View attachment 2599
Gaissss ... Yeahhhhh .... Selepas je ADA membuat ATH terbaru pada 2 hari yang lalu.. Nampaknya ADA ni seperti memberi HINT untuk membuat ATH terbaru lagi. Kalau kita tengok pada carta pergerakan harga ADA kita boleh lihat dia sedang membuat Descending Triangle yang menunjukkan pattern untuk BULLISH. Lagipun mereka sekarang baru saja buat projek terbaru. #HODL
kalau tanya saya, saya rasa cardano ni ada potensi untuk long term. So sekarang ni saya stack je cardano yang ada dan HODL.Apa cerita CARDANO (ADA) gaiss.. ??? Jangan Risau.. CARDANO sentiasa SIHAT!
View attachment 3010
Pada nilai semasa, Cardano adalah mata wang kripto keempat terbesar dengan jumlah permodalan pasaran $52.9 bilion.
Walaupun pasaran kripto dilihat lemah, Cardano masih kekal kukuh dalam pasaran dan melancarkan pelbagai projek berpotensi. Antara yang terbaru, Hardfork Alonzo telah dilancarkan pada 27 Mei, menjadi testnet pertama untuk rangkaian Cardano.
Meneliti carta pergerakan harga ADA/USDT setakat pembukaan pasaran hari ini, harga dilihat telah membuat penyusutan pada 26 Mei dan kembali membuat kenaikan hampir 30% daripada paras terendah $1.3 pada semalam.
Pandangan sudut teknikal, trend kenaikan dapat dilihat pada pergerakan harga ADA yang telah menembusi zon RBS sekitar $1.36-$1.52 sebelum ini dan membuka dagangan hari ini di atas paras $1.60.
Sekiranya harga terus kukuh mengekalkan momentum kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar $1.74 – $1.90 bakal menjadi sasaran untuk dicapai dan seterusnya menyambung semula trend kenaikan harga.
Namun jika pergerakan harga ADA kembali membuat penurunan, zon RBS (resistance become support) $1.40 akan diuji semula sebelum membuat penurunan yang lebih rendah ke paras sokongan sekitar harga $1.0.
Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.56, susut 10% dalam 24 jam.
Lihat gambar carta matawang kripto ADA/USDT untuk rujukan analisis teknikal anda.
Kongsikan pendapat korang......????
Aduh terlambat! baru je nak topup ADA ni. Tahu-tahu dah naikSesi dagangan bulan Ogos, Cardano telah menghasilkan 50% lonjakan secara konsisten mencatatkan paras tertinggi terbaru $1.89.
Pandangan perspektif, Cardano telah mengatasi matawang kripto 5 teratas yang terbesar Bitcoin 25%, Ethereum 35% dan BNB 29% pada sesi dagangan bulan Ogos.
Semakin mendapat perhatian setelah Cardano melancarkan pelbagai projek, terutamanya hard fork Alonzo yang telah menarik perhatian para pelabur.
Seterusnya, melihat pada carta pergerakan harga semasa ADA/USDT.
ADA telah menyaksikan pergerakan harga yang drastik dengan menghasilkan 24% lonjakan pada sesi dagangan semalam.
Pandangan sudut teknikal, ADA dilihat masih kekal mempamerkan pergerakan harga positif dan sedang menguji kembali paras resistance sekitar $1.86.
Penganalisa kripto menjangkakan sekiranya ADA kekal dengan corak kenaikan, pergerakan harga bakal membuat paras tertinggi terbaru dan kemungkinan membuat lonjakan yang lebih tinggi.
Namun, sekiranya ADA kembali papar corak penurunan, harga bakal menguji kembali paras RBS (resistance become support) sekitar $1.75 sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.
Sewaktu penulisan, ADA didagangkan pada harga sekitar $1.84 melonjak lebih 7% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto ADA/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
😓😓Aduh terlambat! baru je nak topup ADA ni. Tahu-tahu dah naik
Kami hanya memilih broker yang terbaik!
Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran