Blockfolio - Aplikasi Track Portfolio Kripto

Wen

Well-known member
Elongate (ELONGATE) Price Chart | Blockfolio

Blockfolio - Aplikasi Track Portfolio Kripto

Apa itu Blockfolio?


Blockfolio merupakan aplikasi yang diguna ramai untuk pantau PnL (Profit & loss). Dalam erti kata lain nak track portfolio kita. Blockfolio adalah rangkaian utama untuk mengesan dan mengurus portfolio cryptocurrency mudah alih. Blockfolio ni ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai salah satu aplikasi tracking portfolio matawang kripto pertama yang menyampaikan maklumat harga kepada pemegang bitcoin dan altcoin. Aplikasi ini pada mulanya dibina oleh Peter Lau dan diasaskan bersama Edward Moncada, Charlie Mason dan Ken Feldmen yang berpusat di Amerika Syarikat.

Ciri-ciri blockfolio:

-Boleh track harga kripto lebih dari 8000 jenis coin dan token.

-Menunjukkan portfolio anda kepada lebih 100+ matawang fiat (MYR, USD, EUR, JPY, GBP, BRL, KRW & lain-lain) atau asas kripto (BTC, ETH, XRP, BNB, NEO, USDT, PAX, USDC, & lain-lain).

-Price Alerts: Pengguna boleh menetapkan amaran harga ketika cryptocurrency melepasi harga pasaran yang disasarkan.

-Market Details: Candlestick Charts and Orderbooks

-Sokongan untuk pelbagai mata wang fiat: Portfolio cryptocurrency dapat dipaparkan dalam pelbagai mata wang fiat seperti MYR, USD, EUR dan lain-lain

Cara gunakan Blockfolio Link dari Binance

Di Aplikasi Binance


1.Pergi Home dan Klik More
2.Slide bawah sekali dan klik API Management

Banff-Canada_GettyImages-680900749.jpg

3.Isi dan Type (Blockfolio) dalam kotak kosong
4.Kemudian klik > Create API
5.Selesaikan Code yang di berikan
6.Then, API dan Secret Key akan diberikan
7.Copy dahulu address API dan SECRET KEY dan kemudian paste dekat "NOTE"

api 1.jpg

8.Pergi Ke Binance semula
9.Kemudian Klik Edit di API LIST tu
10.Klik buang tanda "RIGHT" di "bahagian Enable Spot & Margin Trading"

aapi 2.jpg

11.Settle Dan Klik Save

Di Aplikasi Blockfolio

1.Register dulu Blockfolio
2.Then > Create profile di Blockfolio
3.Pergi setting > Klik Exchange Connections
4.Kemudian Klik "Add Connection"
5.Pilih Binance
5.Copy dan paste balik code address API dan KEY SECRET tadi
7.Pastu Klik "Add Connection"
8.Done, Nanti akan dia akan show portfolio korang di Track.
 

Pak Man Forex

Well-known member
CARA UNTUK LINK KUCOIN DENGAN BLOCKFOLIO
1, Buka akaun Kucoin anda di Komputer atau Laptop dan anda hanya perlu tarik mouse anda ke ruangan bulat (profile) pada belah kanan di bahagian atas seperti gambar di bawah dan pilih API MANAGEMENT


Untitled.jpg


2. Klik CREATE API


2.jpg


3. Tulis ( Blockfolio ) pada ruangan API NAME dan API PASSPHRASE seperti yang anda telah tetapkan. Pastikan pada bahagian IP RESTRICTION anda klik NO

[ Untuk dapatkan API PASSPHRASE itu anda boleh tetapkan di akaun anda menggunakan telefon dan klik pada bahagian SECURITY dan klik ANTI-PHISHING SAFETY PHRASE. Tetapkan passphrase seperti yang anda inginkan dan juga email anda ]



3.jpg


4. Kemudian anda perlu menyelesaikan SECURITY VERIFICATION

[ TRADING PASSWORD adalah password ( 6 nombor ) yang anda gunakan sebelum menyelesaikan pembelian di Kucoin ]



4.jpg


5. Sebelum anda klik CONFIRM, pastikan anda COPY terlebih dahulu API KEY dan SECRET KEY anda di dalam NOTE atau dengan lebih mudah, anda boleh juga send API KEY dan SECRET KEY tersebut ke SAVE MESSAGE TELEGRAM anda bagi memudahkan proses untuk anda COPY & PASTE di Blockfolio


5.jpg


6. SELESAI untuk anda membuat API MANAGEMENT bagi Kucoin. Dan ia akan menunjukkan yang anda telah membuat API bagi Kucoin


6.jpg


7. Di Blockfolio, anda hanya perlu COPY & PASTE API KEY dan SECRET KEY anda tadi dan juga PASSPHRASE yang anda telah tetapkan. Tunggu beberapa minit, ia akan menunjukkan PORTFOLIO anda. SELESAI

Harap dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda
 
Last edited by a moderator:

Satoshi Tomato

Well-known member
Pakcik dah gunakan blockfolio ni dalam seminggu jugak lah.. Boleh tahan jugak apps ni..
Mudah untuk kita tahu berapa harga kita beli, modal kita dan berapa peratus dah keuntungan kita dalam setiap coin atau token yang kita ada.. Apa pun pakcik bagi 8/10 la blockfolio...
 

