Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $64,863
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $33,000

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini


Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya Bitcoin masih lagi struggle untuk menembusi harga $60,000 dengan beberapa kali cubaan pada sebelum ini dan terus membuat penurunan semula ke paras harga $55,473. Walaupun BTC membuat penurunan ini tidak bermakna ia akan menggugat pelabur-pelabur besar walhal mereka menganggap ia adalah sebuah peluang untuk mereka menambah lagi yang dimana kita dapat lihat kebanyakkan syarikat ternama telah menerima Bitcoin sebagai median pembayaran​

1617851966108.png


Pengurangan volatiliti dalam Bitcoin mungkin akan memacu keuntungan yang lebih besar ? Dan jangkaan JPMorgan yang harga Bitcoin akan melonjak sehingga ke paras harga $130,000
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Nampaknya Bitcoin masih lagi struggle untuk menembusi harga $60,000 dengan beberapa kali cubaan pada sebelum ini dan terus membuat penurunan semula ke paras harga $55,473. Walaupun BTC membuat penurunan ini tidak bermakna ia akan menggugat pelabur-pelabur besar walhal mereka menganggap ia adalah sebuah peluang untuk mereka menambah lagi yang dimana kita dapat lihat kebanyakkan syarikat ternama telah menerima Bitcoin sebagai median pembayaran​

View attachment 2508

Pengurangan volatiliti dalam Bitcoin mungkin akan memacu keuntungan yang lebih besar ? Dan jangkaan JPMorgan yang harga Bitcoin akan melonjak sehingga ke paras harga $130,000
dia nak bagi diskaun tu.. boleh topup lagii :LOL:
 

Pak Man Forex

Well-known member
Pada hari sabtu sebelum ini, nampaknya Bitcoin telah mencapai paras harga $61,500 dan kemudian membuat penurunan sedikit ke paras harga sekitar $58,000. Tetapi pada hari ini dapat kita lihat ia sedang mencuba semula ketinggian tersebut dan sedikit lagi untuk menguji paras ATH yang pernah dicatatkan sebelum ini pada harga $61,844. Adakah Bitcoin bakal mencatatkan ATH terbaru lagi ?

1618212555790.png


Agak-agak berapakah target ATH terbaru seterusnya bagi holder Bitcoin ?
 

Wen

Well-known member
Staff member
BTC-trillion-main-1.png


Bitcoin adalah Aset Tercepat untuk Mencapai Cap Pasaran $1Trilion. Hanya memerlukan 12 tahun saja untuk mencapai kejayaan itu. Paduuu.
 

Pak Man Forex

Well-known member
Pada 14.4.2021 iaitu semalam, suatu perkembangan yang menarik untuk dunia crypto apabila Coinbase telah di'IPO' di Nasdaq. Dengan perkembangan ini, ia telah memberi bayangan bahawa dunia matawang digital mula diterima sebagai titik tolak kemajuan untuk masa akan datang.

Dan dapat kita lihat, Bitcoin telah membuat peningkatan sehingga ke paras menghampiri $65,000, tetapi selepas itu ia kembali membuat penurunan sedikit ke paras ATH sebelum ini di paras harga sekitar $62,000 yang bakal menjadi zon terbaru untuk BTC.

1618453444082.png


Dengan perkembangan terkini, adakah ia memberi bayangan kepada BTC untuk mencapai harga $70,000 sebagai target seterusnya yang bakal dicapai ? atau mungkin akan lebih tinggi lagi ? Bagaimana pendapat anda ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Bitcoin memberi diskaun kaw-kaw pada semalam apabila membuat penurunan sehingga ke paras harga $50,000 hehehe. Ada yang sempat kaut tak semasa ia berada di sekitar harga $50,000 itu ?
Orang kata ia diskaun sebelum nak raya nanti 🙈 🙈
1618811556030.png
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top