Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $64,863
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $33,000

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini


Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Happy birthday yang ke-12 BITCOIN!! 🎈

HARI INI 3 JANUARI 2021 GENAP USIA BITCOIN YANG KE-12.

20210103_144840.jpg


Ini adalah hash untuk blok pertama bitcoin, atau kita panggil 'Genesis Block':

000000000019d6689c085ae165831e934ff763ae46a2a6c172b3f1b60a8ce26f

Transaksi pertama bitcoin berjumlah 50 btc pada 3 Januari 2009.

20210103_145155.jpg
 
Last edited:
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Jan 2021): $34,180
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $33,800
Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
tq for information tupat.
 

Wen

Well-known member
Pergh!! Bitcoin Terus Gah Rekod Tertinggi $35800
Bitcoin: The Financial Singularity is Here

Tengah hari tadi Bitcoin sekali lagi mencatatkan all-time high terbaru,$35800 dari rekod sebelumnya $34000

Lonjakan tidak dijangka itu didorong oleh ramalan Demokrat akan memenangi pilihan raya Senat di Georgia, Amerika Syarikat yang akan menentukan Kongress pada masa akan datang

Barisan pakar berharap kemenangan berpihak kepada parti demokrat yang mana akan meneruskan ransangan monetori dan fiskal,berbanding jika Senat dipimpin oleh Republikan

Bagaimanapun,pengiraan undi ditangguhkan buat masa sekarang dan dijangka akan kembali bersambung pada esok

Pada masa yang sama,CEO CryptoQuant,Ki Young Ju memberitahu para pelabur institusi terus membuat pembelian Bitcoin walaupun harga aset itu sudah berada di atas $30000

Jelasnyalagi,rekod aliran keluar aset SAtoshi Nakamoto pada 2 januari di pertukaran Coinbase mencecah 55,000 token dalam masa sehari,satu rekod tertinggi yang pernah di catatkan oleh platform tersebut

Aset kripto utama lain seperti Ethereum,Litecoin dan altcoins turut menunjukkan pergerakan positif,kecuali XRP yang dilihat masih kritikal

Ketika penulisan,BTC didagangkan pada $35,205 sedikit susut dari rekod tertinggi sebentar tadi , $35895

SUMBER
 

extr-o

Well-known member
sooooo nice.... Bitcoin at RM150,000
 

Attachments

  • Screenshot_20210107_110226.png
    Screenshot_20210107_110226.png
    58.4 KB · Views: 162

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Ok lagi ke beli time ni?

Nak short term atau long term? Kalau short term jangan beli. Kalau long term nak simpan 2-5 tahun boleh beli. Kalau harga jatuh tambah lg beli kat bawah
 
  • Deleted by Joe95
Show…

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
long term on monthly basis?
Nobody know how far bitcoin akan naik. Sampai berapa, sampai bila tak ada siapa tahu. Kalau nasib baik beli2 harga naik lagi. Nasib tak baik, beli2 harga jatuh. So kenalah sabar n average down.

Masa beli yg terbaik untuk kenaikan sekarang adalah beberapa bulan lepas. Nak beli sekarang boleh, tak ada masalah, cuma saya boleh nasihatkan baca di bawah


View: https://twitter.com/cz_binance/status/1347115242396946433?s=19
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top