Metal Dah Berumur 58 Tahun Ko Rupanya Kirk Hammet

MorubozuWings

Well-known member
Gitaris lagenda Metallica, Kirk Hammett menyambut ulangtahun kelahiran ke-58 hari ini.

- Sebelum Kirk menyertai Metallica, beliau menubuhkan Exodus tetapi tidak sempat mengeluarkan album, hanya sempat mengeluarkan demo.
- Menggantikan tempat Dave Mustaine dalam Metallica pada tahun 1983.
- Pada tahun 2003, Kirk berada di kedudukan ke-11 dalam senarai The 100 Greatest Guitarists of All Time majalah Rolling Stone.
- Pada tahun 2009 pula, Kirk berada di kedudukan ke-15 dalam buku The 100 Greatest Metal Guitarists oleh Joel McIver.
- UFO adalah band kesukaannya sepanjang masa.
- Kirk belajar gitar dari lagenda shredding Joe Stariani selepas album pertama Metallica, "Kill 'Em All" (1983).
- Bekerjasama dengan syarikat gitar terbesar dunia, ESP Guitars. Mempunyai beberapa model siri "signature" (kebanyakannya ada huruf "KH" pada gitar) dan sudah bekerja dengan syarikat itu sejak hujung 80'an.
- Pada tahun 1998, Kirk tersenarai dalam Top 100 Guitar Solos, dikredit tiga lagu: "Master of Puppets" (No. 51), "Fade To Black (No. 24) dan "One" (No. 7).
- Seorang peminat dan pengumpul memorabilia filem seram lama. Minatnya boleh dilihat pada beberapa gitar miliknya, seperti filem "Dracula," "Mummy," "Frankenstein" dan macam-macam lagi.

Solo terbaik Kirk:
View: https://youtu.be/2hkbP8JXEp0




FB_IMG_1605674961986.jpg
FB_IMG_1605674964779.jpg
FB_IMG_1605674967164.jpg
FB_IMG_1605674959612.jpg
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top