Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $64,863
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $33,000

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini


Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Peningkatan drastik yang dilakukan oleh Bitcoin pada permulaan minggu ini selepas membuat penyusutan sehingga 28% dari paras ATH pada harga $64,000 dan ketika ini dapat dilihat ia sedang menguji paras harga $52,000. Kenaikan yang dilakukan oleh Bitcoin terus mendorong kebanyakan Altcoin untuk membuat kenaikan semula selepas membuat penurunan yang ketara pada minggu lepas. Jangkaan seterusnya, jika Bitcoin close candle H4 di atas paras harga $51,000. Probability ia kembali membuat kenaikan itu sangat tinggi dan bakal menguji paras zon resistance seterusnya pada harga $55,000.
Kita nantikan pergerakan seterusnya hehehehe 🔍📈📉​

1619403432396.png
 

Lilymb

Active member
Apa Kabar semua Trader BTC....
semoga semuanya sihat sihat belaka...semoga ada kabar baik untk semua trader BTC
 

Pak Man Forex

Well-known member
Bitcoin nampaknya sekali lagi kembali untuk menguji paras harga $60,000 untuk ditembusi, yang dimana ia merupakan paras yang sukar untuk ditembusi sebelum ini. Jika BTC dapat menembusi paras harga $60,000 tersebut, kemungkinan ia akan menguji semula paras ATH sebelum ini di paras harga $64,000 lalu bakal mendorong pasaran cryptocurrency untuk meneruskan bull season semula.

Dengan nilai marketcap cryptocurrency ketika ini sebanyak $2.5 Trillion yang telah memintas nilai marketcap beberapa aset yang lain seperti Apple, Microsoft, Saudi Aramco dan sebagainya. Agak-agaknya adakah selepas ini ia bakal memintas nilai marketcap bagi GOLD pula ? Kita nantikan selapas ini hehehe 🙈. Tapi memang sangat kelihatanlah perkembangan cryptocurrency terus mendapat tempat pada kebanyakkan syarikat dan menjadi semakin hangat apabila ramai orang ternama seperti Elon Musk, Mark Cuban dan sebagainya yang telah menerima cryptocurrency dan secara tidak langsung menaikkan pasaran cryptocurrency untuk pergi lebih jauh. Memang terbaik 🔥🚀​

1620621811635.png
 

Jackjai

Member
Fairlead’s Stockton Warns of Bitcoin Correction to $42K, Based on Technical Analysis

Bitcoin’s bull market has already slowed, with prices stuck largely in the range of $50,000 to $60,000 over the past two months. The retail-led rally to record highs above $64,000 seen ahead of Coinbase’s Nasdaq debut on April 14 was short-lived.
 

Jackjai

Member
^ jika BTC break the support, ia sudah memasuki fasa downtrend. kena perhati whale, jerung, institusi dan company besar jika mereka menarik semula pelaburan maka BTC akan menjunam lebih teruk.
 

Pak Man Forex

Well-known member
Bull season sudah habis atau semua ini baru sekadar permulaan dan hanya membuat correction sebelum meroket lebih tinggi ?

Seperti yang diketahui ramai, harga Bitcoin terus jatuh menjunam disebabkan daripada tweet Elon Musk yang berkata Tesla tidak lagi akan menerima Bitcoin sebagai transaksi pembelian kereta Tesla. Harga Bitcoin pada pembukaan candle pada pagi ini terus melakukan junaman sehingga ke zon support di paras harga $45,000. Kaw-kaw effect Elon Musk terhadap dunia cryptocurrency ini :eek:

Tetapi jangkaan seterusnya bagi Bitcoin adalah jika ia terus membuat penurunan, paras harga $40,000 bakal menjadi tumpuan untuk diuji. Yang dimana paras harga tersebut merupakan paras harga ketika Tesla membeli Bitcoin sebanyak $1.5 Bilion.

Jika ia kembali membuat kenaikan, paras harga $50,000 bakal menjadi petunjuk dan penanda aras kepada Bitcoin untuk terus membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Bagaimana pendapat anda, adakah paras $40,000 bakal diuji untuk membuat retracement ataupun bakal terus membuat penurunan yang lebih rendah ?

1621222493301.png
 

ToTheMars

New member
Bull season sudah habis atau semua ini baru sekadar permulaan dan hanya membuat correction sebelum meroket lebih tinggi ?

Seperti yang diketahui ramai, harga Bitcoin terus jatuh menjunam disebabkan daripada tweet Elon Musk yang berkata Tesla tidak lagi akan menerima Bitcoin sebagai transaksi pembelian kereta Tesla. Harga Bitcoin pada pembukaan candle pada pagi ini terus melakukan junaman sehingga ke zon support di paras harga $45,000. Kaw-kaw effect Elon Musk terhadap dunia cryptocurrency ini :eek:

Tetapi jangkaan seterusnya bagi Bitcoin adalah jika ia terus membuat penurunan, paras harga $40,000 bakal menjadi tumpuan untuk diuji. Yang dimana paras harga tersebut merupakan paras harga ketika Tesla membeli Bitcoin sebanyak $1.5 Bilion.

Jika ia kembali membuat kenaikan, paras harga $50,000 bakal menjadi petunjuk dan penanda aras kepada Bitcoin untuk terus membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Bagaimana pendapat anda, adakah paras $40,000 bakal diuji untuk membuat retracement ataupun bakal terus membuat penurunan yang lebih rendah ?

View attachment 2975
Kalau ramai yang fikir macam Elon and support towards Green Initiatives (less energy consumption). And then diorang decide to support greener crypto.. Mungkin price bakal turun lagi.

Good article to read below;
https://www.visualcapitalist.com/visualizing-the-power-consumption-of-bitcoin-mining/
 

Fakhrii

Well-known member
Bitcoin terus membuat junaman yang ketara hari demi hari untuk bulan ini. Dalam masa 19 hari, Bitcoin terus menyusut sehingga 35%. Pedih pasaran kripto, semakin berdarah :cry: tapi orang kata ini adalah peluang untuk kita kaut lagi sebelum ia membuat lonjakan yang lebih tinggi

Dapat kita saksikan juga Bitcoin nampaknya agak bergelut di paras harga $45,000 sebelum membuat penurunan ke paras terendah untuk bulan ini. Jika pergerakan harga Bitcoin kembali membuat peningkatan, paras harga $50,000 bakal menjadi tumpuan utama sebelum jangkaan untuk lonjakan yang lebih tinggi.

Tetapi jika Bitcoin terus membuat penurunan yang lebih rendah, paras harga $30,000 bakal diuji

cats.jpg
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top