Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png

Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $61,844
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $60,200

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini

Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.

Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

AmirGGVM

Well-known member
menabung selagi peluang...kumpul coin dulu..auwmm..lazat..da banyak coin..bila harga coin meroket..pergh..time la keuntung di luar kotak pemikiran...long term timeeee
 
AmirGGVM

Well-known member
Yup betul..beli time murah dan jual time mahal
tul tu bos...relax jgn jual baki coin yg ada..tambah sahaja...yg penting jgn fomo...walaupun org kata coin tu matawang bukan asset..tapi bagi kekuatan pendirian saya..ianya tetap asset untuk long term..demi masa depan yg cerah..
 
Krul37

Member

Betul tu tuan..just keep ape yg ada..klu ada modal lebih blh topup lg..
 
Hye uolls.. i kan ada buat analisis pasal BTC .. sekarang harga BTC $46,000 tapi mengikut pergerakan graph btc masih lagi membuat uptrend .. so you guys rasa apa yang akan terjadi pada btc ni .. hmmmm..

1614585156514.png
 
pais zack

New member
katakan saya nak invest long term (minimum 10 tahun),mana strategi yg lebih menguntungkan
1. invest btc konsisten secara bulanan. naik ke turun ke biar je duit dalam tu, atau
2. saya hanya invest ketika harga jatuh. bila value naik saya jual dan invest balik bila harga kembali rendah dan continue cycle tu
 
tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
katakan saya nak invest long term (minimum 10 tahun),mana strategi yg lebih menguntungkan
1. invest btc konsisten secara bulanan. naik ke turun ke biar je duit dalam tu, atau
2. saya hanya invest ketika harga jatuh. bila value naik saya jual dan invest balik bila harga kembali rendah dan continue cycle tu
Yang menjadi masalah kepada pelabur ialah kita tak tahu, bila nak naik, bila nak turun, turun sampai mana dan naik sampai mana.

Teknik yang paling berkesan dan diguna semua pelabur-pelabur baik hedge fund, profesional, mahupun peruncit adalah teknik DCA saja. Dollar Cost Averaging. Iaitu teknik yang pertama. Tambah pelaburan secara berkala (bulanan atau ikut kemampuan) atau sentiasa tambah bila jatuh. Bila sampai masa naik dan berbaloi baru kutip profit.

Teknik kedua teknik yg boleh jugak guna dan sesuai digunapakai untuk short term. Terutama bila market bullish. Correction sikit beli, naik jual. Jatuh beli lagi, naik sikit jual. Macam tu lah. Tapi teknik ni susah nak apply sebab perlu banyak bersabar dan akan asyik FOMO. Sebab kita kena banyak berteka-teka n bersabar tunggu. Bila nak jatuh? Bila nak naik? Bila sesuai beli dan bila sesuai jual. Dah jual, naik lagi mcm mana pula tu.

Jadi kena sesuaikan dengan situasi kita. Apapun teknik terbaik bagi saya adalah invest untuk long term n tambah bila jatuh sampailah harga meroket semula (Mcm bitcoin 2013, 2017, 2021) iaitu teknik (1)
 
setuju...simple nak ingat..semo ni ramalan je..tak tau bila meroket..tapi da meroket..jangkaan keuntungan dia mmg di luar jangkaan pemikiran kita..selagi boleh menabung waktu harga masih rendah..hold untuk long term..pastu jual waktu harga tinggi meroket mencanak canak sampai minyak roket habis...
 
pais zack

New member
Yang menjadi masalah kepada pelabur ialah kita tak tahu, bila nak naik, bila nak turun, turun sampai mana dan naik sampai mana.

Teknik yang paling berkesan dan diguna semua pelabur-pelabur baik hedge fund, profesional, mahupun peruncit adalah teknik DCA saja. Dollar Cost Averaging. Iaitu teknik yang pertama. Tambah pelaburan secara berkala (bulanan atau ikut kemampuan) atau sentiasa tambah bila jatuh. Bila sampai masa naik dan berbaloi baru kutip profit.

Teknik kedua teknik yg boleh jugak guna dan sesuai digunapakai untuk short term. Terutama bila market bullish. Correction sikit beli, naik jual. Jatuh beli lagi, naik sikit jual. Macam tu lah. Tapi teknik ni susah nak apply sebab perlu banyak bersabar dan akan asyik FOMO. Sebab kita kena banyak berteka-teka n bersabar tunggu. Bila nak jatuh? Bila nak naik? Bila sesuai beli dan bila sesuai jual. Dah jual, naik lagi mcm mana pula tu.

Jadi kena sesuaikan dengan situasi kita. Apapun teknik terbaik bagi saya adalah invest untuk long term n tambah bila jatuh sampailah harga meroket semula (Mcm bitcoin 2013, 2017, 2021) iaitu teknik (1)
tq tuan atas nasihat diberi
 
Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top