Elon Musk ada tweet yang Doge akan ke bulan. Dua hari selepas itu, Elon Musk ada tweet sekali lagi yang Doge adalah kripto masa hadapan dunia. Hebat bukan? yang lagi hebat 71.3% follower Musk ni bersetuju dengan dia.

Jadi apa pendapa korang.?? adakah Doge ini memang betul satu kripto masa hadapan ?
 

Wen

Well-known member
Staff member
1614929341451.png


Hmmm .. Apa yang terjadi dengan DOGE ni .. Asyik main harga kat situ je .. Bila nak naik ni .. Mark Cuban iaitu Usahawan Jutawan Amerika pun sekarang dah TERIMA Dogecoin sebagai Medium pembayaran untuk beli Ticket dan merchandise . Apa lagi .!! Harga tengah jatuh ni .. Boleh beli lagi ni sebelum harga mencanak naik ... Hehee..
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Dogecoin terus mencanak apabila Elon Musk tweet mengenai Doge dan kemudian kelihatan seperti ada pattern descending triangle yang valid. Next target $1 ? 😅


1615167544774.png
 

Wen

Well-known member
Staff member
Perhhh ... Adakah Doge akan mencecah $1 seperti yang Mark Cuban ramalkan.. ????Haa kalau korang nak tahu. Setelah hanya tiga hari Pemilik Dallas Maverick iaitu Mark Cuban menerima Dogecoin (DOGE) sebagai bentuk pembayaran, Dia teruja sehingga meramalkan harga token ini akan mencecah $1.

Pada tweet semalam, Cuban mengatakan pelanggan telah menggunakan lebih daripada 20,000 Dogecoin kira-kira $1,018 dalam transaksi Dallas Mavericks dan mendakwa francais itu adalah “the largest Dogecoin merchant in the world". Jutawan itu meramalkan bahawa jika peminat bola keranjang membeli barang dagangan Mavericks bernilai 6,556,000,000 DOGE, harga token itu "pasti mencecah $1." Perghhh ... Dah nampak tanda DOGE semakin mengganas ni ..


Mavericks ni kalau korang nak tahu adalah salah satu francais NBA pertama yang mengenali crypto sebagai bentuk pembayaran untuk tiket dan barang dagangan, setelah mula menerima Bitcoin (BTC) melalui syarikat dompet BitPay dua tahun lalu. Peminat Mavericks juga dapat membayar peralatan dan cenderahati dengan Bitcoin Cash (BCH), USD Coin (USDC), Gemini dollar (GUSD), Paxos Standard (PAX) dan Binance USD (BUSD).

Walaupun diciptakan sebagai jenaka, DOGE telah melonjak dalam beberapa bulan terakhir masa Mark Cuban dan CEO Tesla Elon Musk telah menyebut token tersebut di media sosial. Tweet Musk berkemungkinan menyumbang kepada harga token yang meningkat dari $0,01 pada bulan Januari ke paras tertinggi sepanjang masa pada $0,078 dan sekarang pula harga DOGE adalah $0,0509, yang bermaksud token perlu melonjak 1,864% untuk mencapai $1.

Pemilik Dallas Mavericks menggambarkan DOGE sebagai "economics teaching tool" yang mengatakan token itu adalah "hiburan terbaik untuk wang yang sedia ada" di pasaran crypto. Perghhh ... Ini lah petanda terbaik kepada para-para Traders DOGE... #DOJOFORDOGE #DOGEKOMUNITI
 
Last edited:

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top