Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $64,863
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $33,000

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini


Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Sebab El Savador dan Elon, BITCOIN berjaya tembus $40,000! Michael Saylor pun kata nak beli $500 juta BTC minggu ni. Market crypto dah nak meroket semula? Dengarkan di #sembangINTRADAY:


View: https://soundcloud.com/intradaydotmy/bro-trader-amukan-bitcoin-15-6?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fbro-trader-amukan-bitcoin-15-6


Agak-agak kan tak lama lagi Altcoin lain pun akan mengikut jejak langkah BTC tak huhuhuhu
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Laman yang diasas oleh Satoshi Nakamoto kena serang Ddos. Siap ada tebusan bitcoin lagi tu haha

 

ijat_introvert

Active member
Moshed Trader Club

Walaupun bank-bank sekat akses kewangan terhadap pentadbiran Hamas, tapi pasti bank-bank di Palestine benarkan pentadbiran Hamas tukarkan nilai coin hasil dari sumbangan tu ke matawang mereka, bukan?

Menarik isu Israel dan Hamas berkaitan kripto ni.
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Walaupun bank-bank sekat akses kewangan terhadap pentadbiran Hamas, tapi pasti bank-bank di Palestine benarkan pentadbiran Hamas tukarkan nilai coin hasil dari sumbangan tu ke matawang mereka, bukan?

Menarik isu Israel dan Hamas berkaitan kripto ni.
kann menarik betul isu ni, saya pun tertarik jugak
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Pengasas twitter, @jack kata yang wallet Bitcoin sedang dilaksanakan.
Baca di sini:

 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
  • Deleted by nabil
Show…

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Raja kripto, Bitcoin (BTC) terus mencatatkan penyusutan harga sejak semalam, melepasi paras bawah $30,000 buat kali pertama sejak bulan lalu.

Baca artikel penuh disini :

 

Wen

Well-known member
Mantap! Bitcoin Pamer Prestasi Untuk Melonjak!

image.jpg

Khabar sentimen yang menular pasaran semasa menjadi hangat setelah Elon Musk mendedahkan kepada umum bahawa SpaceX juga memiliki Bitcoin.

Adakah SpaceX punca BTC naik semula selepas menyentuh paras sokongan?

Elon Musk menyatakan bahawa Tesla akan mula menerima Bitcoin semula, dimana pembayaran boleh dipulihkan secara adil tidak lama lagi dan industri perlombongan Bitcoin beralih lebih banyak ke arah pembaharuan.

Menarik jika melihat carta pergerakan semasa harga BTC/USDT.

Pergerakan harga BTC terus menyaksikan lonjakan yang drastik lebih 11% sejak semalam mencatatkan paras tertinggi pada pergerakan hari ini sekitar $32,858.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga BTC dilihat sedang berlegar-legar dibawah zon SBR (support become resistance) sekitar $33,000 samada membuat correction atau meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga kekal menyaksikan trend Bullish, zon SBR sekitar $33,000 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga kembali menyaksikan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali paras sokongan sekitar $30,000 sebelum membuat penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, BTC/USDT didagangkan pada harga sekitar $32,200 melonjak lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

btc 22.7.21.jpg
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Wen

Well-known member
Semakin Dapat Perhatian, Bitcoin Bakal Hampiri Paras $50,000?

KryptoMoney.com-Bitcoin-Price-Bitcoin-Price-Value-Rebound.jpg


Bitcoin telah menyaksikan beberapa kemajuan yang kukuh sejak kebelakangan ini, menembusi julat harga yang luas diperdagangkan sejak Mei dan kemudian berulang kali meningkat sehingga ke paras $45,000.

Matawang digital yang paling menonjol didunia itu telah catatkan paras tertinggi terbaru $45,310, menghasilkan 6% lonjakan mengakhiri sesi dagangan semalam.

Bitcoin kini menghasilkan 21% lonjakan pada sesi dagangan bulan Ogos.

Sentimen terbaru telah mempengaruhi harga Bitcoin setelah Brazil lancarkan ETF Bitcoin yang ‘Mesra Alam Sekitar’.

Beberapa penganalisa kripto meramalkan Bitcoin bakal mencecah $50,000 dalam tempoh terdekat.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga BTC/USDT.

Pergerakan harga BTC terus menyaksikan lonjakan yang drastik sejak kebelakangan ini dengan mencatatkan paras tertinggi terbaru semalam.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga BTC dilihat sedang berlegar-legar dibawah zon resistance sekitar $44,000-$45,000 untuk memperolehi kembali momentum kenaikan.

Penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga berjaya memperolehi kembali mementum kenaikan, zon resistance sekitar $44,000-$45,000 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum ditembusi dan harga bakal meneruskan kenaikan yang lebih tinggi untuk catatkan paras tertinggi terbaru.

Namun jika pergerakan harga kekal dengan corak penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $41,000 sebelum membuat penurunan ke paras ,lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Ketika penulisan, BTC/USDT didagangkan pada harga sekitar $43,420 susut lebih 1% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

btc 9.8.21.jpg
 
  • Deleted by nabil
Show…

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Lilymb

Active member
-Pemimpin Parti Parti Politik Kanada, Maxime Bernier kata bitcoin adalah kaedah baru untuk melawan bank pusat
-Bekas PM Malaysia @NajibRazak
kata Malaysia tak boleh ketinggalan dalam pelaburan crypto!
Dengarkan #sembangINTRADAY:


View: https://soundcloud.com/intradaydotmy/bro-trader-menteri-kanada?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fbro-trader-menteri-kanada

Bitcoin Terbaik untuk Long term Inverstment...
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top