Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $64,863
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $33,000

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini


Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Market capitalization

Bitcoin - $766.31 B

Facebook - $759.32 B 🔻

20210108_233727.jpg
 

Fakhrii

Well-known member
Patutlah Bitcoin Jatuh Teruk

article_whale_1-1140x641.jpg

Satu laporan mendedahkan, salah seorang pelabur besar Bitcoin (BTC) telah memindahkan 15,598 BTC bernilai $500 juta, ketika harga matawang Satoshi Nakamoto melepasi $40,000 pada minggu lepas.

Pemindahan tersebut dilakukan dalam tiga transaksi berbeza pada 7 Januari lalu. Transaksi pertama melibatkan 4,892 BTC, diikuti 4,360 BTC dan 3,400 BTC. Ketiga-tiga transaksi tersebut dipindahkan dari wallet yang tidak dikenalpasti.

Tanpa disangka, harga Bitcoin (BTC) telah susut di bawah $40,000 selepas pemindahan tersebut.

Pemindahan tersebut menjadi perhatian penyelia undang-undang di Washington yang sedang berusaha memerangi pengelakan pembayaran cukai kripto

Pada bulan lalu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan cadangan untuk mengenakan pengumpulan data pengguna yang melakukan transaksi lebih $3,000 terhadap pertukaran dan perniagaan kripto.

Idea tersebut telah mengundang kritikan dalam kalangan komuniti kripto kerana dianggap melanggar pindaan keempat melibatkan pencarian dan penyitaan yang tidak masuk akal.

BTC mencatatkan penyusutan mencecah $34,500 selepas melonjak kepada $42,000 pada minggu lepas. Ketika penulisan, Bitcoin kembali pulih di paras $35,709.

Penganalisis menyifatkan penyusutan tersebut didorong oleh tekanan pembelian yang semakin berkurangan menjelang hari minggu.

SUMBER
 

moshed

CEO / Founder
Staff member
Moshed Trader Club
BTC ni investment dia long term. So jika korang rasa korang bukan nak buat quick money, memang masa terbaik untuk collect time dia retrace.

Apa-apa pun kena tahu haritu institutional investor ada beli last pada USD30K. Jadi pada pendapat saya memang sangat sukar untuk BTC jatuh lebih bawah dari tu, sebab institusi akan hodl dan takkan dump time rugi.

Range 30K ke 35K harga yang satu dunia tengok tengah murah dan diskaun.
 
  • Deleted by nabil
Show…

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top