Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $61,844
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $60,200

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini


Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya Bitcoin hanya menguji paras harga $60,000 sahaja kemudian mula membuat penurunan sedikit sehingga ke paras $55,450 sebelum membuat kenaikan semula yang ketika ini di paras $57,800. Bitcoin mula susut atau hanya isi minyak sahaja sebelum meroket kembali ?​

1616394162897.png


Adakah ATH terbaru akan tercipta lagi ?
 

Lilymb

Active member
Nampaknya Bitcoin hanya menguji paras harga $60,000 sahaja kemudian mula membuat penurunan sedikit sehingga ke paras $55,450 sebelum membuat kenaikan semula yang ketika ini di paras $57,800. Bitcoin mula susut atau hanya isi minyak sahaja sebelum meroket kembali ?​

View attachment 2324

Adakah ATH terbaru akan tercipta lagi ?
masih mencari planet apa dia nak meroket..skg tengah berlegar legar hehehehe... top up minyak sikit2..
 

Pak Man Forex

Well-known member
Bitcoin nak mengisi minyak di paras bawah lagi apabila ia membuat junaman sehingga menguji paras harga $53,650. Ke mana agaknya pergerakan seterusnya bagi Bitcoin ini, bagi diskaun lagi ke :unsure:. Tetapi kalau nak dilihat pada candle Daily untuk Bitcoin masih dalam keadaan trend Bullish.​

1616470859009.png


Sama-sama kita nantikan ke mana arah seterusnya bagi Bitcoin ini :geek:
 

Pak Man Forex

Well-known member
Selepas ini dah boleh beli Tesla menggunakan Bitcoin, terbaik lah Pak Melon :love:. Apabila Elon Musk tweet begitu terus membuat harga Bitcoin melonjak kembali. Standby guyss 🚀


1616575049559.png
 

Wen

Well-known member
Staff member
1616639248093.png


Hmmm Semalam sekejap je dia naik lepas Elon Musk tweet ... Ni tengah diskaun ni .. boleh pump ke?
 

WONGSAZ

New member
Kena register kt exchanger mcm Luno, Binance, Remitano, Kucoin etc2...
Harini bermula saya membeli dan menyimpan matawang krypto.

soalan : if kita tak trade, kita still boleh earn profit dari matawang tersebut? Contoh mcm kita beli emas, kita simpan, ada susut nilainya kan? Sama ke emas ni dengan matawang krypto?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Harini bermula saya membeli dan menyimpan matawang krypto.

soalan : if kita tak trade, kita still boleh earn profit dari matawang tersebut? Contoh mcm kita beli emas, kita simpan, ada susut nilainya kan? Sama ke emas ni dengan matawang krypto?
Betul tu. Konsep still sama, akan ada susut nilai kalau crypto yang kita beli itu jatuh ke bawah paras harga yang kita beli dan akan earn profit apabila ia melepasi harga yang kita beli. Tapi dalam investment crypto, anda perlu membuat kajian dulu mengenai coin tersebut dan potensinya sebelum membeli sebab takut anda terbeli shitcoin
 

Satoshi Tomato

Well-known member
Betul tu. Konsep still sama, akan ada susut nilai kalau crypto yang kita beli itu jatuh ke bawah paras harga yang kita beli dan akan earn profit apabila ia melepasi harga yang kita beli. Tapi dalam investment crypto, anda perlu membuat kajian dulu mengenai coin tersebut dan potensinya sebelum membeli sebab takut anda terbeli shitcoin
Terbaik penjelasan @Pak Man Forex. Betul apa yang dikatakan oleh pak man.. kripto ni mempunyai konsep yang sama dengan emas tetapi ada perbezaan sedikit seperti harga kripto dinilai melalui supply and demand dan juga teknologi disebalik kripto tersebut.. Jika kita membeli kripto yang salah maka kita akan mengalami kerugian.. kalau nak tahu kripto apa lagi yang ada potensi boleh tengok di thread ini https://forum.intraday.my/threads/kripto-yang-berpotensi-sekarang.1341/page-9#post-10107
 

Pak Man Forex

Well-known member
Semalam Bitcoin telah susut sehingga ke paras $50,000 tapi pada saat itu, bagi pelabur-pelabur gergasi menunjukkan itu adalah peluang untuk mereka menambah aset apabila dapat kita lihat banyak pembelian dengan jumlah Bitcoin yang agak besar pada harga itu.


1616725778482.png


Langkah demi langkah untuk kembali meroket selepas membuat sedikit correction ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Itu dia sebelum ini Bitcoin telah membuat penurunan sehingga ke paras harga $50,000 dan betul lah langkah demi langkah Bitcoin mencuba untuk mencapai semula paras ketinggian yang pernah dicatatkan sebelum ini di paras harga $61,000.

Adakah ia mampu untuk menembusi paras harga tertinggi yang pernah dicapai dengan dibantu oleh perkembangan terkini yang dimana Visa merancang untuk membolehkan rakan kongsi menyelesaikan transaksi fiat dengan crypto ?

1617009856899.png
 

Faizfx

Member
Moshed Trader Club
Lebih dari seminggu harga Bitcoin (BTC) mencatatkan lonjakan berterusan akhirnya mendorong aset digital itu menghampiri paras tahap utama, $12,000.

Berdasarkan pemerhatian penganalisis pada Isnin, BTC telah meningkat 3.4% sekitar $11,835. Secara tidak langsung, nilai $12,000 menjadi rintangan utama sebelum melonjak ke paras sasaran terbaru.

Beberapa matawang digital lain juga menyaksikan lonjakan 4.5%, sementara Dash dan Monero masing-masing menyaksikan lonjakan tertinggi iaitu 5%.

Pengasas Quantum, Mati Greenspan berpendapat lonjakan tersebut dikaitkan dengan pertemuan maya antara Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan pengurus urusan BIS, Agustin Carstens serta pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell semalam.

Dilaporkan pertemuan itu bertujuan untuk membincangkan isu pembayaran rentas sempadan dan matawang digital.

Powell memberitahu bank pusat sedang menimbang kos dan manfaat penggunaan matawang digital. Namun, masih belum memutuskan sama ada untuk menubuhkan atau tidak.


Malah, figura itu juga turut akui Libra Facebook berpotensi untuk menjadi pemangkin tumpuan isu-isu berkaitan.

Majoriti penganalisis positif dengan lonjakan matawang kripto, termasuk penawarannya yang terhad dan lebih banyak penyertaan institusi besar sejak kebelakangan ini seperti Square Inc yang membuat pelaburan sekitar $50 juta dalam Bitcoin.
Kalau kita ada btc ... boleh ke beli eth direct ... ke kena tukar usdt dulu baru beli eth ?. ..
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya perkembangan mengenai Kripto terus mendapat perhatian khalayak umum dan terus berkembang maju. Pada carta Bitcoin dapat kita lihat ia masih membuat pergerakan Bullish hasil daripada penerimaan Paypal dan Visa yang melancarkan perkhidmatan matawang Kripto. Selepas sahaja berita itu keluar, ia terus mendorong Bitcoin untuk melonjak semula dan menguji paras harga $60,000.

1617175035232.png


Sebelum ini dah dua kali dia menguji paras harga $60,000 lalu terus membuat penurunan. Adakah pada kali ini ia akan terus menembusi paras harga tersebut dan membuat ATH terbaru lagi ?
 

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Nampaknya baru sahaja BTC nak membuat kenaikan tetapi ia memerlukan hanya 5 minit sahaja untuk membuat penurunan semula ermm :oops:

 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top