Cardano ( ADA )

Fakhrii

Well-known member
CARDANO ( ADA )

1613031967716.png


Harga Tertinggi ( Jan 2018 ) : $1.48
Harga Terendah ( Oct 2017 ) : $0.01735
Harga Semasa : $1.08
Cardano adalah rangkaian cryptocurrency dan projek sumber terbuka yang bertujuan untuk menjalankan platform blockchain awam untuk kontrak pintar. Nama singkatan bagi Cardano dipanggil sebagai ADA. Pembangunan projek ini diawasi oleh Cardano Foundation yang berpusat di Zug, Switzerland.

Platform ini mula dibangunkan pada tahun 2015 dan dilancarkan pada tahun 2017 oleh Charles Hoskinson, pengasas bersama Ethereum dan BitShares. Menurut Hoskinson, dia meninggalkan Ethereum setelah perselisihan menjaga Ethereum sebagai bukan untung. Setelah meninggalkannya, dia bersama-sama menubuhkan IOHK, sebuah syarikat kejuruteraan blockchain yang perniagaan utamanya adalah pengembangan Cardano, bersama dengan Cardano Foundation dan Emurgo. Platform ini diberi nama Gerolamo Cardano

Mata wang ini dimulakan dengan cap pasaran sebanyak $600 Juta. Pada akhir tahun 2017, ia mempunyai cap pasaran $10 Bilion, dan mencapai nilai $33 Bilion sebentar pada tahun 2018 sebelum pengetatan umum pasaran kripto menurunkan nilainya kembali ke $10 Bilion.

Cardano mendakwa bahawa ia mengatasi masalah yang ada di pasaran kripto, terutamanya bahawa Bitcoin terlalu lambat dan tidak fleksibel, dan Ethereum tidak selamat atau berskala. Cardano dianggap sebagai cryptocurrency generasi ketiga oleh penciptanya. Cardano ini dibangunkan dan direka oleh pasukan akademik dan jurutera yang menggunakan teknologi saham Ouroboros.
 
Last edited:

Fakhrii

Well-known member
Dalam diam ia telah membuat kenaikan sehingga hampir $1 :oops:. Sama seperti polkadot yang dalam diam telah membuat lonjakan sehingga harga $25

film indonesia GIF by Kinanthi Digital
 

Pak Man Forex

Well-known member
ADA macam ada potensi untuk mencapai ketinggian sebelum ini pada tahun 2018 sekitar $ 1.33 yang di mana sekarang ini ADA mempunyai nilai permodalan pasaran melebihi $ 26 Billion yang meletakkan mereka di kedudukan ke-5 bagi kripto yang paling berharga. Sekadar perkongsian dan pandangan. Ada yang dah beli dan hodl ke coin ini ?​

1613552509738.png


Apa pandangan anda mengenai potensi ADA, adakah ia akan mencatatkan ATH yang terbaru ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
ADA sedang mengorak langkah untuk mencapai ketinggian sebelum ini pada harga $ 0.98 sebelum mencapai ATH pada harga $ 1.33 dan mungkin akan membuat ATH terbaru​

1613615282523.png
 
  • Like
Reactions: Wen

Pak Man Forex

Well-known member
Sekadar perkongsian daripada kajian dan analisa yang saya lakukan, nampak seperti ADA sedang berada di dalam zone. Nampak gaya seperti ia akan meningkat semula dan mencuba untuk mencapai ATH sebelum ini.​

1614066853565.png


Bagaimana pendapat anda mengenai ADA ? Adakah dia berpotensi untuk mencapai ATH sebelum ini ?
 

Wen

Well-known member
Penganalisis atau pun peniaga crypto yang popular Michaël van de Poppe yakin pada prospek cryptoassets, terutamanya Cardano (ADA).

Penganalisis Crypto Michaël van de Poppe memberi Sasaran Harga Cardano (ADA) pada $10

 

Wen

Well-known member
Perghh Cardano (ADA) nampaknya sedang melakukan kenaikan sebanyak 5% setelah semalam membuat penurunan. Apa pendapat korang??

1614155577374.png
 

Pak Man Forex

Well-known member
Dalam beberapa hari lepas, kebanyakkan kripto mengalami kejatuhan tetapi ADA dia terus membuat ATH terbaru sampai saya pun tak perasan 😅 rupanya ADA mempunyai projek baru untuk menyokongnya. Terbaik (y). Ada juga terbaca di INTRADAY katanya ada firma kewangan di Dubai menjual BTC hanya untuk membeli Polkadot dan Cardano

1614587468132.png


Adakah ADA mampu mencapai target harga sekitar $10 ?
 

Satoshi Tomato

Well-known member
Fuhh ade whale usha-usha ADA, Mungkinkah ADA akan membuat kenaikan yang gila-gila lepas ni???

 

Pak Man Forex

Well-known member
ADA sekarang ini bermain-main je dekat dalam zon, tetapi jangan terkejut kalau ADA ini membuat kejutan untuk terus memacak kembali sebab banyak faktor dan teknologi yang menyokong ADA ini untuk memecut semula dan buat masa kini ADA berada di tangga ke-4 dalam senarai coinmarketcap.

1615367784038.png


Adakah ia akan kembali memecut atau akan kembali jatuh ?
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
ADA sekarang ini bermain-main je dekat dalam zon, tetapi jangan terkejut kalau ADA ini membuat kejutan untuk terus memacak kembali sebab banyak faktor dan teknologi yang menyokong ADA ini untuk memecut semula dan buat masa kini ADA berada di tangga ke-4 dalam senarai coinmarketcap.

View attachment 2240

Adakah ia akan kembali memecut atau akan kembali jatuh ?
ada-ada je ADA ni... Ada ke geng ADA kat sini ??
 

Pak Man Forex

Well-known member
Cardano dalam masa 2 minggu ia membuat junaman yang agak drastik sehingga mencuba paras harga $1 tetapi dalam diam dan penurunan tersebut, ADA mendapat perkhabaran yang Cardano akan tersenarai dalam Coinbase Pro pada hari ini dan kita dapat lihat juga ketika ini ADA sedang menuju untuk mencuba paras ketinggian sebelum ini​

1616033821758.png


Hehehe, tersenyum holder ADA sekarang selepas beberapa hari asyik membuat penurunan :love:. Adakah ia akan menguji ketinggian sebelum ini dan akan terus meroket membuat ATH terbaru ?
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top