BPBE

New member
Salam tuan. Saya dh install blockfolio dan sync coin beli kat binance utk di track di blokcfolio. tp x faham pula nak guna blok folio ni. Yang nilai tulis kat 'Main Portfolio' tu adalah untung kita keseluruhan ke bagi semua coin? Kalau ya itu nett ke gross profit?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Salam tuan. Saya dh install blockfolio dan sync coin beli kat binance utk di track di blokcfolio. tp x faham pula nak guna blok folio ni. Yang nilai tulis kat 'Main Portfolio' tu adalah untung kita keseluruhan ke bagi semua coin? Kalau ya itu nett ke gross profit?
Itu adalah total semua hasil pembelian coin anda termasuk modal dan keuntungan @BPBE
 

azhar889

New member
Salam semua..sy newbie,sy dah install blockfolio dan dah buat api dari binance,
sy buat smlm smpai harini masih tak dpt connection..ada apa2 setting lagi ke kena sy buat

Animated GIF
 

Pak Man Forex

Well-known member
Salam semua..sy newbie,sy dah install blockfolio dan dah buat api dari binance,
sy buat smlm smpai harini masih tak dpt connection..ada apa2 setting lagi ke kena sy buat

Animated GIF
Uish agak lama ya. Cuba anda padam semula connection Binance di Blockfolio itu dengan API yang anda buat di Binance dan buat semula dari awal mengikut step yang di atas
 

chenuar

New member
Assalammualaikum Admin.....

Boleh Minta tolong tunjukkan macam mana cara untuk update BLOCKFOLIO untuk kuantiti harga dan Jenis koin yang kita beli dalam BINANCE ?

Terimakasih
 
Last edited:

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Assalammualaikum Admin.....

Boleh Minta tolong tunjukkan macam mana cara untuk update BLOCKFOLIO untuk kuantiti harga dan Jenis koin yang kita beli dalam BINANCE ?

Terimakasih
Waalaikumsalam, jika dah link API binance dengan blockfolio ia akan auto update sendiri cuma dia akan ambil masa sedikit bukan instant.
 

rahim1962

New member
Elongate (ELONGATE) Price Chart | Blockfolio

Blockfolio - Aplikasi Track Portfolio Kripto

Apa itu Blockfolio?


Blockfolio merupakan aplikasi yang diguna ramai untuk pantau PnL (Profit & loss). Dalam erti kata lain nak track portfolio kita. Blockfolio adalah rangkaian utama untuk mengesan dan mengurus portfolio cryptocurrency mudah alih. Blockfolio ni ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai salah satu aplikasi tracking portfolio matawang kripto pertama yang menyampaikan maklumat harga kepada pemegang bitcoin dan altcoin. Aplikasi ini pada mulanya dibina oleh Peter Lau dan diasaskan bersama Edward Moncada, Charlie Mason dan Ken Feldmen yang berpusat di Amerika Syarikat.

Ciri-ciri blockfolio:

-Boleh track harga kripto lebih dari 8000 jenis coin dan token.

-Menunjukkan portfolio anda kepada lebih 100+ matawang fiat (MYR, USD, EUR, JPY, GBP, BRL, KRW & lain-lain) atau asas kripto (BTC, ETH, XRP, BNB, NEO, USDT, PAX, USDC, & lain-lain).

-Price Alerts: Pengguna boleh menetapkan amaran harga ketika cryptocurrency melepasi harga pasaran yang disasarkan.

-Market Details: Candlestick Charts and Orderbooks

-Sokongan untuk pelbagai mata wang fiat: Portfolio cryptocurrency dapat dipaparkan dalam pelbagai mata wang fiat seperti MYR, USD, EUR dan lain-lain

Cara gunakan Blockfolio Link dari Binance

Di Aplikasi Binance


1.Pergi Home dan Klik More
2.Slide bawah sekali dan klik API Management

3.Isi dan Type (Blockfolio) dalam kotak kosong
4.Kemudian klik > Create API
5.Selesaikan Code yang di berikan
6.Then, API dan Secret Key akan diberikan
7.Copy dahulu address API dan SECRET KEY dan kemudian paste dekat "NOTE"


8.Pergi Ke Binance semula
9.Kemudian Klik Edit di API LIST tu
10.Klik buang tanda "RIGHT" di "bahagian Enable Spot & Margin Trading"


11.Settle Dan Klik Save

Di Aplikasi Blockfolio

1.Register dulu Blockfolio
2.Then > Create profile di Blockfolio
3.Pergi setting > Klik Exchange Connections
4.Kemudian Klik "Add Connection"
5.Pilih Binance
5.Copy dan paste balik code address API dan KEY SECRET tadi
7.Pastu Klik "Add Connection"
8.Done, Nanti akan dia akan show portfolio korang di Track.
Rainbow Thank You GIF by Lumi


vvvv helpfull bro....God blesss
 
  • Deleted by nabil
Show…
  • Deleted by nabil
Show…

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top