CYBERPUNK 2077

Fakhrii

Well-known member
Cyberpunk 2077 adalah permainan aksi yang dimana ia dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Kisah ini berlangsung di Night City, sebuah dunia yang berada di Alam Semesta Cyberpunk. Pemain menganggap perspektif orang pertama dari tentera upahan yang dikenali sebagai V yang dimana ia memperoleh kemahiran dalam penggodaman

Pembelian dan PREORDER boleh dibuat sekarang dan dimainkan di Microsoft Windows, PlayStation 4, Stadia dan Xbox One

Mantappp (y) (y)

View: https://youtu.be/BO8lX3hDU30

Kongsikan pendapat anda mengenai grafik permainan ini dan mana tahu ada yang sudah bermain permainan ini ? Hehehe :love:
 

Fakhrii

Well-known member
Alaaa sayang, game trailer dah menarik tapi ditarik balik sebab banyak kesilapan yang telah terjadi

Sad A Christmas Story GIF by filmeditor

Kuala Lumpur: Platform permainan konsol paling popular, Sony menarik balik judul permainan paling 'hype' 2020 iaitu Cyberpunk 2077 daripada PlayStation Store (PS Store) dengan alasan ia tidak mencapai 'kepuasan pengguna.'

Ia berikutan judul berkenaan dilaporkan mengalami pelbagai masalah di dalam platform berkenaan termasuk aduan pengguna berhubung gangguan permainan (bugs), isu keserasian sistem termasuk kemungkinan isu kesihatan kepada pemain.

Perkara itu diumum menerusi kenyataan Sony Interactive Entertainment (SIE) dan keputusan menarik balik judul berkenaan bagi platform berkenaan dibuat berasaskan kepada aduan pengguna.

"SIE sentiasa memastikan kepuasan pengguna berada pada tahap terbaik dan pengguna yang membeli judul permainan itu menerusi PS Stora akan menerima pemulangan wang secara penuh mengikut peringkat.

"SIE juga mengeluarkan judul berkenaan daripada PS Store sehingga diberitahu kelak," katanya menerusi satu kenyataan, sebentar tadi.

Cyberpunk 2077 adalah judul paling dinantikan oleh semua pengguna termasuk pengkritik namun sejak pelancarannya, terdapat pelbagai isu terutama gangguan dalam permainan.

Walaupun menerusi platform desktop, judul berkenaan lebih stabil, namun untuk platform konsol terdapat pelbagai masalah.

Pembangun permainan itu, CD Projekt RED sebelum ini mengulangi pendirian untuk membaik pulih sebarang masalah dalam permainan itu dan penarikan semula judul terbabit untuk PS Store adalah satu tamparan hebat.

Pelancaran judul berkenaan sudah ditangguhkan sebanyak dua kali sepanjang tahun dan ia dilancarkan secara rasmi dua minggu lalu menerusi semua laman perdagangan permainan seperti Steak, Epic Games dan beberapa platform lain.

Berdasarkan laporan, CD Projekt RED membelanjakan lebih RM1.2 bilion untuk pembangunan permainan berkenaan dan menjadikan permainan paling mahal pernah dibangunkan oleh mana-mana pembangun.

Walaupun terdapat kritikan untuk judul berkenaan, CD Projekt RED memaklumkan pada minggu lalu bahawa kutipan jualan judul itu sudah melepasi kos pengeluaran, pembangunan dan pengiklanan.

Minggu lalu, pembangun judul itu sedang berusaha untuk mencari penyelesaian berhubung isu 'kesihatan pemain' dan kemaskini baharu akan dilancarkan sebaik isu itu berjaya ditangani sebaiknya.

SUMBER
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1608278380262.png

MOSCOW, 18 Dis – Sony Interactive Entertainment (SIE) pada Jumaat berkata akan menarik balik permainan video “Cyberpunk 2077” dari pasaran dan menawarkan bayaran balik secara penuh kepada pembeli, berikutan aduan mengenai gangguan teknikal dan beberapa masalah lain, lapor Agensi Berita Sputnik.


“SIE berusaha untuk memastikan pelanggan mencapai tahap kepuasan yang tinggi, oleh itu kami akan tawar bayaran balik secara penuh kepada pembeli Cyberpunk 2077 melalui PlayStation Store. SIE juga akan mengeluarkan Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store sehingga diberitahu kelak,” menurut SIE dalam satu kenyataan.

“Cyberpunk 2077,” permainan video yang dinanti-nantikan itu dibangunkan CD Projekt Poland, dilancarkan pada 10 Disember.

Walaupun permainan berfungsi dengan baik pada komputer peribadi tetapi pemilik konsol permainan mengalami banyak gangguan kecil yang membuatkan ia tidak mesra pengguna.

sumber
 

MorubozuWings

Well-known member
Cyberpunk 2077 adalah permainan aksi yang dimana ia dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Kisah ini berlangsung di Night City, sebuah dunia yang berada di Alam Semesta Cyberpunk. Pemain menganggap perspektif orang pertama dari tentera upahan yang dikenali sebagai V yang dimana ia memperoleh kemahiran dalam penggodaman

Pembelian dan PREORDER boleh dibuat sekarang dan dimainkan di Microsoft Windows, PlayStation 4, Stadia dan Xbox One

Mantappp (y) (y)

View: https://youtu.be/BO8lX3hDU30

Kongsikan pendapat anda mengenai grafik permainan ini dan mana tahu ada yang sudah bermain permainan ini ? Hehehe :love:

200 lebih di steam..tunggu promosi...jer ..Layan The Division dulu...
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top