🔥 PANAS Copytrade EssenceFX 'Master ZhangFE' aka 'Joe Kedah' SCAMMER FOREX Dah Kena

Sindiket penipuan Forex didalangi 'Joe Kedah' tumpas
MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 23 November 2020

125888598_3769414913068788_156287768870822327_o.jpg

Zainuddin (kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah' pada sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan pelaburan Forex yang didalangi 'Joe Kedah' hingga membabitkan kerugian hampir RM21 juta tumpas dalam serbuan polis, Khamis lalu.

Serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan JSJK Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Cyberjaya, Shah Alam dan Kajang, Selangor itu berjaya memberkas 10 individu termasuk 'Joe Kedah'.

Difahamkan, Joe Kedah, 42, ditahan bersama kekasihnya warga Indonesia di sebuah kondominium di Shah Alam.

126757190_3769414983068781_8635014860434747849_o.jpg

Antara barang yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, tangkapan dibuat susulan 72 laporan polis berkaitan penipuan pelaburan Forex itu diterima apabila kesemua mangsa mendapati platform pelaburan itu tidak boleh diakses.

"Sindiket yang aktif sejak tahun lalu itu menjanjikan keuntungan lima hingga lapan peratus setiap bulan melalui satu platform menggunakan satu aplikasi.

“Siasatan mendapati sindiket terbabit telah mengaut keuntungan hampir RM21 juta," katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini hari ini.

127123918_3769415209735425_7484827986873620425_o.jpg

126204682_3769415153068764_3081079114973427891_o.jpg

127190159_3769415239735422_2185403419271008553_o.jpg

127081309_3769415103068769_7960397834073410882_o.jpg

126034061_3769415179735428_4868451492199995835_o.jpg

Zainuddin berkata, serbuan ini telah bertindak merampas 10 buah kereta mewah jenis Porsche Macan, Ford Mustang, Audi, Range Rover Evoque, dua Toyota Vellfire dan empat buah BMW.

10 buah kenderaan mewah yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah'.

126500653_3769414996402113_2925458214427338223_o.jpg

126177743_3769415033068776_5097295799047292076_o.jpg

Katanya, turut dirampas 17 buah telefon bimbit, komputer riba (4), kad ATM, pelbagai dokumen syarikat serta wang tunai RM10,000.

125888598_3769414913068788_156287768870822327_o.jpg

“Kesemua suspek berusia 24 hingga 42 tahun itu direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah Zainuddin, dalam usaha membanteras kegiatan pelaburan haram, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan tawaran, kenyataan dan janji palsu sindiket.

"Semak dan dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti alert list Bank Negara Malaysia, Security Commission dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum melakukan pelaburan," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ket-penipuan-Forex-didalangi-Joe-Kedah-tumpas
Kredit Foto: PDRM

Last edited:

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Sebenarnye lebih Rm200 juta!!

21 juta mungkin jumlah terkumpul berdasar lebih 70 report polis yg dibuat. Ramai lg yg x buat report
Tapi kita tak boleh nak buat andaian sesuka hati tanpa bukti atau artikel yang merujuk kes berkenaan.
Harap mangsa-manga scam EssenceFX boleh pergi ke balai polis untuk buat report bagi membantu siasatan.

Merton

Well-known member

Memandai mod ckp buat andaian. Ni jenis penjilat2 joe dulu aku warning semua x percaya, andaian andaian andaian. Sekarang dah terbukti senyap semua puii
 
tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Memandai mod ckp buat andaian. Ni jenis penjilat2 joe dulu aku warning semua x percaya, andaian andaian andaian. Sekarang dah terbukti senyap semua puii

Sabar sabar.. Kita tunggu pihak berkuasa jalankan siasatan
 
nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Memandai mod ckp buat andaian. Ni jenis penjilat2 joe dulu aku warning semua x percaya, andaian andaian andaian. Sekarang dah terbukti senyap semua puii
Laporan polis hanya Rm20.52 Juta. Tapi bro cakap 200 juta. Takkan la individu yang rugi 180 juta lagi ni hilang mcmtu je. Kalau polis keluar keterangan Rm20.52 juta maka Rm20.52 juta lah nilai kerugian yang terkumpul sekarang bukan nya Rm200 juta seperti yang dikatakan. Sebab itu saya cakap jangan membuat andaian sampai beratus-ratus juta tu. Tunggu siasatan polis selesai.
 
Wen

thats true GIF by Red Table Talk
 
Merton

Well-known member
Scammer ni dier punya mulut sakit betul hati. mulut manis tapi berbelit belit. PENUNGGANG AGAMA :mad:😤

IMG_20201124_141426_091.jpg
 
Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top