Doge Coin (DOGE)

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Untitled.png

Toooo daaaa moonnnnn
 
Wen

Well-known member
Harga Dogecoin jatuh menjunam secara tiba-tiba setelah Elon Musk menyebut Dogecoin tu "HUSTLE '' semasa Live di SNL

View: https://twitter.com/cryptoafricaedu/status/1391373668744372225?s=20

Doge coin menjunam terus pada harga $0.416 jatuh 36% daripada paras harga $0,65 sebelum SNL. Ia membuat retrace semula pada semalam dan diperdagangkan sekitar $0.569. Masa menjunam tu ramai yang sedang panic sebab ramai yang mengharapkan Dogecoin naik $1 semasa Elon Musk Live di SNL. Dan ramai juga masa tu yang FOMO beli harga kat pucuk $0.60-$0.70. Macam saya katakan haritu, jangan terlalu berharap sangat yang Doge ni akan naik sehingga $1 sebab pasaran akan menggunakan strategi yang lama iaitu "Buy The Rumours, Sell The News" dimana orang dah beli masa Elon musk tweet dia nak promote Dogecoin di SNL tapi orang jual masa hari SNL tu. Tapi takpe. Masih ramai lagi Holder Dogecoin ni dan semua yang besar-besar. Yang beli masa harga atas tu #HODL je. Apapun selamat Hari Raya.

Hari Raya GIF by Lelong Malaysia
 
  • Deleted by MorubozuWings
Show…

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Untitled.png

Kita boleh nampak effect dari tweet-tweet elon musk. Dogecoin semalam naik sebanyak lebih kurang 40% selepas elon musk tweet... Adakah beliau akan terus menyokong DOGECOIN atau mungkinkah beliau akan menyokong Shiba Inu pula selepas ni? huhuhu
 
Jackjai

Member
eToro's CEO says the app added dogecoin because of its 'large and loud' fanbase - and notes shiba inu coin's similarly passionate following
"Frankly, because initially dogecoin was invented as a meme or a joke, it felt, to us, not sensible for investment purposes."
Yet Assia says eToro ultimately decided that the enthusiasm of dogecoin's fans - not least Tesla boss Elon Musk - meant the coin had a future and was worth adding.
Sumber: https://markets.businessinsider.com...rencies-retail-trading-spac-2021-5-1030476896
 
nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
wrscy2fela271.jpg

kegilaan penyokong dogecoin. Agak-agak berapa la dia unutung dengan doge ni.
 
Wen

Well-known member
Mana Pemegang DOGE, Dogecoin Kembali Mengaum ni. 🚀🚀🚀

Doge 3.6.21.jpg

Baru-baru ini, Coinbase Pro telah menyenaraikan dogecoin selepas menghasilkan keuntungan lebih 6,000% sepanjang tahun 2021 dan akan mula diperdagangkan di platform itu mulai hari ini.

Menarik perhatian pelabur, ‘Dogefather’ Elon Musk memuat naik satu gambar di twitter mengenai Dogecoin.

Beliau pernah menyatakan, ‘belum pernah jual Dogecoin dan tidak akan menjual dogecoin’.

Sementara itu, jom lihat carta pergerakan harga DOGE/USDT.

Selepas Dogecoin mengalami penyusutan harga yang besar pada bulan Mei, pelabur kembali menyaksikan kenaikan harga lebih dari 30% setelah penyenaraian di Coinbase Pro.

Susulan daripada itu, Dogecoin sekaligus menembusi zon RBS (resistance become support) sekitar $0.40 dimana zon tersebut dilihat sukar untuk dilepasi oleh Doge sebelum ini.

Penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga berjaya meneruskan trend bullish dan dapat menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar $0.55, jangkaan untuk kenaikan yang lebih tinggi bakal menuju ke paras rintangan seterusnya sekitar $0.70.

Paras tersebut bakal diuji kembali sebelum jangkaan harga untuk capai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru.

Namun, jika harga membuat penurunan yang lebih rendah, zon RBS sekitar $0.40 bakal menjadi tumpuan utama semula sebelum penurunan yang lebih rendah dijangkakan menuju sekitar $0.25.

Ketika penulisan, Dogecoin diperdagangkan pada $0.42 dengan lonjakan lebih dari 40% dalam tempoh 24 jam.

Lihat gambar carta matawang kripto DOGE/USDT untuk rujukan analisis teknikal anda.
 
nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Mana Pemegang DOGE, Dogecoin Kembali Mengaum ni. 🚀🚀🚀

View attachment 3024

woof woof woof
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top