Wen
Well-known member
Blockfolio - Aplikasi Track Portfolio Kripto
Apa itu Blockfolio?
Blockfolio merupakan aplikasi yang diguna ramai untuk pantau PnL (Profit & loss). Dalam erti kata lain nak track portfolio kita. Blockfolio adalah rangkaian utama untuk mengesan dan mengurus portfolio cryptocurrency mudah alih. Blockfolio ni ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai salah satu aplikasi tracking portfolio matawang kripto pertama yang menyampaikan maklumat harga kepada pemegang bitcoin dan altcoin. Aplikasi ini pada mulanya dibina oleh Peter Lau dan diasaskan bersama Edward Moncada, Charlie Mason dan Ken Feldmen yang berpusat di Amerika Syarikat.
Ciri-ciri blockfolio:
-Boleh track harga kripto lebih dari 8000 jenis coin dan token.
-Menunjukkan portfolio anda kepada lebih 100+ matawang fiat (MYR, USD, EUR, JPY, GBP, BRL, KRW & lain-lain) atau asas kripto (BTC, ETH, XRP, BNB, NEO, USDT, PAX, USDC, & lain-lain).
-Price Alerts: Pengguna boleh menetapkan amaran harga ketika cryptocurrency melepasi harga pasaran yang disasarkan.
-Market Details: Candlestick Charts and Orderbooks
-Sokongan untuk pelbagai mata wang fiat: Portfolio cryptocurrency dapat dipaparkan dalam pelbagai mata wang fiat seperti MYR, USD, EUR dan lain-lain
Cara gunakan Blockfolio Link dari Binance
Di Aplikasi Binance
1.Pergi Home dan Klik More
2.Slide bawah sekali dan klik API Management
4.Kemudian klik > Create API
5.Selesaikan Code yang di berikan
6.Then, API dan Secret Key akan diberikan
7.Copy dahulu address API dan SECRET KEY dan kemudian paste dekat "NOTE"
8.Pergi Ke Binance semula
9.Kemudian Klik Edit di API LIST tu
10.Klik buang tanda "RIGHT" di "bahagian Enable Spot & Margin Trading"
11.Settle Dan Klik Save
Di Aplikasi Blockfolio
1.Register dulu Blockfolio
2.Then > Create profile di Blockfolio
3.Pergi setting > Klik Exchange Connections
4.Kemudian Klik "Add Connection"
5.Pilih Binance
5.Copy dan paste balik code address API dan KEY SECRET tadi
7.Pastu Klik "Add Connection"
8.Done, Nanti akan dia akan show portfolio korang di Track.