Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $64,863
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $33,000

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini


Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

AmirGGVM

Well-known member
tak pe...masa panjang..janji kumpul coin selagi leh...de pulus..menabung..tanam..selagi leh..jgn putus semangat..semangat membara cam ne coin bersemangat beroket..
 

Lilymb

Active member
terlalu lama Meroket tdk ingat mau landing.. standby kapal $BTC sedang isi minyak ..kali ini berapa planet dia boleh sampai hehehe.. Masa untuk topup minyak berkualiti kali ..
 

Pak Man Forex

Well-known member
Bitcoin telah susut daripada paras $ 58,000 ke paras $ 47,000 disebabkan pelbagai aspek yang mendorong Bitcoin menjunam sehingga 10%. Bagaimana pendapat anda ?​

1614061487614.png


Adakah Bitcoin memberi petanda diskaun untuk kita mengaut lagi aset ini atau ia akan membuat penurunan ?
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top