Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png

Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $64,863
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $33,000

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini

Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.

Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

AdiAzzein

Member
Nak tanya yang ada beli bitcoin di Luno,kalau beli modal dengan RM10 dan kita dapat untung dalam RM2 ,lepas tu kita nak ambik semula modal kita tu dan biarkan sahaja RM2 tu.adakah nilai bitcoin tu akan burn atau kekal? Kalau sesiapa boleh tolong Jawabkan dan jelaskan dekat saya.sebab saya baru berjinak dalam bidang ni.
 
ARe-BeaR

katakan anda beli RM10 = 0.0000001 BTC pada ketika itu... So dalam wallet bro ada 0.0000002 BTC..
then selang beberapa waktu nilai BTC telah naik kepada RM20 katakan la yea.... So dlm wallet bro ada 0.0000002BTC yg bernilai RM20... Kalau pada kadar itu bro nak jual separuh then bro jual la 0.0000001 BTC dan bro akan dpt la RM10 dan withdraw.... dan dlm wallet still ada lg 0.0000001BTC...
Mcm tu lah secara kasar nya.... tp contoh di atas tak masuk lg fees yea....
 
Pak Man Forex

Well-known member
Beberapa hari ini, kita dapat melihat Bitcoin telah membuat penurunan sehingga ke paras harga $53,271 dan sedikit demi sedikit mula meningkat semula dan kita dapat melihat pada semalam Bitcoin memulakan langkah dengan melonjak sehingga ke paras harga $59,000. Bagi pendapat saya kemungkinan dalam minggu ini, Bitcoin akan mencuba untuk menguji paras harga $60,000 semula dan kemudian menguji ATH sebelum ini atau akan terus meroket membuat ATH terbaru. Sama-sama kita saksikan :cool:

1616032076301.png

Apa pendapat anda mengenai pergerakan harga Bitcoin ini, adakah ATH terbaru akan tercipta lagi ?
 
AmirGGVM

Well-known member
kita layan peningkatan dia perlahan lahan...jgn di lupakan altcoin yg lain juga...kita menabung sebanyak coin yg de dlm beberapa coin yg berpotensi..demi masa depan yg cerah..tq tuan moshed..bila banyak baca intraday dan tengok video vlog utube yg baru baru..banyak buka minda saya...
 
Fakhrii

Terbaik (y). Biar lambat asal selamat hahahaha :ROFLMAO:. Betul tu, banyak juga altcoin yang ketika ini telah melonjak sehingga 200% atau mungkin lebih. Memang terbaik bagi siapa yang berminat untuk menceburi bidang financial market ini dan mereka tidak akan terlepas peluang untuk menambah sumber kewangan :love:
 
tul tu...saya pun da terjebak..dulu tak sangat..sejak de cryptocurrency laiyin machiam dia punya aura...dulu aura 18..skran aura ke 19...hahahaha...
 
AdiAzzein

Member
katakan anda beli RM10 = 0.0000001 BTC pada ketika itu... So dalam wallet bro ada 0.0000002 BTC..
then selang beberapa waktu nilai BTC telah naik kepada RM20 katakan la yea.... So dlm wallet bro ada 0.0000002BTC yg bernilai RM20... Kalau pada kadar itu bro nak jual separuh then bro jual la 0.0000001 BTC dan bro akan dpt la RM10 dan withdraw.... dan dlm wallet still ada lg 0.0000001BTC...
Mcm tu lah secara kasar nya.... tp contoh di atas tak masuk lg fees yea....
Okeyyyy faham.terima kasih atas penjelasan itu.sangat membantu.terima kasih.🙇🏻‍♂️
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top